Friday, December 24, 2010

Telefon oh telefon!



Saya tak pandai pilih telefon, tapi saya nak telefon ni. Nak --bukan bermakna nak beli sekarang...tapi dalam mimpi. Kriteria telefon bimbit ini mestilah...kalau kena air atau cecair tak apa-apa, sekiranya terjatuh contohnya saya nak cepat la, pastu saya buka pintu kereta kali terjatuh sebab saya lupa taruk kat beg tapi kat riba jer dan masih boleh digunakan. Selain itu, tempat bateri tak berlumut sehingga menyebabkan kala nak charge tak ada masalah. Tahan bertahun at least 4 tahun. Muat masuk dalam ruang-ruang meletak syiling kat kereta---yang semuanya merujuk kepada Sony Ericsson lama saya yang saya beli harga 600 di dalam cermin di kedai Maxis di Muar. Apalah kalau telefon canggih camner pun tapi jenis yang sensitif ala-ala cepat alahan baik tak yah beli---maybe beli jer yang sama model macam yang saya guna. Explore terlebih salah tak explore pun salah. Geram..

Cloth diaper bersulam

Ni Ariff, masih lagi pakai lampin...eee goshh! Sebenarnya musim nak beli cloth diaper dah nak datang ni. Mama berkira-kira nak pakai adik Ariff lampin kain tetapi memandangkan keadaan Ariff yang masih memakai lampin eee.. terpaksalah menabung dulu (ye ke?) Lampin baru dari Freshbots..ntah kenapa mama suka dengan jenama itu, come out with something new kot. Ni pandangan hadapan
Kat belakang buts dia bersulam gambar kura-kura, harap2 lepas ni ada sulam ngan arnab pulak, nanti boleh wat cite arnab ngan kura-kura.
Ni bukan kura-kura yang baring, tetapi Ariff yang sedang merajuk kat luar rumah sebab nak kamera tapi mama tak bagi.
Pakai lampin jer then naik basikal. Lampin ni cute sangat. Takat kat umah boleh la pakai, kalau jalan2 tak sesuai sebab Ariff ni kencing banyak kali. Ada dua + 1 insert. Ok Ariff jom jalan

Wednesday, December 22, 2010

Respon Isu Semasa--Syiah Iran

Pernah ke saya bagitahu di mana-mana yang saya graduan Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Zaman saya masa belajar "U" zaman kegemilangan NADI (ex UM mesti tahu 1997/99), jadi belajar Sejarah di UM banyak political issues tak macam bebudak sekarang belajar Sejarah kat sekolah--(kena ada kartun2 baru nak baca --ceh!)Saya selalu suka belajar Sejarah Islam dan bahagian-bahagian subjek dalam Sejarah Islam terutama di bawah syarahan Prof. Dr Mohd. Redzuan Othman. Kita belajar mengenai Syiah secara harmoni dan sebagai pelajar kita berniat belajar secara baik sahaja, dan Syiah okay...mean kat Iran.
Pengalaman saya semasa sembahyang di Masjid Nabawi sementara tunggu Isyak, ada la seorang makcik Iran ni ajak saya bersembang..mula-mula dia tegur biasa2 jer tapi saya start cakap English broken tetiba dia jadi seronok pula (agaknya dia berkata dalam hati...Fuh, ada juga orang geti cakap omputih yek kat Masjid besar ni)dan majlis suai kenal pun bermula---makcik ni bekas pensyarah pencen kolej di Teheran, English dia mmakkk ai slang American tu, saya ni pula bila orang dah start cakap omputih secara berbudi bahasa tetiba jadi pandai juga berbahasa juga. Pastu bla-bla dia tunjuk gambar cucu dia di Handphone (yang terlepas masuk semasa pemeriksaan di pintu masuk ahaks) Bila dia kata dia sekarang mengajar sambilan di teaching college saya pun terbuka cerita yang saya ni emmmm cikgu sekolah biasa jer. Cikgu apa? Saya kata la saya ajar sejarah, graduated from department Sejarah UM la masa first degree..2nd degree saya tak cite, and diploma perguruan teaching moral. Bila dia tahu saya graduan Sejarah dan bermasalah ngajar Sejarah di sekolah dia pun bagi "talk" pasal teaching history in school. Dia suruh saya bagi masalah iaitu bagi soalan-soalan as home work kepada student (dalam hati saya berkata --berkesan tak cara ini kalau ngajar budak kelas hujung?)Siap bagi contoh soalan-soalan seperti Dear student, do you know about Karbala? Why so many discussion about this war? What's mean 10 of Muharam in Islam History?---tu soalan perbandingan la yang budak di sinonimkan dengan contohnya,,pelajar sekelian awak kenal tak Dato'Onn Jaafar? Sebab dia tu orang Iran jadi contohnya bagi dia mestilah tentang sesuatu yang diorang fahami ye tak. NASIB BAIK saya ni tahu serba banyak juga tentang Islam di Iran--jadi bila dia mention Karbala tu saya dah biasa la. Masa kat UM dulu saya belajar betul2 BETUL2 ye tentang Sejarah Islam di Iran--Credit tu Dr. Redzuan Othman.
Saya jadi seronok bual-bual ngan Mak cik ni. Dia tak propaganda pun--dan saya kagum dengan kefasihan dia bercakap tentang fahaman dia, dia yang bagitahu amalan tasbih Subhanallah 33x Alhamdullillah 33x dan Allhuakbar33x tu dari amalan Siti Fatimah Az-Zahrah dan 4 orang wanita yang paling tinggi darjat di sisi Islam tu siapa misalnya. dia tanya saya jawab..ect. Banyak la yang kami bualkan sampai azan Isyak berkumandang barulah terdiam, macam nak sambung cerita--antara cerita-cerita dia ialah kecintaannya terhadap Saidina Ali dan Fatimah Az-Zahrah serta anak dan cucu Nabi Muhammad SAW terutamanya Saidina Hussain.(Baru aku tahu yang Saidina Hassan kebumi di Madinah tapi Hussain di Iran?)Akhir kalam aku ternampak dia keluarkan buku doa, doa Kumayl Saidina Ali aku kata la..eh, ni doa saidina Ali ni, saya pernah ada masa zaman sekolah dulu tapi sekrang dah takde(biasalah) dia punya bahasa Inggeris. Kali2 dia hadiahkan pulak. Ya, doa Ali ada keindahannya (tapi ni dalam bahasa Inggeris--tapi masih Indah)Kami bertemu dan berpisah kerana Allah di dalam Masjid Nabawi.

Respon Iran Syiah---tapi bila kat Malaysia ada Syiah dan bagaiman media masa terutama tv3 dan surat khabar siarkan berita penangkapan dan kaitannya dengan ajaran yang menyimpang--saya terkedu,tak terkata dan clueless.

Tuesday, December 21, 2010

Orange


Gambar di atas adalah gambar Family saya. Wah! meriah kah dan saya yang pakai tudung oren. (Perlu ke bagitau)
Saya suka warna oren. Minum jus oren. Namun semenjak dua menjak ni...saya rasa macam bila time nak buang air kecil sahaja macam tak boleh tahan-tahan, menggigil bila lapar sangat dan rasa lemah badan. Adakah petunjuk awal bagi diabetes?

