IKHLASFILLAH
GURU.IBU.
Friday, November 22, 2024
Saturday, June 29, 2024
Dashboard Data: Pentadbiran Negeri-negeri Selat
Jumlah Penduduk (1911)
- Pulau Pinang: 278,003
- Melaka: 124,062
- Singapura: 303,321
Komposisi Etnik (1911)
- Melayu: 35%
- Cina: 45%
- India: 15%
- Lain-lain: 5%
Nilai Eksport (1870)
- Pulau Pinang: £8,000,000
- Melaka: £1,500,000
- Singapura: £13,000,000
Garis Masa Pentadbiran
- 1826: Pembentukan Negeri-negeri Selat
- 1832: Singapura menjadi ibu pejabat
- 1867: Dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan
- 1946: Pembubaran Negeri-negeri Selat
Gabenor-gabenor Penting
- Robert Fullerton (1826-1830)
- Andrew Clarke (1873-1875)
- Frederick Weld (1880-1887)
Jumlah Sekolah (1920)
- Sekolah Vernakular Melayu: 180
- Sekolah Vernakular Cina: 150
- Sekolah Vernakular Tamil: 80
- Sekolah Inggeris: 50
Monday, April 15, 2024
Selamat Hari Raya 2024
Bersama dengan mak mertuaku.
Selamat HAri Raya. Oren bata.
Gambar anak-anak yang dah besar. 16 tahun umur blog sendu aku ni. Hu hu
Sunday, March 12, 2023
Happy World Down Syndrome Day
Pada hari Sabtu 11 Mac 2023, saya dan Iman berpeluang memeriahkan Program Persatuan Bunga-bunga Syurga Down Syndrome Malaysia di Telok Mas, Melaka.
Tuesday, December 20, 2022
Sunday, November 6, 2022
Pemikiran Seorang Edward
Pemikiran seorang Edward
Apabila barang mainan tidak dibenarkan dibawa ke sekolah
Alat tulis itulah yang menjadi barang mainannya sewaktu di sekolah.
Di sisinya sekurang-kurangnya satu set perekat pemadam atau correction paper. Tetapi pemikiran seorang Edward, baginya satu perekat pemadam tidak cukup, harus baginya ada sekurang-kurang pelbagai jenis, warna, size dan bentuk sebagai alat permainan yang dibawanya di sekolah. Di mata seorang guru, dia sedang membawa alat perekat pemadam itu sebagai alatulis tetapi di mata seorang Edward alat itu ialah benda kesayangannya. Apabila tadi aku seorang guru sedang membetulkan kesilapan seorang murid lain yang sedang asyik menarik “tape”, (kalau dulu ibarat aku menarik tape kaset casserte pak cik sebanyak-banyaknya) aku pun merampaslah alat itu kerana ternyata dia melakukan kesalahan tersebut dalam waktu pembelajaran, dan pada pendapat aku tidak perlu aku mengatakan bahawa perbuatan nya itu salah, kerana ternyata tidak membuat tugasan semasa waktu pembelajaran memang satu kesalahan. Jadi, aku rampas dan aku buang ke lantai. Tidak semena-mena seorang Edward bangun, murid yang duduk di hadapan murid tadi bangun dan menjerit dan meninggikan suaranya kepadaku. Punca, katanya alat perekat pemadam tadi milikinya. Dia cuba memukul dan membaling objek kepadaku, dia bangun dan cuba untuk menyerangku, namun dua rakannya tadi termasuklah murid yang melakukan kesalahan main alat perekat tersebut menahannya dengan memegang dan memeluknya. Edward masih memaki hamun aku. Aku memujuknya, dengan mengatakan tolong senyap, jaga kelakuan, saya ini guru kamu, saya ibarat ibu kamu. Mengapa awak marah dan mengamuk sedangkan bukan awak yang saya tegur kesalahannya. Sebelum itu, lupa saya nak bagitahu saya sedang mengajar topik sebutan difgraf hari ini. Pembelajaran mudah, santai dan laju sahaja silibusnya.
Akhirnya Edward bertenang dan aku boleh meneruskan pembelajaranku. Di sisi pedadogi pendidikan aku sedar kalau aku bercerita tentang perkara ini, maka warga pendidik yang akan mempersalahkan aku, Persalahkan aku atas kesalahan merampas dan menghempaskan alat perekat pemadam yang sudah terburai isi tapenya itu ke lantai.
Ya, aku terima mungkin aku gagal mengawal kemungkinan bahawa pemilik perekat pemadam itu akan marah dan menengking-nengking aku sebagai guru dan cubaan menyerang dan mencederakan aku atas sebab itu.
Namun, aku menerima itu sebagai teguran Allah nak mentarbiyah jiwa aku. Banyak kali Allah SWT cuba untuk menegurku dalam bentuk ujian manusia cuma kadang-kadang aku lupa dan aku mengambil endah tak endah teguran itu. Di dunia ini banyak ujian dan rintangan yang akan dilalui lebih-lebih lagi aku memilih untuk menjadi guru sebagai kerjayaku. Aku sedar dunia ini hanyalah jambatan menuju ke akhirat, janganlah sampai dunia ini menjadi jambatan aku ke neraka hanya kerana perkara-perkara seperti ini.
Kepada Edward, mungkin wang ganti RM50 yang awak minta tu cikgu boleh ganti. 10 perekat pemadam yang cikgu janji nak bayar balik itu pun cikgu boleh ganti. Tetapi kalau kamu lebih sayang alat perekat pemadam itu daripada menghormati cikgu dan menyayangi maka itulah yang kamu dapat. Kekosongan jiwa daripada kasih sayang manusia kerana kamu memilih material daripada manusia. Maka 5 tahun lagi yang kamu hadir ke sekolah hanyalah bersifat sekeping sijil SPM itupun kalau kamu mampu lulus tanpa guru.
Wednesday, July 13, 2022
Selamat Ulang Tahun Kelahiranku
Usia yang bertambah
Semoga Semakin menambah ketaatan kepada Ibu
Semoga diberi peluang untuk berbakti kepada orang Tua
Semoga tiada Anak murid yang gagal
Semoga percaturan dalam menyusun kehidupan berjaya menang
Semoga diberi kenikmatan rasa lega.
dalam sebuah rumah, bebankan isteri dengan baju menimbun bak gunung.
membasuh pakaian 3 kali sehari
tak sehelai pun diuruskan sidai
diuruskan melipat dan menyimpan
Oh aku masih ada punya isteri
yang sedikit demi sedikit hilang
hakis rasa sayang
yang tinggal tanya benci, tekanan, kebimbangan dan kesulitan
Ini bukan ajaran Nabi.
Ini nafsu dan kecanduan terhadap seronoknya memegang telefon pintar
dan harga kelelahannya katanya .