BAHAN-BAHAN (THE INGREDIENTS) :
Kopi-O Jenama 434, kopi Muar yang agak tersohor seantero Malaysia
Gula pasir tapi kalau nak lagi sedap guna gula perang
Fresh Milk jenama Dutch Lady yang kotak warna hijau, saya dah cuba guna Susu Rendah Lemak dan Full Cream tapi tak sedap sebab ada bau susu yang kuat, yang fresh milk kurang sikit bau atau tiada langsung
Sudu Teh kecik jenama Shell (free gift)
Cawan Mug (Ni jenama PPNJ gift gak)
Masukkan satu uncang kopi 434 ke dalam mug beserta dua sudu teh kecil gula pasir. Dua sudu pun cukup sebab kopi ni dah ada gula gak.
Rendam kopi O dalam air panas bertapis yer, Ini penapis air saya jenama Elken, darjah kepanasan agak-agak dalam 80 Celcius sahaja. Rahsia buat kopi yang sedap ialah air tapis tu la. Kalau air paip sudah bercampur dengan klorin yang boleh menjejaskan aroma dan rasa sedap kopi. Saya Rendam dalam dua hingga 3 minit jer sebab takut tak panas sangat. Tak panas tak best.
Akhir sekali campurkan susu segar Dutch Lady dan agak-agak jerlah sukatannya anggaran dalam 25% daripada jumlah air kopi O tu.
Saya tidak menyertai sebarang giveaway ke apa, apatah lagi duta produk Muar yang terkenal ni, jujur ikhlas saya katakan rasa resepi kopi susu ini sangat lah sedap...sejak saya mencuba resepi ini yang diilham apabila susu pekat manis yang saya beli tak habis2 dan akhirnya dibuang begitu sahaja dijangkit kulat (di rumah saya hanya saya yang minum susu pekat manis) dan teringat kopi susu dan susu segar di Makkah menyebabkan saya tergerak hendak berkongsi resepi ini yang tak delah original sangat tu hi.. hi...(LUpakan sebentar Coffee Maker yang pernah saya beli dulu dalam entry dulu2 kerana jug kacanya sudah pecah dan saya sudah tidak menggunakannya sejak saya menggunakan penapis air Elken ni.
SILALAH MINUM MAMA! a cUP OF cOffEE FOR Coffeholic like me.
Wednesday, February 26, 2014
Sunday, February 23, 2014
PlayGround With Balcony
Play Ground ini saya beli dari MAma Panda Online...pakai facebook jer. Bayar ansur RM700 harganya selama 6 bulan.Sekian
Anugerah Tokoh Nilam
Motif gambar ini diambil ialah mengingatkan diriku yang memegang jawatan Guru Perpustakaan. That's our master in school librarianship in Johore. Setiap kali bertemu dengan dia hati saya berdebar-debar mengenang berlambaknya kerja-kerja kepustakawanan yang belum sudah saya siapkan. Alamak rambut si Anusha ni nampak kemas pulak kalau ikat ke belakang.
JB ! here we come again hu hu
JB ! here we come again hu hu
Saturday, December 21, 2013
Bawal Adijuma dan Pizza Hut
Bawal ni bukan saya yang beli. Tudung yang saya pakai ini adalah tudung rewang sebenarnya. Bila pertama sekali ipar saya memakai tudung ini memang nampak exclusive coraknya. Pastu ntah macam mana boleh timbul idea untuk memakai tudung bawal ni satu family masa kakak ipar saya buat kenduri kawin pada 25hb November hari tu. SAya sukakan...suka suka
Gambar di atas diambil oleh kawan saya yang memakai baju merah dan tudung putih, di laman surau kecil sekolah tempat saya bekerja. Saya dan kawan-kawan sedang menikmati Pizza yang ditempah sejam yang lepas. Masa gambar ni diambil jam kira-kira pukul 5.
