Wednesday, February 13, 2013

FROM mY jOURnAl TO mY bLOg- ABOUT 3year ago

3 Januari 2010 Ahad
Bangun pagi 6.45 pagi, mandi ala kadar dan terus sembahyang subuh.
Badan terasa lemah, seolah-olah darah tidak jalan/mengalir keseluruh badan. Mungkin pagi tadi tekanan daarah rendah. Arif bangun awal pagi, ajak Arif jalan-jalan keliling taman dengan harapan jantung aku akan lebih pantas berdegup tetapi apa yang aku rasa ialah kelesuan jua. Babang masak mi. Aku makan mi, roti dan segelas susu. Ntah mengapa menu pagi ini masih tidak menaikkan nafsu makan dan mencergaskan aku.
Aku tidur pukul 10 pagi, Arif pun tidur juga, terjaga kira-kira pukul 12 sebab dengar suara Usop Wak Seman dan babang berbual-bual kuat pulak tu. Aku maintain tidur. Walaupun tidur tetapi aku masih juga terasa serba tidak kena. Tekak terasa mual. Segala-gala bagai tidak kena. Fisiologi badanku. Mungkin adakah kerana aku mengandung. Mungkin kerana perubahan-perubahann dalam badanku ini sajalah tanda bahawa anak dalam kandunganku sedang hidup dan mmembesar.

kini aku baru terasa dan mula memahami mengapa wanita itu ingin mengandung lagi walaupun ada anak ramai.Walaupun saat mengandung dan melahir bagai nyawa di hujung tanduk tetapi setiap kali mengetahui bahawa anda disahkan mengandung, kegembiraan tetap sama.

begitu juga aku, aku beranak operate walauupun dalam keluarga tiada yang susah beranak. Tetapi aku ditakdirkan dioperate atau dicaeser. Kesakitan nak melahirkan bagai azab apatah dimalukan, terasa malu sendiri pun ada. Direwang, dimarah tetapi duduk di hospital ada bestnya dengan jiran yang kelakar, misi-misi yang penyayang dan makan minum yang sedap.
Aku mengandung anak kedua, sudah masuk trimester ke 2.

Monday, February 11, 2013

Felt and Umi Raudhah

As a girl..she never knew what his mother will groomed her until she growing up hi hi.....As a newbie in the blog she already modelled herself, even though she not model.. I myself already not much time into this blogging lately..as one of student said...into "facebooking" for hours..and at the same time less time to write ..Look a like during this holiday i got something to blog...Emmm hi hi Umi Raudhah  ngeee...
She looks thinny as i rarely giving her dinner...because my lazyness to cook  but ..Today..FELT!! Tadaaa...

Tuesday, January 29, 2013

Mabuk Buku Skrap


Perihal buku skrap ni dah lama ...sebenarnya. Tiba-tiba minat nak buat buku skrap timbul balik. 25 tahun lalu  
saya darjah 6 pernah dapat no 2 buat buku skrap pasal pendidikan. Kita ambil keratan akhbar then buat cover cantik-cantik pastu suruh Sir Kamaruzzaman punch dengan eyelet(gosshhh...) baru hari ni saya tahu nama bendalah yang mencantumkan kitaorang punya skrap. Gambar di atas tools kit yang sedang diaim oleh saya...tunggu. Nanti kalau dah ada depan mata, saya blog pasal ni lagi. Gambar ni saya tengok di Scrap n Crop 

Sunday, December 30, 2012

Me and my Dear Daughter ...Yang Cengeng

 
 

Nama my DD ni Umi Raudhah. Kulit sawo matang. Today genap umurnya sembilan bulan. This was a picture yang paling precious di atas Tanah Tinggi Cameron berdekaran dengan Ladang Teh. Setiap kali balik dari kerja dan berada di rumah kemudian mengasuh Ummi Raudhah pasti rimas dan lemas sebab my DD cengeng orangnya..asyik minta dukung, kalau kena marah ngan ayahnya dia akan menyorokkan kepala ke dada mama dia cam kurakura.
Allah sahaja yang mengetahui betapa seronok dan sayang seorang ibu kepada anak perempuannya walaupun anaknya itu cengeng orangnya. Masa Ummi Raudhah banyak dengan pengasuh mungkin itu antara faktor dia menjadi secengeng itew. waduh!!
My Dear Sons

Tuesday, December 25, 2012

Special Needs Toddler Baby Wearing

Aduss...terpaksa mengakui Iman is Special Needs children kerana fizikal dia tak sama ngan rakan sebaya dia. Hanya berat 8kg dengan ketinggian sama dengan budak normal umur setahun jer..sedangkan umurnya 2 tahun setengah. Masih kesal kerana ada seorang mak cik mengatakan dia terencat kerana saya tinggalkan dia pergi Haji sedangkan he fully breastmilk during Haji dan dia sudahpun disahkan down syndrome with thyroidism sejak lahir. Tulah...lain kali tanya saya atau search sahaja di google. 

Monday, December 3, 2012

Baby Wearing Lagi

Fokus jer kepada bendalah yang saya pakai untuk mengendong anak dara saya tu...masa Hari Malaysia 16 September

Cerpen Kisah "Umi" Raudhah

Saat diri diasak rasa gelisah bila terkenang amal dan pekerjaan yang tidak seberapa...tah berapa kali hantu syaitan itu dipersalahkan. Mengucapkanlah dan beristigfarlah..mogamoga amalan masa yang ada ini jadi benteng pertahanan hari tua kemudian.
Saya berkahwin pada umur 30 tahun dan saya akui sepanjang tempoh saya tidak berkahwin itu terlalu banyak godaan dan tekanan saya alami. Saya tidak menolak cinta bahkan cinta itu selalu datang dan pergi. Dalam kekalutan itu saya tidak mengambil berat sangat pun apatah lagi tempoh 20an saya hanya habiskan untuk mencari sesuatu selain perkahwinan....saya pernah ditanya apa permintaan saya kepada seorang Hajah yang hendak mengerjakan Umrah tah kali keberapa dan saya tidak meletakkan permintaan perkahwinan pada saat itu kerana saya hendak pergi haji dengan emak dan bapak. Bahkan perkahwinan itu datang jua bersama kerjaya tetap dan kemahiran membawa kereta. Kemudian saya diberi santapan mata orangorang tersayang saya mencari cinta dan perkahwinan saya tersentap sebenarnya. Berkenan ke orangorang yang selama ini menjaga dan mengenalimu...sedangkan mereka inilah yang menjadi mata dan telinga kepada arus kehidupan di luar sana. Memang saya akui perasaan dan nafsu adalah perasaan terindah tetapi dalam tempoh pencarian itu...adakala kita salah.  Suatu masa dulu saya pernah mengubati diri saya sendiri apabila jatuh hati pada insaninsan yang bernama lelaki. Tetapi cinta tetap cinta...indah tetapi sakit. Sebelum menerima akad...Aku terima nikahnya...tanyatanya lah orang disekeliling adakah mereka berkenan...kalau tidak berkenan, dengarlah dulu alasanalasan...atau sekurangkurang dengar kata hati...padankah dia. At least guna pakai penanda aras orang tua yangg mungkin kerepot tu. Ironinya orang yang tidak pernah susah memilih calon suami yang susah...hu hu. Getusan hati ini mungkin salah..tetapi getusan hati inilah yang menerawang dan bergelandang di fikiran kami kami dan kami..plural not singular ones

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...