Tuesday, July 28, 2026

Lessons Learned : Pertandingan Kawad Kaki wakil sekolah.

Setelah dua minggu pertandingan, barulah saya ada keyakinan dan kekuatan untuk menulis pengalaman terburuk dalam kerjaya. Ternyata pengalaman-pengalaman terburuk ini merupakan satu bentuk refleksi kepada tugas keguruanku. [Untuk melayakkanku menjadi guru, aku dilatih dan diberi kemahiran pelbagai serba serbi untuk menjadi seorang guru dan penjawat yang baik. Namin sejak dua tiga tahun kepercayaanku sedikit dikit menjadi berkurangan ... tiada yang boleh dipersalahkan kerana sistem dan persekitarannya begitu] Opss..balik semula kepada tajuk pengalaman terburuk dalam kerjayaku membawa pasukan kawad kaki. Aku tidak sangkak bahawa menyertai satu pertandingan berpasukan begitu mencabar. Sistem penggiliran pasukan kawad yang akan mewakili ke pertandingan ternyata satu sistem yang nampak sempurna tetapi untuk jangka panjang sekolah ini bukan satu yang bijak. Come on guys... sekolah yang kita berkhidmat tu akan wujud selama-lamanya dan tak akan ditutup kecuali di bom, tetapi kita sebagai guru dan murid datang dan pergi...apa yang patut kita tinggalkan. "Sistem" dan "Legacy" yang berterusan kerana itulah yang akan dikenang dan dihargai. Alta mater sekolahku kenanganku dan di situ kita menjadi pandai. Memang semua bodoh di situ, namun kalau ada sistem dan modul maka semua akan graduate dengan cemerlang. Inilah cabaranku... Meletakkan aku sebagai Ketua Pertahanan Awam menyebabkan banyak benda yang memaksa aku untuk menjadi tahu, ambil tahu, belajar, dan menjadi pengamal .. sekurang-kurangnya aku yang sibuk-sibuk nak jadi Prebet PA itu adalah langkah pertamanya..walaupun nampak kelakar, macam tak logik dan di luar jangka (sebab aku dah hujung 40-an, BMI melebihi, Obes] Okey saya sahut cabaran itu. Berbekal slogan, buat apa wujudkan KasPAM kalau tak aktif, aku usahakan lah nak membina team Syukur juga guru penasihat lain membantu.
Lesson Learned 1 : Semasa pemeriksaan pakaian, aku sedaya upaya untuk memastikan uniform No.3 untuk kawad kaki KaSPAm ni mematuhi segala mak nenek jadual pemarkahan. Tetapi aku rasa pakaian pasukan kawad kaki ini lah yang paling tak lengkap. sebab semua pun "PINJAM". ada ahli yang beli sendiri dan aku pulak tak mewajibkan murid beli sendiri tapi rupanya inilah rupanya tendangan penalti penentuan kekalahan. The rest.....apa yang tak lengkap . nanti aku buatkan modul nya.
Misi aku tercapai sebenarnya dari awal mencari pasukan, aku dah terangkan kenapa aku nak KaSpaM yang akan masuk.  Sebab aku tak faham kenapa nak masuk pertandingan secara penggiliran tapi masa giliran aku (KPAM) nak kena bawa pasukan lain. Sebab pasukan lain tu ada baju. Apa jenis peraturan ntah.. bukan ke setiap guru penasihat itu juga ada pangkat dalam pasukan unit beruniform, Hello, kita bukan karangan pasang siap dalam BM atau Jawapan KBAT Tikus dalam Sejarah. Kita adalah KPAM authentic, original dan Asli. Dahlah aku masuk KPAM dengan tak ada modul dengan zero.. aku belajar sikit-sikit. Cuma dulu ada  bekas pelajar macam Shahiran, macam Alif Irsyad,  yang sanggup mengetuai pasukan. Tapi kali ini, dengan berbekal "aku" memang tak ikut lah diorang sebab aku juga ada masalah rendah diri. Tapi aku redah aje. PINJAM pun PINJAM lah. Cuma kali ni aku tak pinjam Tun Mamat lah sebab pasukan itu bertanding sekali.
Dalam modul aku, beberapa murid dalam gambar ini antara  antara pelapis yang akan aku cuba bawa Kaspa ke peringkat Zon. Inshallah tahun hadapan.


