Thursday, June 9, 2011

Puisi Buat Muhd Nurul Iman



"Bibirku menguntum senyum yang tidak putus-putus
tatkala dirimu kulahirkan
Sudah termaktub namamu dalam lipatan memoriku
dalam kitab Hikam
Biarpun tidak sesekali kumenjangka bahawa
kau anak istimewa
namamu tetap kuabadikan"

Muhd Nurul Iman

----bersambung


Wednesday, June 8, 2011

From Batu Pahat Mall

eputusan dari operasi jalan-jalan kat Batu Pahat Mall, terlalu banyaknya budak-budak sekolah yang sedang cuti ni terutama dalam kalangan bangsaku yang lepak beramai sambil bercouple-couple, pegang tangan, bagai lagak pengantin baru, aku rasa nak termuntah, terjelek dan terkontal bijik mata . Hai, anak bangsaku sesungguhnya jarum-jarum yahudi (fashion, lifestyle, jalur lebar ) sedang menjahanamkan kita dik oi!!! Dengan baju dan shawl ala-ala Hana Tajima kaorang tu tak mengimpresskan aku langsung, tengkorokku semakin ketar melihat anak bangsaku sedang dijahanamkan oleh kapitalis dan globalisasi.

Sudahku duga...saraf telinga sebelah kanan Iman tidak berfungsi


Ini Iman pada pukul 9.00 pagi, ceria senyum dan gembira..yeah yeah nak pergi Batu Pahat (semalaman tak tidur nyenyak, dah bagitahu yang dia ada appointment, tu yang excited sangat tu)
Ini pula saya dan Ariffin bergambar depan tempat menunggu--kira-kira jam 11.00 pagi ni, dua jam dah menunggu..(sempat bersakit perut dan ke tandas--lega--bagai)
Ini dalam bilik rawatan, mesin penguji pendengaran ni hanya terdapat di Hospital Batu Pahat, Yang di Hospital Pakar Sultanah Fatimah dah rosak--klise-- 30 minit sebelum tu Iman sudah diberi minum ubat tidur, susahnya nak tidurkan Iman, bila tertidur kena angkat dia masuk bilik--tapi ada patient lain--kena tunggu--bila giliran Iman masuk--jam 12.30 tengahari--Iman jaga tak selesa--ujian tidak dapat dilakukan--bawa Iman keluar jap--pujuk-pujuk--akhirnya dengan stroler2 aku bawa masuk--dan nampaknya pegawai perubatan masih mengurus patient sebelum Iman--(Ayah Iman dah bawa diri pergi kantin, makan tengahari) akhirnya dah dekat2 pukul satu barulah ujian dapat dijalankan dengan keadaan senyap sunyi takut Iman terjaga.-RESULT--dengan selamba pegawai perubatan itu berkata, berdasarkan ujian memanglah didetect telinga kanan Iman gagal berfungsi--maknanya pekak sebelah dan telinga kiri Iman pun ada effect sikit but just nice boleh dengar. Mama Iman--sedih, terasa masa depan aku yang gelap gelita (bukankah aku berada di masa hadapan zaman kecikku ni)--fikir kalau aku dah tak de--semuanya macam zoom flash imej satu persatu.

Seperti yang dijanjikan sudah termaktub dalam lipatan sejarah, hari ini muncul juga. Hari ini kami membawa Iman ke Batu Pahat. Bagi org2 di luar sana yang tidak tahu, kukhabarkan lah di sini bahawa Batu Pahat tu jauh giler...dari tempat tinggal aku sekarang ni.

Mama Ariff tetap tabahkan diri.


Tuesday, June 7, 2011

Esok Nak Pergi Hospital Batu Pahat

Setelah enam bulan, tibalah saat ketika seperti yang telah dimaktubkan dalam surat perjanjian hospital, harus Iman menjalani rawatan masalah telinganya esok. Apa yang mama nak pakai ek? Hijau should be nice..but tadi mama tengok tv meniru gaya Gwnetth Paltrow also should be nice..ada elemen2 romantis..but mama kena cari baju yang ada unsur silky and neutral. nak kena cari stokin bagai...pakai baju kurung selamat sikit..atau pakai apa yang ada? Taklah, esok mama nak buat perubahan sikit...ke arah seorang yang kelihatannya rajin dan detail.

