Thursday, October 6, 2011

Susah Hati Pasal Kerja

Entry hari ini tiada mengisahkan anak-anak lelakiku tetapi susah hatiku sebagai pekerja. Harusku berkelakuan seperti anak-anak muridku seperti mengeluh dengan dengusan yang kuat, menghentak-hentak kaki dan mengatakan "tak nak buat" atau lari sahaja dari semua permasalahan. Bersama-sama dengan pengkritik-pengkritik tidak rasmi di situ. Arggghh..atau harusku berisktiharah kepada Allah dengan menunjukku jalan yang menyelamatkan jiwaku.

Tuesday, October 4, 2011

Cerita periuk bubur ajaib

Pada suatu petang, Anne pulang dari kerja. Dia sangat susah hati kerana mengenangkan resepi apa yang harus dia sediakan untuk anak lelakinya, Iman yang berumur 1 tahun 3 bulan. Tiba-tiba dia terasa ingin membeli periuk slow cooker dengan duit yang ciput dan baru diperolehinya hasil titik peluh dia menjadi seorang cikgu. Dengan didorong perasaan kasih dan sayang serta naluri seorang wanita yang ingin membeli sesuatu, Anne telah singgah disebuah kedai elektrik yang bernama Kedai Guan Elektrik. Ketika tauke cina menegur Anne hendak membeli apa, dengan pantas Anne meminta Periuk Slow Cooker. Tauke Ah Guan menunjukkan 3 jenis periuk slow cooker, ada yang besar dan ada yang kecil, Anne telah memilih periuk yang sederhana kerana bersederhana itu adalah yang terlebih baik...setelah wang dan barang bertukar tangan, maka Anne telah segera pulang ke rumah dan menanak nasi. Dia menanak nasi di atas api gas sebaik sahaja nasi sudah semakin tanak, Anne telah memindah sebahagian nasi tersebut ke dalam periuk nasi slow cooker yang baru dibelinya sebentar tadi, manakala sebahagian nasi yang ditanak dibiarkan masak untuk menjadi makanan ruji dia dan suaminya. Anne telah juga mencincang halus lobak merah, bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan juga ikan bilis yang sudah dibuang tulang dan sedikit minyak masak serta sedikit garam. Setelah itu, Anne pun menyebut, "periuk...masaklah...periuk". Sementara menunggu bubur masak, Anne tertunggu-tunggu hasil masakan periuk itu.Dek kerana dikhuatiri dia kebosanan, maka dibawanya anak-anak bermain-main dan bersembang-senbang dengan jiran dan anak jirannya. Setelah anak-anaknya puas bermain dan merengek-rengek kelaparan, Anne segera teringat akan periuk barunya itu. Alangkah terkejutnya dia kerana nasi yang tadinya separa tanak sudah bertukar menjadi bubur ikan bilis yang muai serta gebu. Malah tambah mengejutkan Iman makan habis satu periuk. Sejak hari itu, Anne sudah tidak berasa risau resepi apa yang hendak diberi kepada Iman kerana periuk nasi slow cookernya sudah menjadi periuk bubur ajaib bagi dia sekeluarga.
TAMAT

