Showing posts with label Perkembangan Bayi. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan Bayi. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

Iman, Mama dan Sepupu-pupunya

Di sawah padi Pulau Penarik, Sg. Mati Muar, Pukul 6.30 petang. Yan baru balik USM Penang...rindu ngan Iman dan Arip. tapi Arip demam.. Yan pakai baju oren, amik course Pendidikan Khas..esok2 dia tu la yg jadi cikgu Iman kat sini..Insyallah
I'm believe i can fly222...zzzz
ewahhh222takat ni dah mampu didudukkan dan bertahan dalam 3 minit..sebelum tumbang ke kanan atau kiri..
overpose... makin bengung guna DLSR ni..kena perbaiki teknik amik gambar

Monday, September 28, 2009

Susah Hati Berat Badan Ariff ni....Suatu Muhasabah Diri.

Aku susah hati betullah mengenangkan berat badan anakku. Anakku kurus jer. Patutnya berat badan dia mencecah 9kg tetapi masih di tahap 8kg lagi. Mungkin ini bahana daripada tinggalan gaya hidupku dahulu dan masih juga diamalkan sekarang. Aku seorang yang tidak kisah pasal masak-memasak. Tak cerewet tapi sensitif kalau orang komen rasa masakanku. Mungkin sikap ambil ringan pasal corak pemakanan dan selera anak mendorong kepada kemerosotan berat badan anakku. Selain dari ayam dan telor ayam, aku tak berusaha nak cari benda -benda lain yang boleh meningkatkan selera anakku. TAk kreatif kata orang. Nak gi jumpa pakar kanak-kanak... ntahlah. Mestikah ada nilai terhadap sesuatu. Mungkin selain daripada berangan nak mengurangkan dan "cut" corak perbelanjaan aku yang ter'over' bugjet aku patut juga berangan mat jenin soal pemakanan anak-anak ni. Lama tak buat makaroni goreng ala carbonara. Cuba aku try masak hari esok. Adakah anakku akan berselera makan? Dapatkah aku menggalakkan perkembangan berat badannya. Aku asyik ingat nak bagi susu Dumex, Nespray atau apa-apa jenama susu tepung. Macam anak-anak orang lain yang tembam2. Aku yakin masih ada penyelesaian kepada masalah ini.

Mungkin aku patut beli ikan bawal, siakap, daging hancur. Susahnya menjadi ibu gemuk yang anaknya tak gemuk berbanding ibu yang anaknya chubby2. Cuma satu yang tak dapat kubayangkan sekiranya kerana kemerosotan berat anak itu berpunca daripada kesilapanku. Maka anakku menjadi korban. Oh, tidak!

Tuesday, June 9, 2009

Kelisa dan al'Ariffin

Gambar diambil di Parkir Taman Perdana, Putra Jaya. 10 Mei 2009 hari Ahad sempena SGM Forum Susuibu.com.

Lagi gambar di tempat yang sama, tetapi tarikh 9 Mei 2009. Kenapa baju denim tu sama? Sebab Malam Sabtu tu aku baru beli baju dan kasut baru di Bukit Gambir. Dua hari pakai je lah.


Gambar dalam kereta semasa Ariff dalam umur 8 bulan. Masa ni tak tahu jalan lagi






Ibu-ibu di Malaysia selalu merasakan anak mereka kelihatan comel mengambil gambar di dalam kereta termasuklah aku...ha..ha..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...