Tuesday, March 29, 2011

Mabit di Mudzalifah


Ini gambar X-clusive mabit di Mudzalifah. Orang tua dalam gambar ini ialah bapa saya. Jemaah Haji Malaysia akan dibawa ke Mudzalifah dari padang Arafah selepas wukuf. saya dan jemaah bertolak waktu maghrib dan terus turun untuk mengutip batu sebanyak 70 biji. Saya adalah antara jemaah yang terawal. Adakah anda tahu keadaan mabit di Mudzalifah? atau lebih tepat sampai awal sementara tunggu waktu masuk (mabit). Keadaannya hu hu huu... dengan berbekalkan tikar plastik dari Telekom kami pun bentang tikar di atas padang yang tak ada rumput ..yang ada hanyalah batu dan tanah. Letak beg dan tidurrrr.. Saya tertidur sekejap...pastu bersekang mata...sampai pening2, batuk dan gelisah. Kejap berzikir kejap tengok2 kan mak pastu bapak. Pandang kiri pandang kanan...tak larat nak bual2..tengok bintang, tunggu jemaah haji lain datang ...sampai akhirnya penuh satu padang.


Tepat masuk waktu mabit..kira2 jam 11.45 malam waktu Arab kami pun beransur-ansur naik bas ke Mina pula. Saya dan keluarga lambat sikit beransur. Sebelum naik bas...saya nampak ada seorang Haji (orang putih) sensorang je...buka tilam angin..pam pam sampai jadi tilam angin yang empuk...letak bag dan tidur lah dia di tilam angin itu..untuk Mabit di Mudzalifah tu.


Sesampainya saya di Khemah Mina kira-kira jam 4 pagi...


Operasi Masya'er di Mudzalifah berakhir kira-kira jam 7 pagi keesokannya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...