Monday, December 20, 2010

Relaktasi - pengalaman sendiri

Saya sentiasa ingin menyusukan anak sendiri. Demi impian menggunung tinggi iaitu menunaikan haji nampaknya saya terberhenti(betul ke imbuhan ni?) selama lebih kurang 45 hari dari menyusukan bayi. Ayat-ayat standard yang biasa saya dengar sepanjang berada di Madinah dan Makkah ialah
1. Kasihan baby, masih nak menyusu lagi..
2. Tabah betul kau ye...tinggal baby lagi,
3. Kasihan susu ibu yang kau perah, buang cam tu jer..
4. Te**** tak bengkak ker, takut bengkak susu jer

Kenyataannya...
1. Anakku sudah dibekal ngan susu perahan beku selama sebulan kurang seminggu aku pulang sudah keputusan bekalan, makanya di top-up ngan susu tepung bla bla bla..Iman ialah baby Down Syndrome. semenjak lebih kurang sebulan umurnya memang keupayaan dia untuk menyusu direct dari saya agak lemah...sebabnya hisap jap2 kang tertidur..pastu jaga balik. jadinya saya sudah memberinya susu perahan dari botol lebih banyak dari direct. Sepanjang ketiadaan saya...wahhh joget2 dia hisap melalui botol agaknya.
2. Saya sebenarnya tak tabah, tak penyabar...tinggal baby tapi dugaan dan ujian di sana (Madinah dan Makkah) lagi hebat..banyak juga kurang tabahnya. Tetiba ujian meninggalkan baby di Malaysia cuba ujian ala-ala semut gigit jer.
3. Sebelum pergi saya dah brain wash otak saya..bahawa "susu ibu tu penting (mean susu perahan la) tapi penyusuan susu ibu itu lebih penting" jadi membuang susu sendiri bukan satu perkara yang menyedihkan ..kusudah anggap macam buang benda2 lain jer..takkan nak simpan lak.
4. Te*** tak bengkak dan tak jadi apa2 pun, hanya dua hari je bengkak susunya iaitu sebaik tiba di Jeddah dan ke Madinah. Keesokkan harinya sudah kempis hinggalah sampailah saya balik Malaysia

Selepas pulang dari menunaikan Haji, saya sangka saya akan gagal menyusukan semula baby Iman kerana susu saya tidak mahu keluar. Pam2 hanya 0.5 0z sahaja yang keluar. Iman lebih menggemari susu dari botol. Malah Iman demam pulak...Saya sudah start murung dan gelabah..dan berkata-kata dalam hati ...adakah doaku tidak diterima? Iman asyik melalak jer bila aku sua payu dara...
Saya mencari kapsul Fenugreek di GNC, minum susu Anmum untuk laktasi..banyakkan sesi mengepam. Rupa-rupanya saya tidak gagal...saya berjaya!!! keadaan yang mencemaskan dan panik selepas balik Haji adalah gara-gara hormon badan saya sudah mula menyesuaikan diri. Bila Iman start minum susu selain susu ibu nampaknya badan ibu dia sudah beroperasi seperti biasa iaitu datang PERIOD.
Tatkala blog ini ditulis...Iman sudah tidak demam, susu sudah lancar, susu perahan sudah boleh dikumpul...malah sepanjang hari ini Iman tidak menyusu botol...wwwaaa waaa rupa-rupanya saya berjaya menyusukan semula Iman..dan tambah memeningkan si Ariff abang Iman lebih sudu dari kuah. Saya menyusu kembali kedua-dua anak lelaki saya.
Yang penting, Lakukan dengan betul! Alhamdullillah.

Friday, December 17, 2010

Dah balik Makkah!

Alhamdulillah..saya sudah pulang ke pangkuan keluarga.

Iman sudah terputus bekalan susu ibu kurang seminggu lagi saya nak pulang. Sudah di top up dengan susu tepung.
Aktiviti saya sekarang ialah struggle balik mengumpul susu ibu dan 100% susu ibu lah. Susu tak kering sepanjang berada di Madinah dan Mekah..(malah tidak datang period pun). Iman sudah pun masuk 6 bulan..mama nak bersedia memberi makan pulak.

Wednesday, October 13, 2010

PAnggilan Haji..




Bismillahirrahmanirahim..
Insyallah pada 24 Oktober ini bersamaan 17 Zulkaedah saya dan kedua ibu bapa akan menunaikan haji.
Tinggal suami tinggal anak-anak..bila sudah tertulis bahawa tahun ini panggilan haji..ku datang Tuhan.

Ya Allah, demi keluarga yang kutinggalkan dan ibu bapa disamping, jadikanlah aku anak yang sentiasa disamping mereka, memimpin dan membimbing tangan mereka seperti aku..kecil-kecil dahulu yang senantiasa duduk dalam gendongan ibuku..

Satukanlah kami setiap saat masa beribadah di tengah keriuhan dan keramaian manusia di dunia ini.

Ampunilah aku, wahai abang dan anak-anakku..doaku untuk kalian akan sentiasa diingatan.

PENYUSUAN IMAN (4BULAN)

Sesungguhnya, aku tak mahu Iman putus susu ibu. Aku dah buat stok EBM seadanya

(Minggu depan start kumpul susu fresh)---alangkah bahagianya orang di sekeliling sudi memberikan susu ibu kepada Iman tatkala susu di freezer semakin kurang. Takut tiada yang sudi..ku bertawakal kepada Allah. Rezeki Iman ada..pada susu ibu.

Aku mengepam di MAdinah dan Mekah? Haruskah aku membuang setiap perahan? Alangkan eloknya jika ada hamba Allah yang sudi menerima susu ibu ini. Bukan aku yang mengatur..semua ini Allah yang akan beri petunjuk dan hidayahnya.

Ana...jangan berhenti berdoa..pada harap dan rahmat Allah. Amin

Thursday, September 23, 2010

Friday, August 20, 2010

Me and Misi Ani (Klinik Desa)


Tanpa panduan dan nasihat Misi Ani, mungkin aku takkan terfikir untuk memberikan susu sepenuhnya kepada Ariff selepas bekerja. Susu ibu terbaik! Ramai dah berjaya melakukannya
malah dah ada pun NGO's daripada kalangan org biasa maksudnya bukan org kesihatanlah.. yang memperjuangkan penyusuan susu ibu sepenuhnya sampai baby 6 bulan. Aku hanya bermula dengan trial and error pasal gadjet2 penyusuan ni semua. Akhirnya aku berjaya...yang masih tak berjaya dan berdaya ialah meluluskan semua anak muridku dlm matapelajaran sejarah kot

Tuesday, August 17, 2010

Aktiviti bulan puasaku....



Entry ini adalah untuk Giveaway 3-hari anjuran My Super Kids sempena minggu ke-2 Ramadhan. Sila tinggalkan komen anda untuk membantu saya memenangi minuman cegah dehidrasi Performance Drink bagi membantu saya kekal cergas berpuasa!

Anda juga boleh sertainya, sila lawati blog My Superkids entry Performance Drink for Giveaway 3 Hari untuk menang!ry


Dah nama pun entry untuk memenangi minuman segar Giveaway, maka hari ini dengan berbesar hati saya melaporkan serba sedikit perjalanan puasaku...buat pengetahuan semua, saya masih lagi cuti bersalin dan tinggal seminggu lagi jek saya akan kembali bertugas Berkhidmat Untuk Negara--1Malaysia oppsss.

Aktiviti puasaku santai..tetapi aktiviti utama ialah mengumpulkan stok susu ibu buat anakanda Iman sebanyak-banyaknya, setiap detik dan saat minda dan emosiku ligat memikirkan bilangan stok yang bolehku kumpulkan. Hakikatnya, itulah sahajalah aktiviti utamaku. Sekian.



Inilah sahaja stok yang berjaya dikumpulkan..dan sebatang aiskrim untuk anak sulung...kot2 mengamuk buat karenah..itulah buat diamkan dia adanya.

SApa2 baca tlong bagi komen yek..





Friday, August 13, 2010

Apa yang mama buat sehari sebelum bersalinkan Iman?

26 Jun 2010 ialah Hari Jadi Mama..usia kandungan 38 minggu, hari itu mama puasa qada', ingat nak qada puasa hari esoknya pula iaitu hari Ahad..tapi tak ganti sebab Pak Ngah ajak pergi Melakaaa....orang kata kalau banyak berjalan cepat bersalin..maka pada 27 itu trutt..trutt..


Pasaraya Cowboy, Melaka. Banyak barang murah dan borong terutama barangan hantaran dan cenderahati untuk para tetamu bagi majlis perkahwinan. Mama jalan sana, jalan sini..tengok barang.

