Inilah barangnya. Rich milk tea. Mungkin saya rindu akan aromanya. Tambahan pula nak mengodek laman web dengan membuat pembelian tidak berhemah online antarabangsa. Emmm...ok la. Guna internet ni bukan sahaja budak-budak student nu yang meneroka benda-benda baru, tapi mak student ni jugak yang lebih-lebih.
Gambar di bawah diambil sebelum pengorderan dibuat. Menunjukkan pengalak susu ibu import yang pernah aku gunakan yang seakan-akan seperti untuk menambahkan susu badan tetapi alasan sama jer kalau guna cara-cara yang mak-mak dulu buat iaitu makan jantung pisang, makan tahu, minum susu soya dan minum air banyak. Tidak dilupa satu benda yang org lupa iaitu makan nasi. Huhh huuu.. Susu aku sama jer. Cukup untuk Ariff.
Tadi siang ada seorang kakak tu tanya, "susu kau ni cukup ker untuk anak kau" (maksudnya tak perlu bantuan susu tepung kot) aku jawab "Cukuplah untuk dia sorang". Kena gelak gila, sebab ada kakak lain menjawab, "abis, memanglah anak kau sorang", takkan nak bagi suami kau pulak. (sebenarnya ayat aku tergantung, "cukuplah untuk dia sorang", kalau ada anak lagi tak tahulah cukup ke tidak. Fahamkah?)
salam, fidah dh guna product ni sejak bersalin, tp x de lah minum setiap ari.Time rajin je...kebetulan beli online gak.Then masa ada sale kat fabulous moms, fidah amik 1 pek 50% disc tuh!hehhehe...oklah rasanyer.Disebabkan niat & target tuk bf Qaseh sepenuhnya, macam2 fidah telan.Hahahha!
ReplyDelete