Saturday, February 26, 2011

New Post


Dua minggu lepas lagi, saya sudah ditukarkan ke sesi pagi. Saya dilantik sebagai Guru???? Saya memang mendoakan jawatan ini di Mekah. Harapan saya ialah saya menjadikan perpustakaan sebuah pusat maklumat pelajar yang terkini. Ngeee...

Monday, February 14, 2011

Cinta Rasullullah..kami datang kepadamu

Lima tahun lepas ...saya membuat keputusan untuk pergi Haji. Walaupun pada mulanya saya bercadang nak menjadikan ibu bapa saya sebagai mahram saya dan sudah jadi terbalik..kerana kemudian saya pulak yang menjadi pengiring (sampaikan orang sangka saya pergi atas tiket pengiring?)..tapi tak pe. Pengiring ke..waris ker..janji pergi. Berbekal dengan 1300 duit dalam Tabung Haji yang kejap bertambah kejap berkurang...angka tu jer yang kekal. Saya pergi.. tanpa minta top up ngan parent. Rahsianya...saya genap lima tahun kerja kerajaan, maka saya keluarkan semua duit KWSP saya dan pergi haji. Dan itulah yang ada sebenarnya dan semua-semua buat tambang pergi haji.

Gambar saya dengan bapa di kawasan Masjid Nabawi dengan menggunakan kamera siap 2 minit. Masa ni saya bawa bapa pergi Babus salam dan suruh dia solat sunat di kawasan Raudah. Saya tunggu bapa kat luar sebab org perempuan tak boleh masuk melalui pintu Babus SAlam.


Hanya satu keinginan saya pada ketika itu..rindu Rasullullah rindu Kaabah. Saya pergi dalam keadaan semua hajat saya sudah dipenuhi. Perkahwinan dan pekerjaan. Kekayaan..mungkin saya sudah kaya sebenarnya hanya saya sahaja yang tidak tahu.


Foto ini diambil oleh kawan saya iaitu Mak Melah (kawan tapi umur dia dah 70 thn baya mak saya) di kawasan dataran Jabal RAhmah di Arafah. Saya tak bawa kamera..apalah Suzana ni. Tumpang kamera orang jer

Hari ini 12 Rabiulawal 1432H.. saya rindu benar-benar rindu. Bau wangi Raudah masih ingin kuhidu, kurma Nabi di Tanah Haram Madinah masih terasa lembap dan manisnya dan keindahan solat di samping Nabi Muhammad masih ingin kurasai.

Selamat Hari Maulidur Rasul ..moga-moga aku rajin pergi majlis Maulidur Rasul di mana-mana lepas ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...