Gambar Ariff dan abang2 sepupu, sambil Pak Ngah gigih mengangkut barang dalam boot kereta.


Selepas Cowboy, sebenarnya kami singgah makan di Jaya Jusco Bandaraya ..kemudian meneruskan perjalanan ke pantai Kelebang yang dah macam padang jarak, padang terkukur.
Malamnya mama menonton siaran bola sepak ...dan pukul 3paginya dah rasa sakit bersalin.
Sekian.
Mengapa ek? selepas bersalin mama rasa macam orang baru, padahal baru semalam perkara-perkara yang biasa kita buat itu adalah biasa jer..Fahamkah?
Bulan Ramadhan ini mama bagai orang baru mendapat ingatan semula...semua nak kena ingatkan dan belajar semula seperti niat puasa, sebab2 yang membatalkan puasa, amalan2 di bulan puasa dan zakat fitrah. Moga Ramadhan milik kita. Amin







Sunday, August 8, 2010

Tak SeSuai...


Masuk 40 hari..mama jalan-jalan bawa Iman dan Ariff.

Speechless...






Wednesday, August 4, 2010

CLotH PaD untuk Aziati

Siapa Aziati? Hooo Hooo...ho. Dia anak kakakku. Sila layari blog Hatiku Berkata
Sebelah belakang cloth pad. Snap button harus dibutangkan. Sila contact makna untuk cara-cara pakai he hee..he. (Jangan lupa bawa sekotak kurma jenama Yusuf Taiyoob)

Sebelah dalam. Belah dalam ke belakang adalah berdasarkan pandangan masing-masing kerana tiada siapa yang nak mengchecknya. Lepas ni selama sekurang-kurangnya 60 bulan dah kau tak perlu beli pad. Jangan lupa duit yang sepatutnya beli pad tu kau masukkan kat ASB nanti pas 60 bulan kau leh jadi kayaaa...hooo hoo ho.

ClotH PaD ini adalah jenama Bigeyesshop




Tuesday, August 3, 2010

Menambahkan berat timbangan Iman.


Gambar adik Iman..

Semalam pergi Klinik Besar Sg. Mati atas sebab-sebab timbangan Iman yang tidak naik. Last sekali timbang 3kg pas 2 minggu masih 3kg. Genap sebulan 28.7.2010 hanya naik 300gram je dari berat asal iaitu 2.7kg.Bila balik rumah, mama puas memikir bagaimana cara nak menambah berat Iman..so, pertama sekali mama kaji patern penyusuan Iman. First experience menyusui abang Arif sebagai benchmarknya, banyak benda yang mama hampir terlupa iaitu seperti Ariff yang lahir-lahir jer mulutnya dah mimikkan menyusu, bila menyusu sampai berpeluh2 dan hanya puas setelah menyusui kedua-dua belah payu dara---yang semua keadaan ini tiada pada Iman.

Iman menyusu macam baby perempuan? He.. he.. apa tak nya setiap kali Iman menyusu tak sampai 5 minit iaitu kira-kira selepas cetusan susu ibu berlaku..ada bunyi glup..glup.. mengah bukan main ..macam org lari marathon minum air mineral lagak..mama assume budak ni dah cukup dah ni..sebelah payu dara jer lah. Pastu terlelap. Tak sampai 10 minit terlelap jaga lagi minta susu lagi. Pastu mama menyusu depan abang Ariff--budak ni apa lagi, pantang baju tersingkap mulalah buat muka kasihan.

Setelah mengkaji secara spontan--lagipun siapa yang nak mengcheck cara laktasi mama ni betul ke tidak kan? maka mama telah buat pembaharuan. (Barulah mama faham bila Pn.Rita MLO bagitau setiap anak lain corak penyusuannya). Apa yang mama buat ialah; menyusu menyorok-nyorok daripada pandangan abang Ariff. Mama sanggup tunggu sampai ayah balik tengahari untuk mengalih pandangan Ariff barulah mama boleh menyusui Iman dalam bilik sambil tutup pintu itu. Bila Iman menyusu sebelah--sebelah lagi mama perah, biasa perahan itu dalam 2 oz gitu. Kan Iman menyusu tak sampai 5 - 6 minit ditambah lagi mama yang tak 'dan' nak tunggu dia menyusu tu, nanti jap kan dia dah penat dan berehat dari menyusu. Maka 10 minit kemudian setelah dia terjaga semula dan nak menyusu mama bagilah pulak susu perah tu--pakai botol.

Puting Medela yang baru lubangnya kecil, mama try cari dan beli puting MAM dan puting biasa saiz M. Puting MAM Iman tak nak--sambil kerut dahi. Puting biasa barulah dia boleh menghisap. Semalam jumpa puting Medela lama (masa beli pam Medela Swing)--gantikan ngan puting biasa dan nampaknya Iman pun boleh juga menghisap tanpa kerut dahi.

Insyallah, Iman tak keliru puting dan Ariff pun sudah kurang menuntut nenen dari mama ni--sebab dia nampak yang Iman susu botol jer. So, macam adillah kot. Ariff boleh nenen tapi dah tak leh kongsi2 kiri kanan lagi. Bila turn Iman selesai dan abis mengepam maka , tatkala itu barulah Ariff boleh menyusu pulak, sebab dia nak nenen jer tu.


Hasilnya semalam berat Iman naik 3.4kg tetapi jauh dari sasaran bayi biasa yang sepatutnya 1kg naik. Malam ni menyusu dan nampaknya peluh jantannya juga sudah mula menitis menjurai.

Wednesday, July 28, 2010

Hatiku Tersentap!

Tadi Iman buat medical check-up bulanan di Klinik Desa Kampung Serom 2. Misi Ani mengconfirmkan kehadiran Sindrom pada Iman...kerana selain rupa yang macam ada macam tak ada tanda sindrom tu.ada pada jari kelingking Iman. Garis jari pada jari kelingking ada satu sahaja (kalau normal ada 2)..tak caya? tengok ar jari masing-masing.
Berat Iman tak naik..walaupun sudah dua minggu last timbang berat masih 3 kg. Tension satu. Buntu betul nak buat cam ner? Agaknya Iman menyusu air jer kot, hindmilk tak dapat..jap sangat menyusu ...kongsi susu ngan abang Ariff lagi. Patutlah mama tengok Iman kencing banyak ngalahkan abang dia, pooo poo pun kerap. Perkembangan berak kencing sama macam abang dia dulu masa susu ibu. Mama perlu buat sesuatu (sambil buat jari macam RAjnikath yer)..
Bila balik rumah mak kat kampung...mesti diasak dengan kejahilan kaum keluarga atau orang-orang lain esspecially kenalan terdekat tentang Down Syndrome...yang paling menyayat hati tu..kata budak ni KENAN lah..asakan-asakan daripada kaum keluarga terdekatlah yang paling membuatkan hatiku tersentap..orang bercerita tentang Iman tu, nak minta sokongan tapi yang dapat...kata-kata yang....(seolah-olah diaorang tu lebih tahu dan pandai ) dari doktor atau para ilmuan. Emmm...orang bangga anak masuk universiti, jadi orang pandai..tapi bila anak dah pandai, dia balas balik kata..itulah orang dah terlebih pandai! Ni kalau manusia jenis Iman tak kuat..boleh jadi "flying kick" satu nih!

Tahun lepas aku baru jer mengurus seorang pelajar yang dah lama patut pergi Sekolah Pendidikan Khas sebab Sindrom la..Anak murid kesayanganku pulak tu. Kitaorg mengurus 3 adik beradik sekaligus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dapatkan kad dan Pejabat Pendidikan Daerah. Nampaknya kali ini Allah memilih aku untuk menerima ujian ini. So...sebagai orang Islam kita kenalah bertenang dan redha. Life Goes On..


Tuesday, July 27, 2010

Tandem Nursing yang mengundang pelbagai reaksi.

