Dari bilik kecil di bilik peperiksaan dalaman ke bersunyian ditengah malam...saya yg tidak jemu2 mahu menulis. Bersahabat dgn rakan2 di alam maya. Menyinggah ke blog2 dan ke lelaman rakan. Budak lelaki inilah inspirasiny. Dia sudah semakin membesar. Sudahku bimbangi solatnya, ngajinya, kerja2 rumahnya.tgjwbnya. oh ya Allah bantu lah hamba-mu
Tuesday, August 20, 2013
Tuesday, August 6, 2013
Sunday, July 21, 2013
Langsir raya
Monday, June 24, 2013
Ini reban ayam mak di kampung
Saya tak berapa ingat bila reban ayam ini dibina tetapi saya memang tahu kewujudannya...cuma tidak terlalu berfokus sangat. Tapi hari ini cuaca jerebu di tempat saya sudah pulih lalu saya mengambil kesempatan ini untuk mengabadikan gambar ummi raudhah yangsudah pandai berjalan itew
Sambil mengejar anak-anak ayam. Precious betul gambar ini
Tuesday, May 21, 2013
Penyusuan anak ke-3
Malam ini saya ingin menulis berkaitan penyusuan susu ibu. Ini anak perempuan saya. Namanya Umi Raudah. Umurnya 14 bulan. Semasa saya menyusu anak sulung sewaktu umurnya kira 14 bulan saya telah disahkan mengandung anak kedua. Penyusuan anak sulung saya terberhenti dalam konteks pemberian susu ibu selama lebih kurang 7 bulan walaupun anak sulung saya tidak berhenti menyusu? (fahamkah?)...kemudian saya menyusu anak kedua saya sejak sebaik sahaja dia dilahirkan sampailah dia berumur 1 tahun 2 bulan, sepanjang saya melahirkan anak kedua saya hingga dia berumur 15 bulan itulah juga saya menyusu anak sulung saya iaitu "Tandem Nursing". Anak kedua saya Down Syndrome. Umur anak saya genap setahun saya disahkan pula mengandung anak ke tiga. Kebetulan gigi anak kedua saya baru tumbuh ..dan dia pula jenis baby yang agak tidak sabar menghisap sehingga let down itu berlaku apabila saya mula mengandung, let down refleks saya agak lambat jadi dia mula mengigit dan sejak itu secara rasmi kedua-dua anak lelaki saya "menyapih" dan menukar ke susu botol minum susu tepung. Anak sulung menyusu hampir 3 tahun dan anak lelaki kedua menyusu 15 bulan sahaja dengan penyusuan eksklusif 6 bulan. Sangat senang transition itu....
Ini anak ke-tiga saya. Perempuan. Tidak mahu susu lembu. Tidak mahu botol susu. Masih menyusu susu ibu, Susu ibu saya masih ada. Dan guess what? Dia allergik daging kisar Ramly. Ada lagi 10 bulan My Journey dan hopely continously. Mak dah berumur tetapi terasa muda jerrr...
Wednesday, April 17, 2013
Saat Yang Terbazir..
Laratkah? Bebanan minda dan kekangan masa ternyata cepat berlalu. Sedar tak sedar sudah berlaku macam-macam peristiwa penting yang pasti akan mengubah kehidupanku.
31 Mac 2013 buat pertama kalinya saya buat Aqiqah jam 8 malam dan berakhir kira-kira 11 malam. Jam 3.45 pagi selepas itu bapa saya meninggal dunia tanpa anak-anak di sisi di hospital. Jam 3 pagi itu bapa saya sudah tidur dan dia pergi dengan tenang pada jam itu. Sudah tentu bapa saya mengetahui bahawa ajalnya sudah tiba. Dan arwah bapa saya seorang bapa yang selagi daya tak pernah menyusahkan anak-anaknya, Arwah tiada hutang puasa, tiada hutang malah tinggalkan harta serta pencen untuk mak. Sampai akhirnya pesanannya ialah jaga mak tu, jaga mak tu...Saya sangat sedih kerana sejak 5 tahun yang lalu sayalah yang beria-ia nak bawat mak dan bapak pergi haji, memotong wang masuk tabung haji, memaksa bapak mandi selepas asar atau sebelum asar dengan air yasin dan ayat2 syifa' dan tindakan itu ternyata berkesan kerana bantuan Allah tiba sewaktu hamba-Nya memerlukan. Pada tangan yang menolak kerusi roda sewaktu tawaf dan saie dan pimpinan tangan erat sewaktu pergi melontar pada Allah jua yang mengetahui pahit manis pengalaman itu. Hanya Allah sahaja mengetahui betapa payahnya mengurus seorang bapa yang mempunyai pendapatnya sendiri dan keras hati tetapi Alhamdulillah sejak 6 tahun kebelakangan ini Arwah semakin lembut hati dan moga-moga Allah mengampunkan dosa-dosa yang pernah dilakukan di dunia.
Kesedihan ini sedang memakan hati dalam diriku. Dan saya belum lagi meminta cuti rehat semata-mata untuk mengurus diri dan keluarga yang semakin lama semakin menekan. Tabahkan hati Cikgu Siti Suzana. Hu hu

Wednesday, April 10, 2013
Thinking of HijrAH..
Rentetan demi rentetan peristiwa dalam hidup saya sejak 5 tahun lepas ini...bagaikan satu petunjuk betapa satu anjakan perlu dilakukan dalam hidup saya. Sejak kelahiran Iman, Haji, bertukar sesi dan perubahan kepemimpinan...dan yang paling baru ialah kematian bapa saya benar-benar mengejutkan saya. Bila rakan-rakan semaktab masing-masing pun mencapai kecemerlangan dalam pekerjaan kenapa saya berasa sahaja pendapatan yang saya terima setiap bulan semakin kurang keberkatan serta isyarat-isyarat dan petunjuk yang semua bagai menuding jari bahawa tidak cekapnya saya mengatur kehidupan. Bila sahaja sifat dan kelemahan kita mula dipertontonkan dan dijaja dimerata dan disiarkan di khalayak rakan-rakan yang dianggap rakan tetapi sebenarnya hanya saudara seIslam yang sepatutnya melindungi aib dan kelemahan dan digantikan dengan nasihat dan teguran benar-benar merimaskan dan melemahkan semangat. Bila dahulu kekuatan dan kelebihan kita benar-benar menjadikan kita sepasukan sebaliknya sekarang sebenarnya-benar kekosongan. Bila insiden demi insiden yang didengar dan keluhan yang hanya mampu diluahkan kepada rakan-rakan di tepi jalan nampaknya perkara ini SERIUS!! Bagai api dalam sekam...sedang memusnahkan dari dalam. Ya Allah selamatkan aku!
Subscribe to:
Posts (Atom)