Sambil makan sambil berbual-bual, saya pun dah lupa apa-apa yang kami bualkan. Nama pun berbual-bual kosong. Saya ingat ayat terakhir saya ialah, "lepas ni akak nak pergi kedai emas". Tetapi rupa-rupanya kedai emas dah tutup dah. Nak pergi Poh Kong timbal balik mau-mau RM300 gak ni walaupun harga emas RM142/g. Jadi, saya batalkan jer hasrat tu. Lagipun saya membawa ubi kayu dalam kereta, Pak Cik saya kirim untuk diberi kepada emak saya di kampung.
Ini kawan saya yang ambil gambar, Tengok tu Bawal AdiJuma dan Pizza warna yang sangat serasi. Dalam hati saya bermonolog, "sedap pulak Pizza ni, hari tu aku sombong laki nak belanja tak makan, masa tu saya rasa keju sangat menggemukkan, tetapi hari ini aku tewas, sedap-sedap sambil angguk-angguk kepala"
Waduh-waduh sedap sungguh Pizza ini dan memakai Tudung Bawal AdiJuma sangat seronok. Apa yang kami buat pada hari Sabtu tidaklah penting sangat untuk diceritakan. KERJA.

Thursday, December 19, 2013
Iman yang Cilik..
Ini Iman anak kedua saya, berumur 3 tahun setengah bulan 12, 2013 ni. Size badannya sangat kecil tidak seperti rakan sebayanya. Gelagat dan keletahnya lebih kurang sama sahaja dengan rakan-rakan sebayanya yang lain atau saya sendiri terbawa-bawa membuat penafian yang dia sama seperti kanak-kanak yang lain pada hal tidak sebenarnya. Saya rindu untuk mendengar dia bercakap dan memahami apa-apa sahaja yang dia ingin katakan. Dia tidak mendapat asuhan dan didikan profesional malahan mencukupi buat masa sekarang.
Iman seorang kanak-kanak yang jujur dan telus. Sifatnya lurus dan mudah dilentur menyenangkan saya. Kadar peniruan terhadap perlakuan orang dewasa di sekelilingnya hampir 100% tidak seperti anak-anak saya yang normal yang masih sedikit ego dan degil terhadap perlakuan yang baik seperti solat dan bab-bab makan contohnya.
Sekarang saya tidak lagi boleh beralasan bahawa dia yang menjadikan diriku sebegini, banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan saya seolah-olah hilang punca dan keseronokkan menjalani kehidupan.

Saturday, December 14, 2013
Kami adik- beradik
Sejak Iman dilahirkan sehingga kini, barulah abang Arif dapat berlawan dengan iman, tendang, dan dicekik oleh adik lelakinya itu. Arip belum mengerti mengapa adiknya begitu susah nak bercakap, malah saya belum pun membincangkannya. Mereka berkongsi susu ibu, malah Arip juga tidak geli minum susu botol Iman yg tak habis. Berapa kali sahaja Arip berjumpa seseorang dan bertanya, "Ma, nape dia jalan macam tu (merujuk seorang budak oku)" saya jawab, "Rip, dlm dunia ni, ada orang yg macam tu, ada orang macam adikmu( sambil menunjuk kepada iman yg sibuk menyalam orang satu kedai" Inilah bukti kekuasaan Allah.
Wednesday, November 20, 2013
Thursday Post..
Setakat hari ni, memang tidak dapat dinafikan masa untuk saya berblogging memang begitu terhad. Hal ini disebabkan hanya apabila saya bersedia untuk buat kerja2 perkeranian di rumah dan anak-anak tidak begitu menyibuk maka ada lah masa untuk saya berblog. Gambar di atas ialah anak-anak saya bersama Husna dan Madiha iaitu anak-anak adik ipar saya. Yang sedang mendukung Umi Raudhah tu pulak, Kakak Acik Timah adik suami saya yang bongsu. Sejak bapa mertua saya meninggal, Timah nilah yang banyak masa dengan mak mertua. Saya suka menyimpan gambar-gambar mereka dalam blog. masa gambar ni diambil terlupa pulak kami ni dari mana, cuma yg saya ingat baju t shirt tu baju PONEY yang terbaharu...cantikkan warnanya...nak kata kuning tak kuning oren ntah lah
Subscribe to:
Posts (Atom)