Cikgu Rifaein banyak membantu, sekurang-kurangnya ada seseorang yang boleh diharap untuk membantu. Dua minggu yang hectic, mencabar dan tercabar . pace yang lambat macam siput termasuk lah semua cikgu tak ada pengalaman MENANG.  Bukan lah mustahil untuk menang, cuma aku tak meletakkan KPI MENANG sebagai sasaran, cuma sasaran tersesat terus huhu... Terima kasih orang baik dan anak-anak yang sanggup bertanding walaupun tanpa pengalaman dan latihan yang mencukupi,. Maafkanlah cikgumu ini yang serba serbi tak tahu dan tak berapa faham sebenarnya.
Tingkatan 1, 3 dan 4. Dua ahli KPAM dan seorang Kadet Polis.

Yang ini memang ahli KPAm dan sebenarnya tinggi.
Biarlah gambar berbicara sebab kepala dah penat sebenarnya. Fokus seterusnya ialah kenaikan pangkat. Nak bawa sekurang-kurang dua kereta (8 orang) yang boleh atau macam boleh. Doakanlah berjaya.

Friday, November 22, 2024

Saturday, June 29, 2024

Dashboard Data: Pentadbiran Negeri-negeri Selat

Dashboard Data: Pentadbiran Negeri-negeri Selat

Jumlah Penduduk (1911)

  • Pulau Pinang: 278,003
  • Melaka: 124,062
  • Singapura: 303,321

Komposisi Etnik (1911)

  • Melayu: 35%
  • Cina: 45%
  • India: 15%
  • Lain-lain: 5%

Nilai Eksport (1870)

  • Pulau Pinang: £8,000,000
  • Melaka: £1,500,000
  • Singapura: £13,000,000

Garis Masa Pentadbiran

  • 1826: Pembentukan Negeri-negeri Selat
  • 1832: Singapura menjadi ibu pejabat
  • 1867: Dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan
  • 1946: Pembubaran Negeri-negeri Selat

Gabenor-gabenor Penting

  • Robert Fullerton (1826-1830)
  • Andrew Clarke (1873-1875)
  • Frederick Weld (1880-1887)

Jumlah Sekolah (1920)

  • Sekolah Vernakular Melayu: 180
  • Sekolah Vernakular Cina: 150
  • Sekolah Vernakular Tamil: 80
  • Sekolah Inggeris: 50

Nota: Data adalah anggaran untuk tujuan ilustrasi. Sila rujuk sumber sejarah yang sahih untuk maklumat tepat.

Monday, April 15, 2024

Selamat Hari Raya 2024

Aku bersama-sama anak buah Abdullah Fahmi dan Abdullah Fahim. Anak-anak Hadi dengan Cg. Nik.

Bersama dengan mak mertuaku.

Guna iPhone 12 kalau tak silap.
Selamat HAri Raya. Oren bata.
Gambar anak-anak yang dah besar. 16 tahun umur blog sendu aku ni. Hu hu
 

Sunday, March 12, 2023

Happy World Down Syndrome Day


 Pada hari Sabtu 11 Mac 2023, saya dan Iman berpeluang memeriahkan Program Persatuan Bunga-bunga Syurga Down Syndrome Malaysia di Telok Mas, Melaka. 

Tuesday, December 20, 2022

Sunday, November 6, 2022

Pemikiran Seorang Edward

 Pemikiran seorang Edward

 

Apabila barang mainan tidak dibenarkan dibawa ke sekolah

Alat tulis itulah yang menjadi barang mainannya sewaktu di sekolah.