Mama dan Iman keluar NICU ward dalam keadaan susu badan yang penuh. Mama memang merancang nak try menyusukan Ariff semula. Mama tidak pernah menyapihkan Ariff..cuma menggantikan susu badan yang tiada semenjak usia kandungan 4 bulan dengan susu Dutch Lady 1.2.3 perisa coklat, sepanjang mama mengandung Ariff masih tiada tanda-tanda mahu bercerai "nenen"..
Rupa-rupanya niat murni mengundang reaksi yang sangat negatif dari seluruh ahli keluarga, dan yang paling kuat menentang ialah ibu mama sendiri. Malah, ibu menuduh? yang Iman Down Syndrome sebab mama bagi Ariff menyusu masa mengandung. Tension dan hampir hilang pertimbangan jadinya bila berpantang di rumah bonda...asakan demi asakan supaya menghentikan pemberian susu badan kepada Ariff. Mama memahami mereka pasti mahukan yang terbaik untuk Iman...yalah turn Ariff kan dah abis..he he. Tetapi, hari ini kemaruk Ariff dengan susu ibu sangat-sangat merimaskanku..susu Dutch Lady perisa coklat tu pun dah tak sedap dah, buktinya dulu botol panjang, lepas dapat susu ibu balik nak botol kecik..sekarang ni 3oz pun tak abis...tanpa sokongan, terkadang terlepas kemarahanku terpacul bila time Iman nak menyusu mesti ada pelakon extra sebelah. Dia sayang baby dan tak berebut pun..cuma, haaa tengoklah sendiri

Monday, July 26, 2010

Iman pakai Prefold dan Grobaby Cover Diaper...

Latar belakang prefold Iman
Mama dah beli prefold ni lama dah..bulan April 2010 hari itu lagi...beli di Tiny Tapir Ampang, jenama Freshbots. Fuhh.. semenjak jadi CD lover ni, memang lama dah mama teringin gi Tiny Tapir. Kesempatan gi KL hari tu, mama paksa Ayah pergi Ampang sementelah dekat Tabung Haji. Cuma nak pergi kedai Tiny Tapir tu. Gilaaa..itulah perkataan jaman sekarang yang menggambarkan bila mama dok tengok cd kat situ..nak pergi lagi..puas hati. Dah terdetik nak beli sekali Thirties Diapers Cover tapi tak terbeli...sebab ingat kalau nak beli online pun boleh. Tapi mama paling tak suka beli online kalau tak ada kemudahan ipay sebab aku ni pengguna bank yang bukan May2U atau CIMB clicks nu..susah nak transfer duit. Kalau aku betul2 nak beli dek kerana penjual online tu sudah kenal atau kelihatan blogshopnya agak mesra alam..maka barulah aku gi atm wat transfer duit. Jadinya, keinginanku untuk beli Cover Diaper tu terpendam jer lah. Snappi nya mama beli kat kat kedai Buti Anakku di Jalan Pesta, Muar. 2 pasang RM7.50.
Grobaby Diaper Cover..Mama beli Grobaby ni di Fabulousmom.com siap beli extra booster lagi. Masa ni berkenan betul dengan iklan2 Grobaby. Pendapat mama ; mahal lah. For first time nak guna dan beli cd2 okeylah..dan takat nak tambah2 koleksi yang ada..bagi mama yang sudah banyakkk cd Lunatots dan coolababy agak2 poket tu yer..
Masa kat kedai Tiny Tapir pun mama berkenan betul ngan cd Rumparooz.. Rasa macam nak beli banyakkkk cd lawa2 dan nak cuba. Tapi budget2 laa..rakyat marhaen jer. He.. he..

Thursday, July 22, 2010

Menjayakan Penyusuan Ibu bagi anak yang Jaundis

Jaundis atau kuning..setahu aku la yer..Takut pulak nak explain sebab tak valid ni. Tapi yang realitinya ialah Iman diserang Jaundis sebaik sahaja dilahirkan. KEseluruhan tubuh berwarna kekuningan, ditambah lagi dengan keadaan kering dan berselaput putih dirinya..kaki, tangan dan jari-jemarinya sangat halus dan kering. Doktor kata, jaundis hari pertama berlaku kerana ibu yang darah 0 positif dan biasanya jaundis berlaku selepas dua atau tiga hari. Kiranya kalau baby kena jaundis sebaik sahaja dilahirkan agak jarang berlaku.

Gambar iman menyusu direct dari ibu dia yang relex (asyik tunggu akak troli makanan bawa makan) Hu hu..

Di bilik NICU tu...selama kira-kira 20 jam aku diberitahu yang Iman sudah diberi minum pakai cup kecik ngan supplement..Oh...! (dalam hati kecilku berkata) So..what. Oleh kerana ibu sudah bersama-sama anakanda maka bermulalah tugasku iaitu menyusukan dia. Proses menyusu buat kali pertama memang saangaat sukar wooo...Ada beberapa sebab..

Pertama..susu badan belum ada. Bila dipicit2 buah dada hanya cecair jernih yang keluar.
Kedua, baby yang jaundis terutama di hospital,hanya perlu diubati dengan dedahkan baby ngan phototeraphy..sinar lampu biru dan minum susu banyak2 supaya..kuning keluar bersama dengan najisnya. Sebab itulah di wad NICU sentiasa disediakan susu tepung setiap 3 jam supaya baby dapat disusukan dengan menggunakan cup bagi ibu-ibu yang mungkin susu badannya belum ada.

Aku memilih tidak menggunakan langsung susu supplement itu kerana aku rasa agak renyah dan cerewet..kalau misi2 yang sudi bagikan kat Iman takpe..tapi untukku..arggh..rumit2. Tambah2 lagi aku nak duduk pun payah (Sakit woooo nak duduk). Sepanjang aku kat NICU aku menyusu Ariff sambil berbaring...tak panik pun pasal jaundis Iman kerana aku tahu susuku akan bertambah sehari demi hari kalau ada baby di sisi. Berkat susu ibu dan sinar phototheraphy? akhirnya Iman pulih seperti biasa..:Berdasarkan pemerhatian aku..ramai betul ibu2 ni cakap susu ibu tak cukup..kena top up ngan supplement..alah aku tengok ajer..takkan aku nak explain pulak yang susu ibu ni cukup..sebab perut baby kecik...


Gambar Iman pakai spek dan didedahkan ke sinar biru dalam coat..Hensem tak saya?

Muhammad Nurul Iman bin Mohd. Asri

Tanggal 28 Jun 2010 bersamaan 15 Rejab 1431H Isnin) tepat jam 5.10 petang? Ntahlah..mengapa mesti ada dua jam kat bilik bersalin tu yang beza jarum jam. Aku tengok baby lahir 5 petang..alih2 kat surat beranak 5.10 pm lak. Best..beranak normal. Yang tak best sebaik2 sahaja melahirkan aku dibiarkan "terkendang" di atas katil bersama Dr.Jaya... selama berjam2 untuk "jahit". Orang yang pernah merasai tahu le apa yang aku cakap ni..Aku minta nak menyusukan bayi..banyak kali. KOnon2 nak mempraktikkan statement Rakan Bayi iaitu "ibu sepatutnya menyusukan bayi seawal mungkin" Cewah..tapi tak ada sapa pun nak layan. Last..aku dengar staff nurse agak kecoh2 'mongol' then diselang seli 'down syndrome'. Dalam hati..adakah itew anakku?Oh..Tuhan. Ya Allah...aku hanya mampu mendengar dan mendengar dari dalam bilik bersalin itu bersama Dr. Jaya..of course ler..kali. Tak semena2 datang seorang Dr. Lelaki Cina(naper la dr. ini tak memperkenalkan dirimu) ..Pn. Siti Suzana. Saya nak bagi tau ye..yang baby Pn. ada Down Syndrome, Pn. tau apa Down Syndrome? Oleh itu, baby kita bawa ke NICU untuk pemeriksaan lanjut. Ohhh...dah agak dah, aku cakap dalam hati. MElepas...lah aku nak bagi susu badan buat pertama kali. Pukul 10 malam barulah aku keluar dari bilik..emmm untuk ke wad biasa. Baby tak ada. Takpelah...sementalah kesakitan yang amat tu.
Esoknya...pagi2 nak gi tengok anak..dalam keadaan aku tak tahu kat mana lah wad NICU..sampai pukul 12 tengahari barulah aku dilepaskan dari wad bersalin menuju ke wad NICU untuk menemani babyku...Laaaa..anakku ditahan di wad NICU bukan sebab masalah Down Syndrome tu..rupa-rupanya Jaundis atau Kuning hari pertama..dengan kata lain..lahir2 je kuning. Waaa...maka bertapalah aku di wad NICU sampai 6 hari.
Sekarang sudah 24 hari..anak sihat dan ibu sihat..la la la...Bahagia tidak terkata

Sunday, June 6, 2010

Demam...nak Ultraman AnyOne?

