Saturday, July 18, 2020
YOUNG LIVING MALAYSIA : BERMINAT TAK?
Kalau berminat boleh hubungi saya SITI SUZANA WHATAPPS : 0173706205 Berminat nak jadi member : Guna ID sponsor saya 4109290
Saturday, March 28, 2020
KENANGAN CETUSAN RASA MASA PKP
Cetusan Rasa
Dinihari ini semacam sayu.
Terdengar bukan lagi bunyi cengkerik dan desingan si siput babi
di kaki pasu bungaku,
tetapi bunyi watt lampu elektrik,
bunyi enjin alat pendingin hawa kuasa kuasa,
bunyi kipas berdiri bersama dengkuran anak-anak kecil dan ketua keluarga
yang kepenatan dan kelelahan mengusahakan apa-apa mahunya keluarga
kecilnya siang tadi.
Zaman ini bukan Zaman Gelap lagi atau zaman Perang Dunia Siri Bersiri.
Zaman ini zaman kesukaran yang tidak mungkin akan terfikir
dek akalku masa aku kecil dahulu,
sewaktu ghairahnya membaca buku Sejarah di sekolah.
Chikugunya, banjir besar dan luar biasa, Tsunami, jerebu...
Kali ini virus jangkitan penyakit Covid-19 pula.
Virus ini bukan virus yang menyerang telefon pintar kita lantas kita
boleh reset semula.
Serangan ini satu perjuangan yang kali ini pejuang jihadinya ialah
para doktor dan petugas kesihatan seluruhnya,
Aku duduk di rumah, duduk diam-diam, tidak keluar.
Pabila arus idea tiba-tiba mencurah keluar,
kucapai pena lalu kutulis semuanya.
Panjangkanlah umur kami, Wahai Tuhan yang Esa. Doa kami bagi setiap ulang tahun kelahiran
yang selalu kutitipkan.
Annurfitrah 29 Mac 2020.
Wednesday, August 21, 2019
Dialog seorang guru juga seorang ibu
![]() |
| Sekadar gambar hiasan |
Hakikatnya dinihari seperti ini, lagakku seumpama seorang pengasuh kanak-kanak yang tahu menjerit sekiranya mereka buang air besar dan memekik sekiranya mereka lapar. Bezanya gaji aku lebih besar.
Memulakan sesuatu yang baru bukan mudah tetapi bukan juga mustahil.
Semoga aku mendapat sinar dan aura di sini walaupun asing.
Sunday, June 23, 2019
Luluskah kita dengan ujian hidup ini?
Tanggal 19 November 2018 - keputusan egTukar sudahpun dipaparkan. Saya seperti sudah mengagak keputusannya. Permohonan saya untuk diposting semula diluluskan. Kali ini dalam daerah saya sendiri biarpun suatu ketika dahulu kedua-dua daerah ini pernah bersatu. Tanpa mengira jauh atau dekat saya membuat permohonan keluar dari tempat kerja saya ini. Bijakkah aku? Semakin lama saya di tempat kerja yang pertama diposting, semakin tidak betah saya duduk di situ. Perasaan sedikit tidak senang dengan gelagat rakan sekerja antara sesi pagi dan sesi petang kekadang menjentik hati. Kemudian beberapa bulan kemudian meraikan rakan sekerja yang bersara atau bertukar menjadi mimpi ngeri padaku, Keletah murid yang saban hari dan waktu semakin menjengkel dek kerana kebiadapan dan bersikap transparent menambahkan lagi pedih di jiwaku. Suatu ketika dahulu pada tahun 2011, pernah aku mempersoalkan ,,,saya ada anak istimewa dan anak-anak yang perlukan tumpuan, tetapi mengapa saya harus mengisahkan politik teranjang dunia pekerjaan? Akhirnya, saya tewas. Saya mohon berundur. Pernah rakan sejawat melontarkan pandangan, "keluar mulut buaya, masuk mulut harimau, saya masih berbaik sangka kerana saya fikir Allah yang gerakkan hati kita.
Benarkah tindakan dan perlakukan saya ini? Melepaskan sesuatu yang saya sudah biasa. Perjalanan 18 KM melalui 9 traffik light, menyeberang Sungai Muar , menempuh kesesakan di bulatan Bakri untuk sampai ke alta mater yang serasi dan secocok dengan jiwa Islami saya?
Benarkah dan sehingga sekarang sehingga Jun saya menempuh jalan berliku, sedikit berbukit-bukau dan kesesakan bandar Tangkak yang tidak masuk di akal menuju ke tempat kerja yang langsung bertentangan dengan jiwaku. Ya, jumlah pelajar sama, ratio kaum juga sama, latar belakang ibu bapa juga sama, tetapi sesuatu yang sukar kuduga MasyaAllah disiplin murid yang tersasar jauh dari yang aku bayangkan dari seorang murid berumur 13-18 tahun.
Saya masih lagi dalam proses penyingkiran barang-barang dalam rumah dan mengemas kini semula ruang dalam rumah serta menstruktur jadual hidup saya sebagai ibu, guru dan penjawat awam.. saya cuba berbuat baik dengan alam, dengan jiran dan saudara-mara tetapi dengan ketiadaan ibu dan bapak kekadang saya tewas, saya senang memilih untuk bersendiri bersama-sama anak-anak, Menambah buruk lagi keadaan saya ialah masalah saya dengan Pencipta. Bersangka baik, bersangka baik biarpun saya berasa seolah-olah saya keseorangan. Tiada motivasi dan penggerak.
Masa ini Master saya tiada berguna, Ijazah saya pun tiada berguna, yang paling diperluka adalah kekuatan Iman melawan sangkaan manusia dan tanggapan buruk yang terlintas di dalam hati mereka. Memang jangan kisah apa orang kata tetapi kebetahan ini mesti ada penyelesaiannya. PAsti.

Saturday, March 30, 2019
Dalam Kenangan
Dialah bapa yang penyayang.
Yang menghabiskan sisa kehidupan selepas bersaranya untuk menebus
segala kekurangan yang tiada dipenuhi sewaktu dia bekerja
Nasihatnya, pesanannya terngiang-ngiang di kotak ingatanku
Genap 6 tahun sahaja dia meninggalkanku...
AL-FATIHAH arwah bapak 31/03/2013 - 31/03/2019

Thursday, September 28, 2017
Tuesday, August 22, 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)