Di sisinya sekurang-kurangnya satu set perekat pemadam atau correction paper. Tetapi pemikiran seorang Edward, baginya satu perekat pemadam tidak cukup, harus baginya ada sekurang-kurang pelbagai jenis, warna, size dan bentuk sebagai alat permainan yang dibawanya di sekolah. Di mata seorang guru, dia sedang membawa alat perekat pemadam itu sebagai alatulis tetapi di mata seorang Edward alat itu ialah benda kesayangannya. Apabila tadi aku seorang guru sedang membetulkan kesilapan seorang murid lain yang sedang asyik menarik “tape”, (kalau dulu ibarat aku menarik tape kaset casserte pak cik sebanyak-banyaknya) aku pun merampaslah alat itu kerana ternyata dia melakukan kesalahan tersebut dalam waktu pembelajaran, dan pada pendapat aku tidak perlu aku mengatakan bahawa perbuatan nya itu salah, kerana ternyata tidak membuat tugasan semasa waktu pembelajaran  memang satu kesalahan. Jadi, aku rampas dan aku buang ke lantai. Tidak semena-mena seorang Edward bangun, murid yang duduk di hadapan murid tadi bangun dan menjerit dan meninggikan suaranya kepadaku. Punca, katanya alat perekat pemadam tadi milikinya. Dia cuba memukul dan membaling objek kepadaku, dia bangun dan cuba untuk menyerangku, namun dua rakannya tadi termasuklah murid yang melakukan kesalahan main alat perekat tersebut menahannya dengan memegang dan memeluknya. Edward masih memaki hamun aku. Aku memujuknya, dengan mengatakan tolong senyap, jaga kelakuan, saya ini guru kamu, saya ibarat ibu kamu. Mengapa awak marah dan mengamuk sedangkan bukan awak yang saya tegur kesalahannya. Sebelum itu, lupa saya nak bagitahu saya sedang mengajar topik sebutan difgraf hari ini. Pembelajaran mudah, santai dan laju sahaja silibusnya. 

Akhirnya Edward bertenang dan aku boleh meneruskan pembelajaranku. Di sisi pedadogi pendidikan aku sedar kalau aku bercerita tentang perkara ini, maka warga pendidik yang akan mempersalahkan aku, Persalahkan aku atas kesalahan merampas dan menghempaskan alat perekat pemadam yang sudah terburai isi tapenya itu ke lantai.

Ya, aku terima mungkin aku gagal mengawal kemungkinan bahawa pemilik perekat pemadam itu akan marah dan menengking-nengking aku sebagai guru dan cubaan menyerang dan mencederakan aku atas sebab itu.

Namun, aku menerima itu sebagai teguran Allah nak mentarbiyah jiwa aku. Banyak kali Allah SWT cuba untuk menegurku dalam bentuk ujian manusia cuma kadang-kadang aku lupa dan aku mengambil endah tak endah teguran itu. Di dunia ini banyak ujian dan rintangan yang akan dilalui lebih-lebih lagi aku memilih untuk menjadi guru sebagai kerjayaku. Aku sedar dunia ini hanyalah jambatan menuju ke akhirat, janganlah sampai dunia ini menjadi jambatan aku ke neraka hanya kerana perkara-perkara seperti ini.

Kepada Edward, mungkin wang ganti RM50 yang awak minta tu cikgu boleh ganti. 10 perekat pemadam yang cikgu janji nak bayar balik itu pun cikgu boleh ganti. Tetapi kalau kamu lebih sayang alat perekat pemadam itu daripada menghormati cikgu dan menyayangi maka itulah yang kamu dapat. Kekosongan jiwa daripada kasih sayang manusia kerana kamu memilih material daripada manusia. Maka 5 tahun lagi yang kamu hadir ke sekolah hanyalah bersifat sekeping sijil SPM itupun kalau kamu mampu lulus tanpa guru.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...