Sejak dua menjak ni...Ayah Ariff rajin membeli-belah. Bukan membeli-belah barangan harian jer, malah barangan anak lelaki sulung dia ni bukan main lagi galaknya...bila musim bila mainan senjata maka, segala pistol, senapang dan mesin gun akan dibeli dengan obeses nya. sampai..bila dah sepah2 mama jalan2 kadang2 tersepak bendalah ni.. tak faham aku. Ariff pulak suka sangat..Bila musim beli baju pulak...macam2 fesyen ngalah perunding imej, perlukah Ariff perunding imeh Yah. Ayah Ariff perlu! Perlu ke? Mama Ariff garu pala. Mungkin di situ...sukarnya seorang wanita memahami apa yang orang lelaki mahu...Banyak perkara yang bukan berkaitan keibuan yang aku masih tak fahami dan hanya difahami oleh kaum bapa. Syukur..Ayah Ariff sentiasa di sisi dalam mendidik dan menjaga Ariff. Kerana banyak benda yang berkaitan kebapaan dan anak lelaki sukar kufahami as a mom and a women. Contohnya..baru-baru ini balik dari jemputan kawin di Layang-layang, Johor, Ariff diserang demam panas..siap ngan muntah2...tak makan dan minum...tidur 24 jam..nangis merengek..sungguh aku tidak mengetahui apa keinginan anakku itew...rupa-rupanya.. BAgai mengerti kemahuan anakku ini.. Ayah Ariff telah membelikan UlTraman ini..dah tak semena-mena Ariff boleh bangun lak..sambil haiyak2 haiyak2...Jumaat lepas juga kami ke Farmasi belikan ubat demam dan batuk..orang sakit ni perlukan motivasi..dalam konteks demam Ariff ni..ULtraman lah motivasinya. (Sila tonton Ultraman di saluran Astro Ceria setiap hari jam 12, 3 dan 7 malam)



Hari ni...Ariff dah sihat semula...dah joget2 bila tengok mentor. SyUkur Alhamdulillah

Wednesday, June 2, 2010

HaJi dan Penyusuan IbU

Gambar di bawah adalah gambar terawal Ariff semasa hari ke3 di wad..dirakam dengan menggunakan handphone aku.. Minggu ini adalah minggu ke 36 kehamilanku..atau dengan kata lain masuk 9 bulan dah..tinggal kira-kira 4 minggu lagi due bersalin. Masa 'Ariff dulu due aku dah nak cukup dah, tapi terpaksa diinduce kurang 4 hari dari due sebab air tuban tidak mencukupi dan berakhir dengan pembedahan emergency..hu hu..

Kali ni aku berangan nak beranak normal (macamlah beranak normal tak sakit adooi!)... Aku belum buat apa-apa persiapan untukku sendiri la..kerana aku juga berangan nak bersalin di rumah. Tapi untuk baby...sudahku persiapkan...kerana secara praktikal dan logika nya aku akan beranak di hospital kan?

1. barut 3
2. pakaian persalinan 3
3. set mandian baby Johnson (kecik)
4. Pampers pakai buang Drypers New Born 28 pcs
5. Tisu basah jenama Pigeon
6. Bedung Bumble Bee 2 helai
7. Mitten and Botties 2
8. Tuala mandi (tak pack lagi)
9. Selimut dari kain fleece (tak pack lagi)

Untuk diriku pula, aku bercadang nak bawa sepersalinan baju dan tuala wanita jer kerana kat wad nanti kena pakai baju hospital. Lain-lain Babang boleh bawakan. Aku juga tidak menyediakan barang2 untuk pengepaman susu ker apa ker (kat spital la)...sebab aku bercadang nak exclusive direct breasfeed for 60 days sebelum bersedia bekerja semula untuk memberi susu perahan kepada baby nanti..ala semua yang common sense..
Untuk kajian kes aku sendiri..pada bulan November Insyallah...Doakanlah segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya..Tunggu...

Gambar Ehsan dari Google.








Thursday, May 20, 2010

HAppY BiRTHday DaD..


My Dad is the coolest dad in my heartKick a ball with his incredible leg and...bought me a little bicycle you know..Everytime when we went together in our motorcycle and I stand infront..I feel cool and fresh..very far and far till suddenly i realease that he bring me us back to his parent..my grand mom and dad of course..
My Dad made us cheers..with his lovely smile and jokes..But..sometimes made us boring also..when he roar likes a lion in the desert..
Hah hah..Oh my loving and caring daddy..
Till tomorrow..and will always says Yeah..yeah..my dad is coming home..
From Your Handsome's Son
M.N. Al"Ariffin '10


Monday, May 17, 2010

Bila perut semakin membesar....

Bila perut semakin membesar, semakin banyak karenah Mama Ariff. Semua serba tak kena. Tidur tak kena...berkalih ke kanan ke kiri sepanjang malam...terjaga sesekali. Badan-badan sakit.

Paling ketara ialah jiwa semakin sensitif. Mudah tersinggung.. Kena banyak mendekatkan diri kepada Allah.

Thursday, May 6, 2010

Trimester 3 - kehamilan

Sejak laptop ni tak tak berapa sedap nak pakai...dan kamera pun sudah lama tidak digunapakai..tambah2 aktiviti blogging yang makin diabaikan. Saya rasa macam ketinggalan pulak. TAhu-tahu sahaja sudah minggu ke-30 kehamilan.



Hari Isnin 3/5/2010 lepas, saya pergi ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk booking hospital...Pengalaman kali pertama medical checkup semasa mengandungkan Si Ariff menjadikan segalanya sudah tidak sesukar mana. Rutin yang sama...ambik no. dikaunter..tunggu...panggil nama..ambil kertas PH-Urine...gi toilet..kencing..test..ok nil..tunggu..

timbang..ambil tekanan darah..tunggu..panggil nama ..nanti misi tu akan isikan borang atau kad kuning maklumat segala..history, mak bapak, atuk, ada kencing manis ker..darah tinggi ker..minta ic ori, (segala salinan seperti salinan ic, salinan ic suami, surat nikah dan guarantee letter majikan akan disusulkan kemudian semasa 2nd medical check-up di hospital) memandangkan ni 2nd pregnancy, diaorang tak tekankan..tak macam untuk anak pertama..pastu...tunggu..sambil mendiamkan diri melihat ke kiri dan ke kanan. Ramai ibu-ibu mengandung membawa sekali suami masing2 esspecially yang bukan warganegara (Mesti ada punya suami Malaysia kahwin Mynmar ke atauVietnam ker . Rata-rata suami ada..BAbang kita pun ada juga ngan Ariff tapi..tinggal gi sarapan sate, jenjalan cari mainan Ariff barulah menjenguk mamanya di atas? hospital. Saya ni tak pandai berbual-bual..memulakan perbualan..bila ada peluang barulah bersuara dengan ramahnya

309..ting tong no automation berbunyi...saya pun berjunpalah ngan doktor. Doktor yang saya jumpa ni peramah, mesra dan nampak begitu fresh dan sangat bersemangat untuk memeriksa aku..ataupun memang itu sepatutnya seorang doktor berkelakuan...habis tu ada juga doktor yang pernahku jumpa takde pun macam tu. Dia menterjemahkan segala isi yang dicatat dalam buku merahku..about scanning..menurut doktor, adapun uriku sedikit rendah, scar operation nampak okey..tanya ada tak sakit tak scar tu, anak gerak baik, okey mari kita periksa perut.,ada seorang nurse praktikal yang nampak sangatlah amaturnya menemaniku...eh! naper baby awak ni macam sengat..(dalam hati ku bimbang gak pasal takut2 songsang ke apa ker) memang misi Klinik Besar ada periksa dan menyebut pasal kedudukan baby yang agak senget? Tapi..saya buat tak peduli jer, asal tak sakit. Oleh kerana doktornya ramah, maka saya menjadilah ramah gak. Saya bertanya pasal epidural, pasal kalau boleh nak beranak normal dan kalau baby songsang boleh tak doktor tu betulkan, pusing2 balik ker. Positif..everthing can go.