Daya pendengaran Iman agak baik, kerana apabila abang dia menangis kuat-kuat meroyan Iman akan menangis kuat2 juga tanda takut. Dia agak slow sikit bila nama dia dipanggil..apa-apa pun tunggu jerlah esok

P:S>> esok harusku bergegas seawal pukul 7.00 pagi--kalau tidak ehem2 la jawabnya. Batu Pahat ada apa yang special yek sementara dah terpergi situ tu..?

Saturday, June 4, 2011

Jemaah kolesterol--mengubati penyakit malas part II

Mengapa harus ada part II dalam pada aku merungkai penyakit malas aku ni.. ya ya hari ni aku masih malas..walaupun sudah ke hujung sempadan Mentakab Jerantuut aku pergi kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupuku...still malas juga. Malas nak tolong rewang..hanya duduk-duduk sahaja mencari-cari sesiapa untuk diajak berbual. Pernah juga terdetik di minda ku malah aku masih mengagumi Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri yang tidak pernah malas2 untuk meraih sokongan dan berhempas pulas menarik sokongan golongan muda (atau sekurang-kurang memujuk semula pengundi lama kembali mengundi kerajaan ahaks!!)
Mereka bekerja (dengan dibantu pekerja-pekerja setia) tanpa jemu dengan kuasa yang ada dan kekuatan kedudukan mereka kerana mereka ada kuasa yang dipilih oleh rakyat (yang tidak memilih pun respect juga akan kerajinan mereka) Yes!!mereka terlalu rajin umpama peniaga yang menjual barang untuk dapat keuntungan berlipat kali ganda demi negara tercinta. Adakah kakitangan kerajaan yang baru berusia 6 tahun ini memahami dengan sebenar-benar akan cita-cita nun menongkat langit ini. fahamkah aku!! aku seolah-olah remaja yang mencari krisis identiti tetapi kali ini mengalami krisis identiti aku dalam kerja kerajaan. Balik dari Kuala Krau pun aku masih malas...keuntungan hari ini NIL. Atau patut selepas tengok tv ni aku terus bergegas minum secawan kopi, menukar pakaian, solat ssunat dan fardu. dan terus tidur atau menanda kertas?? malam ini aku tengok muka Arif dan Iman...nampak tak mereka akan muka ibunya yang sedang dilanda penyakit malas ni. Nak, carikan mama ubat!!

Friday, June 3, 2011

Mengubati Penyakit Malas

Sebelum aku nak mengubati penyakit malas aku ni...aku seharusnya mendignosis punca-punca mengapa aku jadi malas.
Clue pertama, aku seorang yang mempunyai kekuatan kerohanian dan kekuatan aku adalah berpunca daripada spiritual---(cuba tengok dan detect cepat mengapa aku jadi malas?)
Ya..aku berjaya mengubah diri aku kerana aku suka membaca duluuuu..semasa zaman pencarian dan krisis identiti dulu kala aku membaca Novel sasterawan negara, aku baca Rancangan Malaysia Pertama, aku baca Buku Hijau, Buku Merah, aku terlalu banyyyak membaca buku nasionalisme sampai berpinar biji mata..kemudian aku pergi Kem metakurikulum anjuran MARA (see MARA)..kemudian aku membaca buku HAMKA (Pembakar semangat) aku mendedahkan diri aku kepada bahan-bahan yang menguatkan semangat aku. Aku mengaji AL-Quran hari2 termasuk terjemahannya sekali---->>aku rajin, bersemangat, dan ingin sekali menongkat langit.

Pernah suatu ketika dahulu semasa zaman Universiti, aku pernah menjadi begitu pemalas... tahap penyakit berjangkit. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Pernah dan aku masih merasakan bahawa Syaitan sedang cuba menjahanamkan aku sekrang ni. Seperti Syaitan itu pernah cuba menjahanamkan aku dulu..Semakin kuat Iman seseorang semakin kuat juga hasutan dan ajakan Iblis Laknatullah.

Hari ini aku cuba berpuasa 1 Rejab--dan aku gagal. Aku cuba gagahkan diri untuk solat di awal waktu dan masih gagal untu solat Subuh dan Maghrib. Aku cuba membuka Al-Quran tapi Quran itu kecik je di mataku. Aku tidak membaca..okey2 aku membacakan cerita Tortoise and The Hare, Lion and a mouse, Will and his buttons untuk anak-anakku, aku membaca blog catatan orang2 dan kurasa bahan itu terlalu ringan sedangkan aku perlukan kekuatan yang besar. Aku perlu lakukan sesuatu...Buat sesiapa yang membaca entry ini...jangan komen atau bandingkan diri anda dengan saya. Kerana saya tidak sama dengan kemalasan bangsa kita yang merempit atau membohsiakan diri (atau sekarang ini kemalasan aku sama jer dengan kemalasan bangsa kita yang merempit dan membohsiakan diri itew) untuk mengambarkan tahap kemalasan ini.

