Tuesday, August 3, 2010

Menambahkan berat timbangan Iman.


Gambar adik Iman..

Semalam pergi Klinik Besar Sg. Mati atas sebab-sebab timbangan Iman yang tidak naik. Last sekali timbang 3kg pas 2 minggu masih 3kg. Genap sebulan 28.7.2010 hanya naik 300gram je dari berat asal iaitu 2.7kg.Bila balik rumah, mama puas memikir bagaimana cara nak menambah berat Iman..so, pertama sekali mama kaji patern penyusuan Iman. First experience menyusui abang Arif sebagai benchmarknya, banyak benda yang mama hampir terlupa iaitu seperti Ariff yang lahir-lahir jer mulutnya dah mimikkan menyusu, bila menyusu sampai berpeluh2 dan hanya puas setelah menyusui kedua-dua belah payu dara---yang semua keadaan ini tiada pada Iman.

Iman menyusu macam baby perempuan? He.. he.. apa tak nya setiap kali Iman menyusu tak sampai 5 minit iaitu kira-kira selepas cetusan susu ibu berlaku..ada bunyi glup..glup.. mengah bukan main ..macam org lari marathon minum air mineral lagak..mama assume budak ni dah cukup dah ni..sebelah payu dara jer lah. Pastu terlelap. Tak sampai 10 minit terlelap jaga lagi minta susu lagi. Pastu mama menyusu depan abang Ariff--budak ni apa lagi, pantang baju tersingkap mulalah buat muka kasihan.

Setelah mengkaji secara spontan--lagipun siapa yang nak mengcheck cara laktasi mama ni betul ke tidak kan? maka mama telah buat pembaharuan. (Barulah mama faham bila Pn.Rita MLO bagitau setiap anak lain corak penyusuannya). Apa yang mama buat ialah; menyusu menyorok-nyorok daripada pandangan abang Ariff. Mama sanggup tunggu sampai ayah balik tengahari untuk mengalih pandangan Ariff barulah mama boleh menyusui Iman dalam bilik sambil tutup pintu itu. Bila Iman menyusu sebelah--sebelah lagi mama perah, biasa perahan itu dalam 2 oz gitu. Kan Iman menyusu tak sampai 5 - 6 minit ditambah lagi mama yang tak 'dan' nak tunggu dia menyusu tu, nanti jap kan dia dah penat dan berehat dari menyusu. Maka 10 minit kemudian setelah dia terjaga semula dan nak menyusu mama bagilah pulak susu perah tu--pakai botol.

Puting Medela yang baru lubangnya kecil, mama try cari dan beli puting MAM dan puting biasa saiz M. Puting MAM Iman tak nak--sambil kerut dahi. Puting biasa barulah dia boleh menghisap. Semalam jumpa puting Medela lama (masa beli pam Medela Swing)--gantikan ngan puting biasa dan nampaknya Iman pun boleh juga menghisap tanpa kerut dahi.

Insyallah, Iman tak keliru puting dan Ariff pun sudah kurang menuntut nenen dari mama ni--sebab dia nampak yang Iman susu botol jer. So, macam adillah kot. Ariff boleh nenen tapi dah tak leh kongsi2 kiri kanan lagi. Bila turn Iman selesai dan abis mengepam maka , tatkala itu barulah Ariff boleh menyusu pulak, sebab dia nak nenen jer tu.


Hasilnya semalam berat Iman naik 3.4kg tetapi jauh dari sasaran bayi biasa yang sepatutnya 1kg naik. Malam ni menyusu dan nampaknya peluh jantannya juga sudah mula menitis menjurai.

2 comments:

  1. Salam,
    sy juga baru melahirkan anak yg disyaki SD 22 hari lepas..
    result kromosom study akan diketahui pd bln 10 nnt..
    sy rs msti ckgu memahami perasaan sy ketika ini..
    sy nk tny, ape tnda2 yg ade pd ank ckgu yg menunjukkn dia SD? sama ade yg doktor bgtau atau yg ckgu nmpk sendiri..

    ReplyDelete
  2. TAhniah atas kelahiran..result kromosom anak akak pun tak dapat lagi. Mula2 timbul rasa penafian bahawa anak kita SD sebab cukup fizikal semua. dalam 10 minit bersalin dr dah bagitau anak akak SD. Akak buat dek jer, sbb dah ada rasa dalam hati masa mengandung. Yang jadi emosional ialah org sekeliling. Jari kelilingking ada 2 ruas jer, otot lembik, muka hensem sikit, ibu jari buka sikit. Kat kg ada seorg ustaz ni ada anak SD, berulang2 alik ke bandar untuk sekolahkan anak laki dia...bila teringat ustAZ Ni, akak semangat nak membesarkan dia

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...