Sunday, February 23, 2014

Anugerah Tokoh Nilam

Motif gambar ini diambil ialah mengingatkan diriku yang memegang jawatan Guru Perpustakaan. That's our master in school librarianship in Johore. Setiap kali bertemu dengan dia hati saya berdebar-debar mengenang berlambaknya kerja-kerja kepustakawanan yang belum sudah saya siapkan.   Alamak rambut si Anusha ni nampak kemas pulak kalau ikat ke belakang.
JB ! here we come again hu hu

Saturday, December 21, 2013

Bawal Adijuma dan Pizza Hut

Bawal ni bukan saya yang beli. Tudung yang saya pakai ini adalah tudung rewang sebenarnya. Bila pertama sekali ipar saya memakai tudung ini memang nampak exclusive coraknya. Pastu ntah macam mana boleh timbul idea untuk memakai tudung bawal ni satu family masa kakak ipar saya buat kenduri kawin pada 25hb November hari tu. SAya sukakan...suka suka
Gambar di atas diambil oleh kawan saya yang memakai baju merah dan tudung putih, di laman surau kecil sekolah tempat saya bekerja. Saya dan kawan-kawan sedang menikmati Pizza yang ditempah sejam yang lepas. Masa gambar ni diambil jam kira-kira pukul 5.
Sambil makan sambil berbual-bual, saya pun dah lupa apa-apa yang kami bualkan. Nama pun berbual-bual kosong. Saya ingat ayat terakhir saya ialah, "lepas ni akak nak pergi kedai emas". Tetapi rupa-rupanya kedai emas dah tutup dah. Nak pergi Poh Kong timbal balik mau-mau RM300 gak ni walaupun harga emas RM142/g. Jadi, saya batalkan jer hasrat tu. Lagipun saya membawa ubi kayu dalam kereta, Pak Cik saya kirim untuk diberi kepada emak saya di kampung.
Ini kawan saya yang ambil gambar, Tengok tu Bawal AdiJuma dan Pizza warna yang sangat serasi. Dalam hati saya bermonolog, "sedap pulak Pizza ni, hari tu aku sombong laki nak belanja tak makan, masa tu saya rasa keju sangat menggemukkan, tetapi hari ini aku tewas, sedap-sedap sambil angguk-angguk kepala"
Waduh-waduh sedap sungguh Pizza ini dan memakai Tudung Bawal AdiJuma sangat seronok. Apa yang kami buat pada hari Sabtu tidaklah penting sangat untuk diceritakan. KERJA.

Thursday, December 19, 2013

Iman yang Cilik..

 Ini Iman anak kedua saya, berumur 3 tahun setengah bulan 12, 2013 ni. Size badannya sangat kecil tidak seperti rakan sebayanya. Gelagat dan keletahnya lebih kurang sama sahaja dengan rakan-rakan sebayanya yang lain atau saya sendiri terbawa-bawa membuat penafian yang dia sama seperti kanak-kanak yang lain pada hal tidak sebenarnya. Saya rindu untuk mendengar dia bercakap dan memahami apa-apa sahaja yang dia ingin katakan. Dia tidak mendapat asuhan dan didikan profesional malahan mencukupi buat masa sekarang.
 Iman seorang kanak-kanak yang jujur dan telus. Sifatnya lurus dan mudah dilentur menyenangkan saya. Kadar peniruan terhadap perlakuan orang dewasa di sekelilingnya hampir 100% tidak seperti anak-anak saya yang normal yang masih sedikit ego dan degil terhadap perlakuan yang baik seperti solat dan bab-bab makan contohnya.
Sekarang saya tidak lagi boleh beralasan bahawa dia yang menjadikan diriku sebegini, banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan saya seolah-olah hilang punca dan keseronokkan menjalani kehidupan.

Saturday, December 14, 2013

Kami adik- beradik

Sejak Iman dilahirkan sehingga kini, barulah abang Arif dapat berlawan dengan iman, tendang, dan dicekik oleh adik lelakinya itu. Arip belum mengerti mengapa adiknya begitu susah nak bercakap, malah saya belum pun membincangkannya. Mereka berkongsi susu ibu, malah Arip juga tidak geli minum susu botol Iman yg tak habis. Berapa kali sahaja Arip berjumpa seseorang dan bertanya, "Ma, nape dia jalan macam tu (merujuk seorang budak oku)" saya jawab, "Rip, dlm dunia ni, ada orang yg macam tu, ada orang macam adikmu( sambil menunjuk kepada iman yg sibuk menyalam orang satu kedai" Inilah bukti kekuasaan Allah.




Wednesday, November 20, 2013

Thursday Post..

Setakat hari ni, memang tidak dapat dinafikan masa untuk saya berblogging memang begitu terhad. Hal ini disebabkan hanya apabila saya bersedia untuk buat kerja2 perkeranian di rumah dan anak-anak tidak begitu menyibuk maka ada lah masa untuk saya berblog. Gambar di atas ialah anak-anak saya bersama Husna dan Madiha iaitu anak-anak adik ipar saya. Yang sedang mendukung Umi Raudhah tu pulak, Kakak  Acik Timah adik suami saya yang bongsu. Sejak bapa mertua saya meninggal, Timah nilah yang banyak masa dengan mak mertua. Saya suka menyimpan gambar-gambar mereka dalam blog. masa gambar ni diambil terlupa pulak kami ni dari mana, cuma yg saya ingat baju t shirt tu baju PONEY yang terbaharu...cantikkan warnanya...nak kata kuning tak kuning oren ntah lah

Saturday, October 19, 2013

Oh, I miss my blog!!

