Saturday, April 30, 2011

M.N.Iman & Mohd.Asri a.k.a ayah bestzzz!!

Geram...Iman hanya akan membalas senyum dan gelak tawa dengan mama, ayah dan Ibu Iman (pengasuh) sahaja. Sorry yek..dia dah kenal org dan sedang gigih mengimbangi badan untuk duduk, sabar je.

Wednesday, April 20, 2011

What's for dinner tonite..from babang

Ikan masak asam pedas..Muar style. But, lack of daun kesum and bunga kantan. But after all..finish already

Know this kind of daun? No it's not spinach this is daun meranti. Another fried vegetables with ikan bilis and some cili padi.
What a lovely dinner..emmm

Tuesday, April 12, 2011

Homemade Dinner from Chef Asri a.k.a babang

Fresh from periuk, ikan patin masak lemak cili padi. Fuh...sedap giler tu. Sayur sawi, cendawan combine with ikan bilis. Yuummmy...
Thanks babang...we all loves your with this...loving dinner. Terima kasih daun keladi, eh bukan mencurah air di daun keladi ye.

Monday, April 11, 2011

Book Review

Buku tulisan Mrs. Gill ini datang dalam dwi bahasa. BM dan BI. Mengandungi 3 Bab. Bab satunya menceritaka tujuh khasiat pemakanan yang penting untuk pembinaan tubuh, Bab 2, Peringkat 1-dan seterusnya ialah menu dan resepi nyumm..nyumm untuk bayi antara 5-6 bulan. Harus diingatkan bayi hanya sesuai untuk diberi makanan selepas 6 bulan. Ada dinyatakan juga makanan-makanan yang tidak sepatutnya diberikan kepada bayi pada peringkat ini antaranya ialah telur, garam, gula dan buah-buahan. Seterusnya ialah resepi makanan untuk peringkat 7 bulan, 8 bulan dan 9 bulan sampailah anak itu mencecah 13-24bulan ke atas. Bab3 ialah minum petang, snek dan pencuci mulut. Saya semasa tidak sibuk berinternet dulu semasa cuti panjang saya semmmpat la ikut resepi ni....last2 bagi Iman nasi untuk peringkat 6 bulan tu jer..sampailah kena tegur ngan pegawai diet dan pemakanan di Klinik Besar. Aittt..patutlah anak tak naik berat badan dan cam tu jer.. Berazam..azam untuk tambahkan erat badan mcam anak Mrs. Gill he he ngeee..

Wednesday, April 6, 2011

Laporan Berita



Kuantan, Pahang - Pada 2 dan 3 April 2011, satu program Hari Keluarga Tahunan Tuan Hj. Dahlan@Mupit bin Hj. Kadir dan Pn. Sarinah bte. Hj. Pawi telah diadakan di pantai Kg. Cherating Lama, Kuantan Pahang. Seluruh keluarga beliau yang terdiri daripada 13 orang anak termasuk menantu dan cucu-cucu telah berkumpul di sini dengan menyewa 9 buah chalet. Menurut pengarah program iaitu Saudara Saiful Mokari Bin Hj. Dahlan, Hari Keluarga Tahunan mungkin akan diteruskan setiap tahun di tempat-tempat pelancongan yang menarik. Program berlangsung dengan penuh meriah dan lancar. Antara atur cara program yang di adakan ialah sukaneka, BBQ dan takzirah oleh menantu sulung iaitu Tn. Hj.Mazlan bin Kasdi. Diharap ikatan yang memang sedia utuh akan dapat dikembangkan pada masa hadapan.

Sunday, April 3, 2011

Entry Ketinggalan Zaman

Saya seorang kaki tangan kerajaan yang sentiasa berfikiran terbuka dan mudah terpengaruh untuk menerima maklumat yang baik atas nama Ilmu Pengetahuan (Knowledge)..sekarang zaman e- and I- (electronic dan Internet) semua dapat atas talian jer. Di bawah adalah kajian kes saya selaku seorang ibu di Malaysia yang cuba mempraktikkan (What should I do when I know I'm Pregnent) 10 LangkaH menjayakan penyusuan susu ibu (dalam kes saya melahirkan anak yang Down Syndrome) 1. Mempunyai polisi penyusuan susu ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala. ada dipamerkan di Klinik Desa, Klinik Besar dan Hospital Pakar tempat saya mendapat rawatan. 2. Melatih semua kakitangan di dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini. --Misi Ani adalah orang pertama yang memberitahu saya tentang polisi ini pertama kali saya mendapat rawatan di Klinik Desa. Pengaruh susu ibu saya dapat melalui dia.. 3. Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan susu ibu. --Misi Ani explain hours about this matter..as i'm only client at her clinic. Ngeee... 4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran. --- saya tidak dibantu memulakan penyusuan susu ibu dalam setengah jam kerana saya operate..;">Ada seorang misi menunjuk ajar saya selepas kira-kira 10 jam selepas saya melahirkan anak sulung Ariff. Yes, then ada seorang staff nurse check whether i'm doing right or wrong. Ariff a good baby for my starter being a nursing mother. Takde masalah langsung. With Iman---LANGSUNG tiada. Doktor memandai jer bawa anak saya pergi dari labour room untuk ke NICU walaupun berulang kali (mean banyak kali saya cakap saya nak menyusu anak saya) hanya kerana anak saya didetect down syndrome (Dalam hati marah beb!!!) 5. Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan laktasi kepada ibu-ibu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka. ---Ini diberitahu oleh Misi Klinik Desa, tetapi Misi Ani tidak menyatakan Pam apa yang bagus... 6. Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan. ---Iman tidak dibenarkan minum susu ibu untuk pertama kali lahir ke dunia atas sebab2 perubatankah? Adakah Down Syndrome sejenis penyakit... // 7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu (“rooming-in”) – membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari. --Alhamdullilah, saya "rooming -in" di NICU. Dan langsung tidak menyentuh susu tepung yang dibekalkan khusus untuk bayi2 di situ. Kerana takde sapa yang nak tolong saya suapkan cup ke mulut baby saya as jahitan yang sangggat menyakitkan sehingga menyukarkan saya duduk. Saya menyusu sambil berbaring selama kira-kira 6 hari di wad NICU. (Kena marah ngan mak bidan urut sebab mengiring semasa pantang) 8. Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi. --Iman baby Down Syndrome tak boleh ikut kehendak dia..akibat ikut kehendak baby Iman lah anak saya tidak naik berat badan. Dia mesti diberi minum sekurang-kurang 7 kali penyusuan. Antara waktu penyusuan pun mesti ada juga penyusuan 9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu. ---saya cuba tidak memberi botol selama sebulan..tetapi kerana tak tahan menahan penat menunggu baby kenyang saya pam dan masuk dalam botol supaya cepat dia abis. Baby down syndrome cepat letih untuk menghisap kena sikit2---tapi saya tak larat nak nunggu..terutama waktu malam. 10. Menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik. ---Yes, saya ikuti supaya saya tetap teguh menyusu anak saya walaupun saya sudah tidak seobses semasa menyusuka Ariff dulu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...