Thursday, July 12, 2012

Mengatasi Perasaan Riya'

Aduh, sudah berapa tahun ni saya sudah asyik dengan dunia. Anak-anak, rumah harta benda, hobi baru sampai saya terlupa untuk merendah diri kepada Allah. Pegangan Hidup Mukmin karya Hamka yang pernah kubaca dan pernah sebati dalam hidup saya semakin lama semakin saya lupakan. Hanya dengan satu statement.."Kekuatan saya adalah pada Iman, Insyallah Iman saya kuat"..Bukankah itu riya' namanya memperkata sesuatu yang dimiliki.  Malah saya tidak sepatutnya ada sekelumit rasa bangga kerana sembahyang 5 waktu. Bila kita meluahkan rasa bersyukur kerna dianugerah kekuatan untuk melaksanakan Ibadat adalah satu kesalahan kepada saya kerana saya orang yang mengetahui bahawa hati ini haruslah suci dari perasaan apa-apa. Malah ada rasa tidak suka melihat orang bercakap besar pun tak boleh. Runduk dan zahid dari apa-apa perasaan yang boleh merosakkan hati. Hari ini sebagai manusia saya benar-benar lemah dan mohon kekuatan dari-Nya. Rakan-rakan sekapal dah jadi ulama (Ustaz Zaharuddin A.rahman) pun saya masih tak sedar. Sekali berbai'ah selagi itulah hati-hati ini telah berjanji mendokong syariat-Mu.

Tuesday, July 3, 2012

Express BreastMilk ---

Pada hari ini saya tidak berapa bangga mengupload kan EBM ini kerana Ummi Raudhah masih keliru puting. Atau sebenarnya dia pasti yang direct feeding ialah the best choice. Bulan depan kalau tak digunakan going expire. Someone please take this!!!

Babywearing bersama anak daraku.

 Ummi Raudah berumur 45 hari ketika ini. Gendong Mei Tai. Gendong Authentic..Beautifully Amber
 Gambar Ummi Raudah pada 17 Jun 2bulan setengah. Gendong baru SSC pakai buckle bagai, mula-mula dapat macam tak berapa seronok tetapi lama-lama ..malas nak fikir dah..suka aje. Blue Nila strong colour make me happy..exactly colour for me.
My first MummyHugs Pouch...waris dari abang kepada adik My best friend ever from modest person to luxury one. The luxury one...none

Sunday, July 1, 2012

KuBersyukur..

Tanggal 26 Jun 2012 ialah hari jadiku.. saya selalu merasakan sejak berumahtangga ni diriku sudah tiada masa untuk diri sendiri but..suprisingly that day....suami dan anak2 telah membelikan saya
1. Kasut sukan jenama Admiral siap ngan stokin
2. Seluar tracksuit khas untuk diriku...
Tanggal 27 Jun 2012 ialah Hari Sukan Sekolah-------Saya bertugas menjadi pegawai sukan sekolahdan berpakaian seperti mana yang Maktab Perguruan suggestkan, saya berlari dalam pasukan saya dalam 50mx8org..dan mendapat naib johan. Kadang2 kita jer yang terlebih emosi, padahal keluarga kita sebenarnya memahami.
Motif : Janganlah membebel banyak2 pasal itu dan ini. Actually orang tu tak kasi pinjam telinga dia punn!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...