Assalamualaikum w.b.t Salam ini saya tujukan kepada sapa-sapa yang sedang blogging sekarang ni. Suatu tika dulu inilah kerja aku...namun sejak dua menjak ni..saya dah lupa bilalah kali terakhir saya membuka laptop ini di rumah di ruang tamu a.k.a work station saya ni.  Lihat kabinet pejabat saya di sebelah laptop ni di dalamnya ada tugasan, workload yang berbentuk objek lagi boleh dipegang, tetapi tugasan di alam maya lebih hebat dan banyak juga sebahagian tuntutan yang harus diurusi. Sebenarnya banyak perkara berlaku dalam hidup saya sejak menjak kebelakangan ini..mungkin selepas kematian arwah bapa dan arwah bapa mertua saya.

Pertama
Anak murid saya sedang menderita menanggung penyakit kanser...Setahun lebih dia bercuti. Semasa dia didignosis dia tingkatan 4 sekarang dia sepatutnya tingkatan 5. Dia terpaksa meninggalkan bangku sekolah dan juga padang sekolah kerana penyakitnya itu. Dia ialah jaguh lompat jauh, lari berpagar dan lain-lain acara. Tahun lepas semasa pasukan dia sedang kalah dalam acara 4x400 meter dia jatuh sewaktu membawa baton terakhir....Dia terlalu dekat dengan saya, mungkin kerana hubungan saya bukan sahaja pernah di dalam kelas tetapi lebih di padang. Saya hanyalah cikgu biasa yang tidak biasa dengan dia berbanding cikgu sukan dan jurulatih yang ternyata lebih dekat dan rapat dengannya. Namun, dia masih anak murid saya. Titik. Khamis lepas dia datang ke sekolah untuk berjumpa dengan kawan-kawan, guru dan mungkin sekolah itu sendiri. Apa yang sangat menyedihkan hati saya dan terbawa-bawa sampai sekarang ialah dia bukan dia yang saya kenal dulu. Betapa beratnya penanggungannya dan dia survive. Allah menyayanginya kerana dia diberikan nikmat hidup lebih lama  untuk menerbitkan keinsafan kepada  hati saya yang semakin hitam dan keras ini. Namun saya mengenali pelajar saya itu seorang yang tidak pernah lupakan solat dan suka stay back selepas sekolah. Sapa-sapa warga sekolah itu mengenalinya. Saya sangat terharu dan sedih bila saya cuba membandingkan dia dengan anak-anak muridku yang lain. Saya berharap bahawa anak didikku yang lain dapat memahami betapa kerdilnya mereka dibandingkan dengan kuasa Tuhan. Sifat degil dan ego yang mereka bawa tidak laku di hadapanku. AKu harap mereka lebih sedar diri mereka sedikit betapa tiada yang lebih hebat daripada kekuasaan Tuhan itu sendiri yang mampu merampas segala-gala yang mereka oleh itu berendah dirilah di hadapan cikgu-cikgu semua. Kalaulah mereka mengetahui.

Kedua
Saya ada seorang sahabat. Saya mengenalinya sebagai teman yang suka bercerita, periang dan pemurah. Dia yang membawa saya ke fasa seterusnya dalam tugas-tugas profesional sebagai penanda kertas. Dia membawa kegembiraan dalam tugasku sebagai guru. Dia sahabt malah guru di sisiku. Baru-baru ini saya mendapat khabar berita yang suaminya masuk hospital atas komplikasi paru-paru, namun apa yang lebih mengejutkan saya dia turut didignosis sebagai pesakit batuk kering. Apa yang saya sedih ialah dia meluahkan perasaan terpulaunya dia setelah khabar itu diketahui. Dia mengambil cuti sakit, punca penyakitnya ialah berjangkit dengan seorang pelajarnya. Stigma masyarakat yang sangat mengecewakan terhadap pesakit batuk kering sangat kuat..seolah-olah balik semula ke zaman-zaman 70an dahulu dengan adegan batuk berdarah dan sebagainya. Dan saya betul-betul teringin berjumpa dengannya. Namun sebelum sempat saya menziarahi saya dikejutkan dengan berita kematian anak lelakinya dalam suatu kemalangan dan tempoh itu berlaku sangat singkat, sakit, suami sakit dan kematian.

Semua ini sangat membebani perasaan saya untuk cuba meluahkan sesuatu sehinggalah Allah mengilhamkan kepada saya untuk membuka laptop ini di rumah yang asalnya dinawaitu untuk membuat eprestasi atas tuntutan kerja juga. Saya pernah menjadi sukarelawan dan pernah dianugerah dengan hati yang baik untuk cuba membetulkan keadaan. Dahulu saya kuat menyuapi seorang muallaf  ibu tua buta yang miskin, mendidik sebahagian pelajar lelaki yang gila motor dan seorang pelajar lelaki yang sangat nakal, masuk ke wad kanak-kanak PPUM untuk menemani mereka yang masing-masing sedang berhadapan dengan kematian.
Mungkin inilah rahmat dan kebajikan untuk mengingatkan aku mengapa saya ingin menjadi G.U.R.U.

Wednesday, October 2, 2013

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...