Wednesday, April 17, 2013

Saat Yang Terbazir..

Laratkah? Bebanan minda  dan kekangan masa ternyata cepat berlalu. Sedar tak sedar sudah berlaku macam-macam peristiwa penting yang pasti akan mengubah kehidupanku.
31 Mac 2013 buat pertama kalinya saya buat Aqiqah jam  8 malam dan berakhir kira-kira 11 malam. Jam 3.45 pagi selepas itu bapa saya meninggal dunia tanpa anak-anak di sisi di hospital. Jam 3 pagi itu bapa saya sudah tidur dan dia pergi dengan tenang pada jam itu. Sudah tentu bapa saya mengetahui bahawa ajalnya sudah tiba. Dan arwah bapa saya seorang bapa yang selagi daya tak pernah menyusahkan anak-anaknya, Arwah tiada hutang puasa, tiada hutang malah tinggalkan harta serta pencen untuk mak. Sampai akhirnya pesanannya ialah jaga mak tu, jaga mak tu...Saya sangat sedih kerana sejak 5 tahun yang lalu sayalah yang beria-ia nak bawat mak dan bapak pergi haji, memotong wang masuk tabung haji, memaksa bapak mandi selepas asar atau sebelum asar dengan air yasin dan ayat2 syifa' dan tindakan itu ternyata berkesan kerana bantuan Allah tiba sewaktu hamba-Nya memerlukan. Pada tangan yang menolak kerusi roda sewaktu tawaf  dan saie dan pimpinan tangan erat sewaktu pergi melontar pada Allah jua yang mengetahui pahit manis pengalaman itu. Hanya Allah sahaja mengetahui betapa payahnya mengurus seorang bapa yang mempunyai pendapatnya sendiri dan keras hati tetapi Alhamdulillah sejak 6 tahun kebelakangan ini Arwah semakin lembut hati dan moga-moga Allah mengampunkan dosa-dosa yang pernah dilakukan di dunia.
Kesedihan ini sedang memakan hati dalam diriku. Dan saya belum lagi  meminta cuti rehat semata-mata untuk mengurus diri dan keluarga yang semakin lama semakin menekan. Tabahkan hati Cikgu Siti Suzana. Hu hu

Wednesday, April 10, 2013

Thinking of HijrAH..

Rentetan demi rentetan peristiwa dalam hidup saya sejak 5 tahun lepas ini...bagaikan satu petunjuk betapa satu anjakan perlu dilakukan dalam hidup saya. Sejak kelahiran Iman, Haji, bertukar sesi dan perubahan kepemimpinan...dan yang paling baru ialah kematian bapa saya benar-benar mengejutkan saya. Bila rakan-rakan semaktab masing-masing pun  mencapai kecemerlangan dalam pekerjaan kenapa saya berasa sahaja pendapatan yang saya terima setiap bulan semakin kurang keberkatan serta isyarat-isyarat dan petunjuk yang semua bagai menuding jari bahawa tidak cekapnya saya mengatur kehidupan. Bila sahaja sifat dan kelemahan kita mula dipertontonkan dan dijaja dimerata dan disiarkan di khalayak rakan-rakan yang dianggap rakan tetapi sebenarnya hanya saudara seIslam yang sepatutnya melindungi aib dan kelemahan dan digantikan dengan nasihat dan teguran benar-benar merimaskan dan melemahkan semangat. Bila dahulu kekuatan dan kelebihan kita benar-benar menjadikan kita sepasukan sebaliknya sekarang sebenarnya-benar kekosongan. Bila insiden demi insiden  yang didengar dan keluhan yang hanya mampu diluahkan kepada rakan-rakan di tepi jalan nampaknya perkara ini SERIUS!!  Bagai api dalam sekam...sedang memusnahkan dari dalam. Ya Allah selamatkan aku!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...