Wednesday, November 23, 2011

Tanpa Tajuk

Saya sangat mencintai SEJARAH, pada suatu masa dahulu saya pernah bangga menjadi siswi Sejarah di Universiti Malaya. Rupa-rupanya saya hanya syok sendiri. Bila saya jadi cikgu Sejarah kepercayaan saya mulai berubah, pandangan hidup saya juga semakin lama semakin luntur terhadap Sejarah....kerana susahnya mengajar Sejarah. Klise betul, mahu mengajar subjek teras tetapi perlu berhempas-pulas mengamit hati anak bangsa sendiri. Kenapa entry ini? Saya mendapat tahu keputusan peperiksaan akhir tahun pelajar tingkatan 4 sangat merungsingkan. Saya tidak terperanjat atau terkejut, bukankah mereka juga adalah hasil produk saya semasa mengajar mereka semasa mereka di sesi petang. Saya masih ingat suatu ketika dulu saya pernah sakit jiwa mendidik mereka buat pertama kalinya dalam permulaan karier saya sekitar 2008 dan 2009. Tahun ini sejarah berulang semula...batch yang sangat menjengkelkan.

Tuesday, November 22, 2011

Meraikan Hari-hari cuti

Dua hari saya duduk rumah jaga anak. Otak berfikir tentang kerja-kerja keguruan yang takkan berakhir.... Siapa kata jadi cikgu, banyak cuti. Otak berfikir ligat boleh bercutikah? Nasib baik program Rintis tak jadi, (kalau nak memenangi hati rakyat, hati penjawat awam wajarkah dikalahkan?) dalam erti kata lain saya baru-baru jer kembali berminat dan bersemangat bekerja di bawah Menteri yang ini...kerana buat itu dan ini? Tiba-tiba suruh guru-guru ni kerja sampai petang. Adakah beban memikirkan kecemerlangan anak murid sampai pukul 4.30 petang jer, wei nih murid-murid ye bukan rakan sekerja anda. Belajarkah anda perkembangan dan kebolehan pelajar itu berperingkat2, dan ini bukannya membincangkan perkembangan murid Down sindrom macam anak saya (hu, hu)
Dalam hati : pangkah ke tak pangkah. Walau bagaimanapun, saya salute ngan menteri yang ini sebab saya ada anak Down syndrome di Malaysia, saya rasa tak ada apa-apa kerana saya tahu banyak kemudahan dan keperluan khas untuk mereka untuk bersekolah nanti.
Tiba-tiba terasa rindu keindahan kerja berpasukan masa jadi sukarelawan Darul Fitrah Malaysia dan masa dok kat Maktab. Dah kerja makan gaji ni....keindahan kerja berpasukan seringkali disalah tafsir sebagai tanggungjawab bergaji yang harus disiapkan dan anugerah cemerlangbukannya satu passion. Agaknya saya sedang dilanda krisis sebagai penjawat awam kot. (andainya saya dipaksa mengambil Master sekali lagi, saya tetap akan amik course Library dan Information Technology kelakarkan?)

Tuesday, November 15, 2011

Kelebihan minum susu ibu selama 6 bulan pertama

Tolak campur Iman bolehlah diiktiraf sebagai bayi yang menyusu exclusive 6 bulan, termasuklah sebulan minum susu perahan beku ketika saya pergi Haji tahun lepas. Walaupun dia bayi yang terencat sikit perkembangan pembesarannya tetapi Alhamdulillah tetap sihat. Hari Raya Haji yang lepas, Iman main air di Taman Tema Pedas, Negeri sembilan selama hampir 4 jam tetapi dia tak apa-apa, takde demam atau selesema. Sekarang dia minum susu Pediasure, makan bubur nasi dan makan pisang...dah semakin kuat. Kalau diikutkan hati saya, malas dah saya nak berulang ke Paedratik sebab mereka akan pok pek pok pek kat saya pasal tak pandai jaga anak. Sensitif mak!

Friday, November 4, 2011

Si Iman Yang Sudah Berumur 1 tahun 4 bulan

Dia sudah pandai memandu.....walker.
Dia sudah pandai menyanyi dan menari....dengan bahasa dan tarinya yang tersendiri.
Dia sudah pandai berkawan......dengan abang dan anak-anak jiran.
Dia pantas ....maju.
Dia adalah dia....(dalam dunia ini, hebatkah aku!) sedang di akhirat sana terpikulkah aku!!

P/S : Mengapa mesti emosional kiranya diminta berpakaian mahal? Sedangkan Tuhan anugerahkan anak yang lambat membesar yang takperlu berganti makan pakainya untuk setahun dua ini. Hu Hu Hu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...