Tunggu lagi jap...bertemu ngan babang sambil tersengih2 dengan Ariff diluar bilik. Then. saya went to scanning room. Ada seorang lagi doktor menunggu..sambil menyanyi2 kecil..untuk mengimbas perut..tengok ukuran kepala, ukuran kaki, panjang punggung,,..and tengok ehem..ehem jantina. Doktor ada bagitahu..well..jawapan sama ngan jawapan mak saya..(mak saya tengok jantina pakai petua jer) terror...

Pastu jumpa balik Doktor yang memeriksa saya semula...beliau menterjemahkan semula apa-apa sahaja yang dicatat oleh doktor scan tadi..
Habisss... doktor tu offer mc 2 kali. Tapi saya tak mahu...sebab nak mengajar dan habiskan silibus (aku jer yang nak mengajar, budaknya tak nak belajar..bercakap dalam hati)

Tetapi..semalam semasa berjumpa ngan misi desa, ada satu penemuan yang agak mengejutkan saya..dia kaki bacaan scanning mengatakan ukuran kaki tidak sama bilangan dengan bilangan minggu bagi ukuran panjang dan ukuran kepala iaitu 30 minggu...Haii...semuanya agak mencemaskan.

Sunday, April 11, 2010

Aktiviti Hari Ahad ini...

Please jangan close up pic ini...ini gambar syok sendiri selepas program Kursus Kecemerlangan Pelajar berlangsung..di luar hujan sangat lebatnya.. Ada ibu-ibu moden di luar sana pasti kepanasan dan kerimasan melihat baju mengandung yang saya pakai. Memang ye...materialnya kainnya sangat merimaskan. Sangat tidak sesuai dipakai di waktu petang, outdoor dan time-time cuaca nak hujan perolakan pulak tu...Berat saya dah semakin bertambah..nafsu makan tiada berhenti, sakit pinggang yang amat, dan mulalah melecet2 di celah2 paha. Mengandung dalam keadaan berat badan (59kh) yang sedia tidak ideal memang melemaskan. Mahu2 mencecah 70kg nih! Huwaaa...huaawaa...
Lupakan sebentar kisah kucing dan kisah anak lelaki saya. Hari ini saya ingin berkongsi aktiviti selain daripada mencari maklumat di internet? Saya orang kampung..dari kecil sampailah sekarang saya masih duduk di kampung. Walaupun pernah bermastautin di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya suatu ketika dulu..tetapi nampaknya saya masih duduk di kampung nan satu ini. Saya menjadi jawatankuasa JKKK Serom 2, dan inilah sebahagian daripada aktiviti JKKK...
**saya masih addicted mencari maklumat tentang cloth diapers dan bercadang ke Kuala Lumpur untuk melihat sendiri beberapa prefold dan fitted idaman selain ada urusan penting yang perlu diuruskan sebelum..cuti bersalin lagi 3 bulan insyallah.

Monday, April 5, 2010

Kisah kucing ini lagi...


Trut..trut..tuuut..inilah ibu kucing dengan anak-anaknya sedang menyusu. Kehadiran kucing2 ni...tidaklah membahagiakan saya...malah menyerabutka kepala hotak ini.....Oh! sahabatku Lina, saya tak dapat nak explain why i cannot invite you to come to my lovely home. One of the reason it's because this cute kitty...and my messy home

Sunday, April 4, 2010

Kagum dengan ibu beranak ramai tuu...

Gambar Ariff ketika berumur 2 bulan..saya ambil gambar ini untuk dicuci dan ditatap di tempat kerja konon. Maklumlah ..first time dapat orang baru. Comelnya...(masuk bakul)
Cuti hari Ahad...memang best. Time to sleep and releks manjang.

Sekarang ni Ariff memang agak fussy and menjengkelkan. Macam mana ek nak saya describe kan..Bila takde kawan dia ngajak orang berkawan. Tapi bila dah mula main dengan segala mainan dia akan cepat melenting..puk puk ngan segala mainan yang ada ditangannya..saya ni ibunya selalu jadi mangsa pukk. Lepak lepuk jerlah. Selalu dia tak puas hati...tak nak makan, sejak hidung berhingus selalu dia hilang mood makan, hilang selera kot.
Masalah heavy wetter dia tak hilang lagi..adakah tumpuan kasih sayangku sudah berkurangan. Saya patut mengambil perhatian kepada dia lagikah? Malam tadi bawa dia ke majlis Maulidurasul...dia cepat bengang dan bosan.nangis jer. Usik sana usik sini..sampai pak cik jaga P.A system marah kat dia atau akukah? barulah dia diam and peluk saya then tidor..begitulah hari2 dia. Saya jadi trauma nak bawa dia bercampur ngan orang ramai.
Ni baru anak seorang..kurasa seharian dengan dia dengan aksi2 menyepahkan barang dah macam karam..dengan tak makan dia..suka baling2 barang berlanjutan..Takde idea nak mendidik anak? Gitulah.. Aku kagum dengan ibu beranak ramai nuuu..

Tuesday, March 30, 2010

Susu Kambing Hi-Goat dan kucing menyusu?

Lihat...perut kucing itu yang menggeleber..kucing ini merupakan seekor kucing betina beranak 3 kira2 tiga minggu lepas


JAngan salah sangka pulak dengan entry tah apa2 kali ini....


Susu Kambing Hi-Goat dalam mug MILO tu untuk saya sebenarnya..sebelum tidur saya mengambil susu kambing dicampur ngan madu. Suam-suam kuku gitu...tetapi, ketika saya leka menonton cerita Criminal Minds malam semalam..Pn. Kucing beranak 3 ni melompat atas meja dan dengan seleranya minum air susu itew..Jangan kata Cikgu Suzana tak penyayang...penyayang orangnya..saya biarkan jer lah kucing tu minum sampai separuh..kan kucing ni menyusukan anak-anaknya yang dok kat bilik terbiar yang macam kapal karam tu..biarkan biarkan..apa yang perlu lakukan bila pendatang tanpa izin itu selalu anggap yang aku ni baik hati..bagi menumpang teduh kucing kat taman perumahan ini. Dengan tiga ekor anaknya..bagaimanakah harusku memberi tumpang..sampai bila? Perlukah aku mengiktiraf mereka sebagai mypets..waaa..waaa. sapa2 nak kucing? Ambiklah seekor...atau ketiga2nya sekali.


Sunday, March 21, 2010

Bila cuti sekolah..apa-apa je mama buat.