Monday, October 3, 2011

Monday weekdays

Hari ini saya mahu menulis pasal keadaan hormon saya yang berubah-ubah ...dan terbawa-bawa sampai tahap emosi tak stabil. Pagi bangun tidur, perut saya lapar. Saya bancuh tepung dengan air suam, garam, mentega sikit dan sedikit susu pekat manis. Kacau bancuhan tersebut sampai sedikit cair. Sementara itu saya panaskan kuali dengan sedikit marjerin dan masukkan bancuhan tersebut dan menjadi lempeng. Siap. Manakala kopi 3 in 1 Indocafe panas pun saya sediakan bersama sedikit susu pekat manis. Jam 6.30 sarapan. Lempeng itu saya makan cicah sama gula. Manis! manis! manis!...Saya bawa kereta tanpa aircond sebab tingkap automatik belah pemandu saya rosak. Cermin tingkap auto tak boleh naik. Jadi saya membawa kereta dalam keadaan tingkap terbuka sepanjang pagi. Parking kereta jauh di belakang sekolah dengan harapaningatkan suami akan ambil kereta dan hantar pergi betulkan. Sudahnya pagi-pagi tu saya "sai'e" untuk punch dan amik barang (harus punch card dulu kan). Saya orang terawal duduk diperhimpunan itupun sudah jam 7.20 pagi. Panas! Rimas! Lemas! Kipas atas dewan rosak pulak. Kipas bahagian pelajar tak pulak. Pastu terkejut dengan laporan kawan saya...yang mengatakan bahawa tandas pelajar bersih (ya masa check memang bersih) tapi ditambah dengan ayat dia yang mengatakan ...dan..berbau wangi. Wangi???!!! Hello, member setugas yang bagi laporan itew lelaki ye. Bukan dia yang check aku yang check. Tambah sakit Perut aku sedang mulas-mulas..kesan glukosa ker sukrosa yang saya amik kot pagi tadi.
Saya risaukan pelajar saya ni. sudah 10 bulan belajar BM peringkat SPM tapi masih di takuk lama, prestasi masih rendah dan tak mencapai tahap memuaskan. Satu jer yang menjadi igauan saya....bahawa tahun depan saya akan bakal dipersalahkan oleh guru-guru pakar SPM sekolah saya dek kerana" takuk lama itu". Pas berkira-kira soalan apa yang keluar dalam akhir tahun nanti...saya ke kantin? Ironinya,,,saya tak tahu apa nak buat. Saya mengambil 2 keping tempe dan sekeping tahu cicah sambal tumis dan sambal kicap. Air teh o. Kombinasi makanan yang semakin mem"biol"kan otak saya. Kemudian ke relief kelas yang dalam kelas itu ada pelajar yang menyakitkan hati aku, pastu jenis menjawab lak tu. Jumpa dia dah cukup mengeraskan hatiku...Perutku semakin memulas2...otakku tak mampu berfikir tentang kerja-kerja keguruan. Saya terasa benar--benar kesunyian dalam pekerjaan. Masuk kelas BM untuk kelas yang terpandai pun..dalam keadaan hati rawan, dengan timbunan buku-buku latihan mereka yang belum ditanda (ditambah dengan bilangan pelajar yang tidak menghantar kerja), keluhan dan dengusan seorang pelajar yang memang disyaki bosan tahap cipan tanpa henti ...kuat pulak tu, sudah cukup mendangkal. Maka dalam keadaan tanpa persediaan tu,,keluarlah jawapan-jawapan dari otakku yang mereng ni. Nak tanda buku-buku dalam situasi pok pek pok pek kat dewan sebelah (upacara mohon restu) dari semua guru mereka? (agaknya aku dulu tak menyumbang kot...hati kecilku berkata, akukan guru sesi petang, tak kot..kan aku cuti bersalin 2 bulan, makanya nasihat demi nasihat itu harus dipanjang-panjangkan ahaks!!!)..bila makan sekeping biskut buatan air tangan sahabat ...tiba2 teringatkan hutangku pada dia. Klise betul! Balik sekolah singgah pergi Bank Islam tengok duit tabung haji, ceh tak masuk lagi, masuk dalam siap bertanya bagai kat kerani tu , kenapa duit tabung haji belum dipotong,,,(agaknya kerani tu berkata dalam hati,...tengah sengkek la tu). PAstu tanya pegawai kewangan pasal duit pelaburan...lah!! harga merudum pulak, terbatal hasrat nak kuarkan. Saya keluarkan jugak RM20, RM10 untuk isi minyak dan selebihnya wat beli nasi ayam.
Saya kesunyian dalam bidang keguruan. Lebih separuh umur saya akan dicurahkan kepada bidang tercinta ini. Tapi...malam ini saya benar-benar rindukan sahabat-sahabat keguruan saya yang pernah saya miliki satu ketika dulu! Dato' Najib pernah tak merasai apa yang saya rasa pada hari ini? ----fahamkah anda mesej cerita ini?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...