Wednesday, December 9, 2009
Wedding Day and Bestnya Jalan-jalan....
Tuesday, November 24, 2009
Musim Hujan..Sejuk..Semput

Gendong Ariff....walaupun tanpa pouch, Ariff pun suka digendong belakang macam dalam gambar. Sekarang musim hujan. Kalau hari tak hujan pun, cuaca waktu malam tetap sejuk juga. Setelah sekian lama cuaca berlarutan sedemikian rupa...Dan pada hari ini, aku membawa Ariff ke klinik kerajaan jer sebab aku dengar dan perhatikan anakku yang selama ini agak batuk2 ringan sudah mula tercungap-cungap sedikit dengan bunyi nafas yang nyaring. Kuletakkan telinga ke dadanya dan kedengaran bunyi peparu yang agak sesak dan nyaring seperti bunyi semput? Pembantu perubatan tu kata, Ariff semput. Dibawanya Ariff ke bilik rawatan dan disuakan nebulizer? alat seakan alat bantuan pernafasan bergas ke hidung Ariff. Ariff diam jer kehairanan. Diberi ubat demam, batuk, semput dan antibiotik. Balik rumah atuk hanya sedikit ubat semput dan demam yang sempat dimakan oleh Ariff dek kerana keengganannya makan ubat. Picagari pulak tertinggal kat rumah taman.
Dan malam ini Ariff tidur dengan bunyi nafas yang masih lagi berbunyi langsing. Rasa macam nak peluk semalaman dan bunyi2 itu menjadi normal dan anakku bahagia dan sihat semula.
Sunday, November 22, 2009
Kajian Kes Ariff Pakai Lampin Kain Moden
Monday, November 16, 2009
Saya 'attend' program ni

Saturday, October 31, 2009
Tepek gambar hantaran kahwin...
Semua kotak hantaran di atas termasuk hiasan dan aksesori dibuat olehku... Ntah bila lagi ada peluang untuk mereka dan berkreativiti. Sungguh kupuas hati, potpori buatan tanganku berada di dalam kereta kawan-kawanku di sekolah.
Thursday, October 29, 2009
Imported Milk Booster II
Inilah barangnya. Rich milk tea. Mungkin saya rindu akan aromanya. Tambahan pula nak mengodek laman web dengan membuat pembelian
tidak berhemah online antarabangsa. Emmm...ok la. Guna internet ni bukan sahaja budak-budak student nu yang meneroka benda-benda baru, tapi mak student ni jugak yang lebih-lebih. Gambar di bawah diambil sebelum pengorderan dibuat. Menunjukkan pengalak susu ibu import yang pernah aku gunakan yang seakan-akan seperti untuk menambahkan susu badan tetapi
alasan sama jer kalau guna cara-cara yang mak-mak dulu buat iaitu makan jantung pisang, makan tahu, minum susu soya dan minum air banyak. Tidak dilupa satu benda yang org lupa iaitu makan nasi. Huhh huuu.. Susu aku sama jer. Cukup untuk Ariff.
Tadi siang ada seorang kakak tu tanya, "susu kau ni cukup ker untuk anak kau" (maksudnya tak perlu bantuan susu tepung kot) aku jawab "Cukuplah untuk dia sorang". Kena gelak gila, sebab ada kakak lain menjawab, "abis, memanglah anak kau sorang", takkan nak bagi suami kau pulak. (sebenarnya ayat aku tergantung, "cukuplah untuk dia sorang", kalau ada anak lagi tak tahulah cukup ke tidak. Fahamkah?)
Saturday, October 10, 2009
MySparkling eyes...