1. Apabila lampin2 kain moden berlambak dalam bilik air. Siram dengan air paip, kocok2, segala kotoran najis sudah di bersihkan...masukkan dalam pengering dengan air mengalir. Kira-kira 3 minit mesin basuh dan bunyi tut-tut... kita ke bahagian 2 pulak. 2. Basuh. Bahagian terpenting dalam pembersihan lampin kain. Kira-kira 10 minit. Pas bunyi tut-tut, Buang airnya... (Air sabun yang digunakan ialah air yang sama yang digunakan untuk membasuh kain baju yang suci ye.) Ni air cucian yang kedua. Baju2 suci yang sudah dibasuh sudahpun saya masukka di tempat pengering dan spin jap..untuk mengeluarkan air2 sabun yang ada. Sebelum ke bahagian bilas ngan air cucur.
3. Pas buang air, cucur ngan air paip sampai sudah tiada sabun-sabun dan buih2. Ketika ini...sudah berbau wangi sabun sudah.
4. Pas bilas ngan air cucur...masukkan di bahagian pengering. Kira-kira 3 minit masa mesin pengering...Tadaaa...perahan sudah terhasil.
5. Sidai lampin-lampin kain moden itu dalam bilik bawah kipas. Kami menggunakan kipas sepanjang malam semasa tidur jadi 2 dalam satu la. Esok pagi CD2 sudah sedia untuk digunakan. Tiada bau hancing lagi...seperti baru dibeli semalam. hee heee...

Pernah ke saya beritahu yang semasa belajar di UM, tinggal di rumah sewa dan kemudian asrama Institut Bahasa Melayu Malaysia..yang saya suka membasuh? Ye...doing laundry make me release tension. Dulu saya pakai sabun Attack..but due bad smell when dibiarkan semalaman saya bertukar kepada Tops..tiada lagi bau hapak walaupun dibiarkan semalaman.

Tuesday, March 16, 2010

Pasal CD lagi...

Saya tak tahu nak letak tajuk apa entry ni...cuma saya nak menyatakan perasaan bengang dengan masalah heavy wetter...masalah ni bermula pabila Ariff berhenti breasfeed.. kira-kira 3 bulan yang lalu. Kukira Ariff akan selama-lamanya minum susu ibu, tapi apa kan daya....susuku dah tak ada..sejak 3 bulan yang lalu. Padahal Ariff masih lagi menghisap nenen. Dari sudut ahli akademik macam saya ni, kukira sebab saya mengandung sebab tu susu badan tak ada, tapi dari sudut pandangan ahli laktasi wallahualam. Ternyata bila saya menggantikan susu ibu dengan susu tepung perisa coklat pastu bubuh dalam botol pulak tu...wahhh, sedap jer dia menghabiskan air dalam botol tu. Dalam sehari mahu2 dia boleh minum sampai 4X siang dan sekurang2nya sekali pada waktu malam. Akibatnya...jadilah Ariff heavy wetter atau kencing dengan banyaknya. Dulu..cewah, aku sangat suka hati tengok Ariff pakai CD Lunatotslah, Coolababy, tak bocor dan comel. Dengan berbekal 12 CDs benar-benar dah memadai. Tak pernah terfikir langsung nak beli. Tapi kini...saya dah dapat mengesan kesilapan saya dalam perihal pemakaian lampin ni. (Ini kajian kes saya dan anak lelaki saya iaitu Ariff).

1. Lampin kain (material fleece, PUL laminated, dan insert mikrofiber) ngan satu
insert hanya praktikal untuk baby and toddler yang sepenuhnya susu ibu. (Dalam kes ini Ariff
menyusu ibu sepenuhnya (6 bulan) dan susu ibu, makan dan minum air masak (1thn 4
bulan). Selepas saya memberi susu botol ianya sudah tidak praktikal lagi. (CD akan penuh dan tembus melalui celah-celah pergelangan peha, keluar dan membasahi lapisan luar yang tak laminated itu, seterusnya basahi sedikit kawasa kelengkang seluar luar anak).

2. Satu lagi ialah apabila saya mengandung, susu badan merudum dan tak memenuhi keperluan anak lagi, saya terdesak untuk mengajarnya minum susu tepung dan pakai botol pulak tu. BOTOL! sama sekali satu kesilapan yang bagai tidak dapat di kawal lagi. Kesannya...bila susu itu diminum sama sekali lebih banyak cecair dari zat yang didapat..makanya, jadilah proses bertukar menjadi cecair dalam bentuk air kencing dan heavy wetter sekaligus. (Berilah anak susu ibu sepenuhnya sampai dia dah belajar tak pakai lampin...kuat minum susu ibu macam manapun, tetap baby tak kencing banyak sekaligus).

3. Dalam keadaan ini, saya beranggapan Drypers itu lebih baik. Tapi saya kan pecinta natural parenting dan tak suka sampah popok berlonggok dalam rumah, saya tetap juga memakaikan CD kat Ariff. Antara langkah pencegahan ialah pakaikan 2 insert (Apalah trial and error saya, pakai 2 insert satu mikrofiber dan satu bamboo mikrofiber--bocor gak), bila pakai 2insert dari jenis mikrofiber kurang sikit bocor)---trial and error pakai lampin biasa dengan plastik (hampeh, Ariff berak pulak, nak basuh susah beb and leceh--pakai CD jauh beza lebih baik)--dan tentunya selalu periksa CD kot-kot tembus ker? Memandangkan Ariff sekurang-kurangnya ada lagi satu tahun sebelum potty training ada baiknya saya invest untuk pembelian CD yang lebih baik? (Tapi kalau ikut kan babang saya tu, dia akan belikan jer Drypers or Petpet lampin favourite kami tu, siap2 nyorok2 beli petpet and sorok dalam lemari, Dia? pakaikan jer Petpet tu, peduli apa haaa..haaa)

Pengajarannya...saya masih boleh belajar banyak tentang perkara ini..seperti saya sudah sepatutnya mengajar Ariff berhenti botol dan belajar minum terus pada cawan. (Daripada orang sekeliling yang risau tengok Ariff masih menghisap nenen siap suruh cari orang pandai2 supaya Ariff tak mau nenen) elok juga kiranya bagi petua untuk dia sapeh botol.

Lama kelamaan saya juga belajar untuk menerima hakikat yang Ariff terpaksa menghadapi semua ini kerana dia akan mendapat adik. Dia akan dapat kawan baru...yang akan bersama-sama semasa kecil, remajanya dan dewasanya.. Inilah adalah pengalaman yang indah. Tak kiralah heavy wetter ke...nak pakai Petpet ke..or nak kena beli CD baru ke(ehem...ehem). Ku masih suka nak membasuh CD2 mu...laaa..laaa. Tapi bengang ar sebab hari2 kena basuh.
Macam minat ngan CD Gro Baby and pakej Lunatots yang RM400 tu...tunggu...

Sunday, March 7, 2010

Sudah Lima Bulan...

Susahlah nak update blog. Sebenarnya saya selalu mengadap laptop dan membuka internet dengan menggunakan Celcom Broadband memandangkan saya tidak berhajat langsung untuk memasang talian tetap. Bila conneted jer biasanya EDGE jer berbanding di bandar memang GPRS abis lah. Nak update gambar selalu jer memakan masa 30 jam ke 1 jam. Facebook pulak jangan harap nak update lah. memanjang baca entry orang esspecially kekawan. Tetapi ada juga baiknya bila internet tak bagus sangat ni..kerana kalau tengah kemaruk nak shopping, kelambatan nak loading menyebabkan saya berkira-kira untuk membeli...dan kebanyakkannya kubatalkan sahaja. Haa hhaa...

Semenjak Ariff kuat minum...(silapku juga) dia asyik kencing banyak jer. Merimaskan saya selaku ibu yang paling kuat untuk memakaikan dia cloth diaper..semakin kerap kena tukar lampin sebab dah tembus ke kiri dan kanan pergelangan pehanya. Nak pakaikan 2 insert? nanti berlama-lama pulak dia pakai lampin dan nak kena kerap basuh pulak insert2..Nak kembali pakai drypers or petpet? Lupakan.. Buat masa sekarang untuk menyelesaikan masalah workload ni aku memakaikan petpet pada waktu malam. Kira-kiranya tahan dari pukul 10mlm sampai kira-kira 9.00 pagilah. Sebelum Ariff berak..kerana ku taktahan bau yang terhasil jika Ariff berak dalam lampin pakai buang tu. Apa yang saya lakukan seperti juga semasa saya pakai CD..buang najis ke tandas dan flush. Petpet tu buang dalam tong sampah. Kalau Majlis datang leh terus buang..tapi kalau tak datang, tunggulah 2-3 hari lagi. Sebenarnya..ehe ehe.saya berkira-kira nak belikan CD Bamboo pulak kat Arip. Sebab katanya lebih kuat daya penyerapan dan nyahbaunya. Tak rugilah beli banyak2 sebab pakai...cuma mahal dan time duit tengah nak pakai. Mungkin saya boleh menyelit-nyelit perbelanjaan untuk cd bamboo ni kelak. Dah survey dah..antara jenama Bamboolite, Hatio menawan hati.