Untuk mengubati penyakit malas ini, pertama sekali aku perlu solat hajat. Minta pada Tuhan agar kembalikan sifat rajin kepadaku. Seterusnya berzikir 100X kali. Mohon dipermudahkan segala urusan. Atau perlu aku harus bangkit dari tidur untu mengerjakan solat sunat tahajud dan hajat sekali. Aku perlu betul2 berazam dan bertaubat. (Jangan sangka sungguhpun aku sudah Hajah tetapi Syaitan itu tidak mengodaku..malah lebih hebat barangkali).
Aku juga patut join jemaah surau, wanita atau sebarang pergerakan dan pertubuhan agama seperti dulu aku join PMIUM dan Darul Fitrah. Seharusnya ku juga menyedekahkan 70 surah Al-Fatihah sekali duduk baca. Kuat semangat dan cari kekuatan sekarang.

Salam 1 Rejab, Bulan Allah....Moga segala keberkatan dalam bulan ini dapat kuperoleh sebanyak-banyak. Ku Lihat Hijau!!! (Sori at least for time being and after before PRU.. i very dislike pink colour, he he he)

Tuesday, May 31, 2011

Pendapat saya berkaitan Breastfeeding a todler.


Saya mengamalkan tandem nursing. Anak sulung saya sudah berusia 30 bulan. Pelik tapi benar...pengalaman pertama saya dalam menyusukan bayi iaitu Ariffin begitu menggembirakan sehingga saya berkali-kali pergi ke gathering dan kursus2 berkaitan dengan susu ibu. Perasaan saya ialah puas dengan menjadi ibu yang memberikan exclusive 6 bulan susu ibu dan mengepam susu semasa bekerja.

Puas ibu saya memaksa saya memberhentikan pemberian direct breastfeeding kepada anak pertama saya yang semakin hari semakin membesar bagai Johan. Dia sudahpun menjadi minum susu botol Dutch Lady tegar..tetapi ketegarannya terhadap mama dia juga tak juga surut. Malah selalu sahaja mengatasi adiknya Iman. Iman juga menyusu direct tetapi sejak saya bertukar ke sesi pagi saya sudah tidak mengepam di sekolah.

Masalah mengepam di sesi pagi ialah tempat dan persekitaran yang baru. Betul juga kata "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" saya dah cuba nak mengepam tetapi sering juga gagal kerana kurang sokongan. Di sesi petang saya gunakan bilik kaunseling. (Sekolah Perempuan tetapi kesedaran tentang pegepaman susu ibu masih di tahap sendiri2). Bila bertukar ke sesi pagi..saya mengambil keputusan untuk berhenti mengepam di sekolah atau tempat kerja. Akibatnya saya gagal membekalkan susu perahan kepada baby. Last2 saya hanya mengepam di rumah dan membekalkan susu tepung kepada pengasuh ketika saya keluar bekerja. Ironikan. sepatutnya orang yang berjaya buat pertama kali pasti boleh lakukan buat kali keddua..dan saya gagal.

Saya suka cuti sekolah kerana saya boleh menyusu direct kepada baby Iman. kadang-kadang susu tepung tidak diperlukan langsung kerana saya mampu memberi dan mengasuh baby hanya dengan susu ibu sahaja...masalahnya ialah Arep.

Saya tidak tahu bagaimana nak menghentikan pemberian direct breastfeeding a toddler. Saya selalu gunakan ia sebagai "senjata" memujuk dan menenangkan Arep. Pada masa yang sama juga saya seolah-olah tidak mahu memisahkan diri saya dengan Arep. Saya juga ingin terus menyusukan baby Iman.

Hari ini masuk bulan Jun bermakna hampir setahun usia Iman dan juga bermakna hampir 2tahun 11 bulan Arep bergantung ngan saya. Tiada apa yang saya hendak banggakan atau kongsikan bersama dengan anak-anak. Cuma satu sahaja harapan saya iaitu meneruskan penyusuan susu ibu selama setahun lagi ngan Iman dan berjaya memujuk Arep agar berhenti menyusu ngan saya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...