Sudah tidak dapat ditahan-tahan perasaan yang membuku dalam hatiku. Genap tahun ke empat 2019- Jun 2022 saya diposting semula. Banyak ujian dan dugaan yang melanda. Kini ujian dan dugaan dalam bentuk akademik kembali menduga dan menguji tahap kemahiran kecekapan dan kebijaksanaan saya dalam ilmu keguruan. Perkara yang sama, cikgu mengajar, anak murid buat kerja tapi bila periksa ...gagal semua. Hari timbul rasa menyesal pulak tukar tempat kerja ha ha ha... Subjek Sejarah Sekolah Menengah memang macam ada badi yang melekat kepadaku. Orang tak tahu betapa pengalaman buruk itu pernah berlaku dalam sejarah karier aku sebagai guru. Kalau orang yang bukan opsyen tu dibolehkan mengajar BM mengapa tak sahaja suruh dia ajar subjek Moral atau PJ dan bagi saya subjek BM tu, sebab itu kemahiran dan passionate aku. kalau sejarah tu sekadar subjek belasahan bagi je la subjek kat mana-mana cikgu yang mungkin lebih ditakuti disiplinnya. Ini daripada melaungkan slogan tak ada cikgu BM tak ada Cikgu BM... Pelarian demi pelarian ya akan lebih memudahkan. Namun lari itu bukan mainan aku.
Saturday, June 25, 2022
Gurindam Membina kerjaya di tempat baru
Moga dijauhkan hati yang sensitif
Jika orang berbicara kuat melantun
Balaslah tutur dengan santun
Jika terkena penyakit ain
Cepat istigfar pandang yang yang lain
Jika terasa diri dikata
Uzlahlah diri dari semua
Jika hati terasa gundah
Mengadu pada Allah atas sejadah
Jika hidup rasa tertekan
Mohon pada Allah luaskan jalan
26 Jun 2022
Friday, September 10, 2021
Ganbatte Malaysia VR
Wednesday, June 23, 2021
PdPR - PKP 3.0 - Bila duduk di bawah.
Bila kau duduk di bawah,
Hajah kau orang tak pandang,
Sempurna Iman orang tak pandang
Yang penting data - data ini mesti dilunaskan
Siapa yang tak masuk belajar
Adakah cikgunya tidak mengajar?
Sedangkan jadual ada virtual learning sangatkah?
Bila Tadarus Memohon Allah ampunkan dosa pun tak sempat kau khatamkan
sebab data-data mesti on time.
Berapa banyak link yang kau nak hadap
Tiba-tiba menghadap link
anak sendiri kerja PdPR pun tak sempat aku hadapkan
sebab itu bukan amanah kau
yang amanah kau ..tu yang data-data yang mesti kau lunaskan
Bila kau duduk di bawah
Segala Youtube, Google Form , Quizzie yang cipta sejak PKP 1.0
dinafikan,
Bila kau di bawah, sumpah kau tidak didengar
Hanya data-data dan data mesti on time..
Pui!
Thursday, March 18, 2021
Thursday, January 21, 2021
First Time Join Event Run For Tiger VR
Saturday, July 18, 2020
YOUNG LIVING MALAYSIA : BERMINAT TAK?
Kalau berminat boleh hubungi saya SITI SUZANA WHATAPPS : 0173706205 Berminat nak jadi member : Guna ID sponsor saya 4109290


