Macam pernah saya borak2 ngan kawan2, sekarang business tak bagus, macam jadi jurujual kereta terpakai ke, nak renovate rumah ke tapi bussiness yang berasaskan hobi...on je turun naik. Betullah, sebab tulah kot ramai yang buka business handcraft lah, cdlah, joran, motor besar sebab hobi ni peminat yang setia tak berkira-kira untuk memenuhi hobinya itu. Ini berdasarkan pemerhatianlah..aku minat cd, perfume padahal rumah cam yang tak siap ni pun perlukan budget gak. Tiba-tiba karang hobi aku bertukar pulak kepada hobi menghias rumah pulak...mesti aku sanggup berhabis-habisan. Rumah jadi lawa hee hee..wish to had this hobby too. (Maid wanted RM20perday) Any suggestion?

Monday, February 22, 2010

Ketika Cinta Bertasbih

Sepanjang cuti Tahun Baru Cina ni ada beberapa perkembangan yang berlaku dalam diri. Antaranya ialah selepas menonton Filem Ketika Cinta Bertasbih dari laptop anak saudara aku. (asal balik U ader jer filem dari laptop wat balik). Sudah terlalu lama rasanya aku tidak membaca karya yang begitu halus mesejnya. Sudah terlalu rindu untukku membaca atau sekadar menonton cerita yang ada unsur2 tasawuff dalam keasyikan dengan dunia shopping, dunia keibuan dan dunia pendidikan yang selalu melalaikan dan melemahkan jiwa sebab asyik cakap sakit jiwa dibuatnya bila manusia buat satu perlakuan yang menjengkelkan. Fahamkah?
Aku cuma yang betul2 tgk pada Volume 2, apabila Abdullah Kherul Azam balik kg dari pengajiannya di Mesir dan membuka gerai BAkso Cinta di kgnya. Jalan cerita dalam filem ini menggambarkan senario yang positif--takde tembak-tembak--seks bebas yang menjelekkan--cuma keindahan sebuah karya yang mengingatkan.
Mengingatkan aku kepada Al-Hikam..ada adegan dalam cerita ni iaitu semasa Kherul Azam terpaksa mengantikan Ustaz memberi syarahan Al-Hikam karya Ibn Attaillah kepada jemaah. Apakah syarah Al-Hikam? Dua buku al-Hikam sudahpun aku baca suatu tika dulu2 masa jadi student UM yang menjadi makanan tambahan bagi jiwaku pada ketika itu. Susah juga aku nak explain di sini kecuali mendapatkan sendiri buku Al-Hikam itu dimana-mana, kalau hijab hati ini terbuka untuk mencari ilmu esspecially ilmu tasawuf insyallah jumpalah buku2 ni..(aku berhenti membaca karya tasawuf selepas terjumpa buku tasawuff yang bersifat ekstrem--tak daya otakku untuk menerima--bagi orang awam macam aku, tika itu ler)
Tika ini..badanku betul2 rasa lemah. Bukan lemah apa..jiwa aku rasa lemah--senario kerja dengan pelajar2--tangunggjawab dan beban otak yang fikir macam2. Cerita ini membangunkan semula jiwaku, menggalakkan untuk menguatkan semula diri. (Kalau nak lama kerja di sekolah "itu" aku perlu kuatkan?)

Monday, February 15, 2010

Lintas Langsung Pasal Penyusuan Semasa Mengandung

Sahabat-sahabat di luar sana yang masih gigih mengepam untuk bekalan anak semasa bekerja dan menyusu, tentu masih seronok menikmati saat-saat susu banyak, sedih bila susu sikit dan sedikit obses dengan bilangan botol yang berjaya disimpan kan? Aku bercakap based on my experience lah. Bak selalu yang ku ngata anak murid "asyik berangan jer" Ingat apa? Itulah yang kualami bila dapat baby...sesuatu yang bukan untuk dikongsi, nampak macam ada masalah jer bila buat blog pasal benda ni....cuma org yang tidak mengalami , mereka tidak dapat memahami...blogku ini tetapi lebih kepada keterujaan yang dialami oleh diri sendiri. Dan aku dah lama memahami hakikat itu.

Pam2ku sudahku simpan baik-baik dalam beg plastik, botol2 pun dah dah tak kuhirau lokasi sebenar kedudukannya, tah ada cover tah tak..Cuma beberapa botol yang ku guna untuk Ariff membotol. Berus botol ada lagi. Bila aku mengesahkan diriku mengandung, aku terpaksa melaluinya pelbagai liku fasa dalam journeyku untuk menyusu. Dulu masa tak mengandung...it's about me and my todd, tetapi sekarang it's about three of us. Aku masih tidak menyapehkan Ariff sebab "bocah lanang" yang seorang ini masih nak "bonding" nganku...aku jer yang mengelak-ngelak sebab Ya Ampun sakitnya...awww!!.
Tetapi..bagi seorang yang rasional dan sederhana aku kan sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang ada. Terima kasih buat rakan yang menceritakan perkara positif seperti
" ala...akak dulu mengandung akak menyusu jer anak , memang orang larang bagi susu, tapi akak bagi jer..tak ada apa-apa pun, susu ada" (akak ni cerita zaman 80'an ) dan blog yang dah kuterlupa apaker nama.. pun cerita saja jer dia bagi ngempeng kat anak dia. Cuma satu pengalaman yang mungkin diaorang tak cerita yang hakikatnya...bila kita mengambil keputusan menyusu semasa mengandung ialah...
1. Perit kaat nipple
2. Perasaan kasihan kat anak bila terpaksa minum susu lain dalam kes aku aku bagi susu coklat Dutch Lady dan Susu kambing Hi Goat. Ariff dah tahu cakap sikit...bila tengah sedap2 mengempeng kita tanya.."mama bagi susu botol nak?" dia akan cakap "taknak" sambil geleng kepala dan terpaksa minum kemudiannya jugak sebab haus dan lapar..he he he
3. Tunjuk perasaan yang sedikit "over act" seperti menangis tersedu-sedan tengah2 malam butaa especially jam 3pg - 4pg minta disusukan. Dengan kata lain..kelaparan.
4. Kebimbangan kalau2 membahayakan anak dalam kandungan...tapi setakat kandunganku 19minggu ni..takde pun tanda2 bahaya tu. Biasa jer. Nasib baik doktor yang caeser aku tu belah bawah sikit dari perut lum rasa..kot.
Lain-lain tu ada jugak..tapi malaslah nak fikir.
Aku bersyukur kerana mengandung...Ariff pun Alhamdullillah menyusu dengan susu badan lebih satu tahun...dan masih masih mahukan susuku tanpa menunjukkan tanda-tanda reject lagi. Cuma aku jer yang akan pening kepala memikirkan bagaimana nak menghadapi bulan-bulan yang mendatang dengan keadaan Ariff masih menyusu badan..akan adakah lagi episode2 mengamuk2 sakan..minta mama. Oh ye..susu masih ada tapi kuantiti yang terlalu min. Aku tahu mana pergi susu-susu tu. Aku dah Google dan Yahoo dah..panjang nak explain lak. (malas nak translate) mungkin lain kali di masa lain kubersiaran melaporka dari blog terchenta ni.
Aku sedikit bangga bila kelihatannya hidung Ariff akan-akan hidung aku. He he..trade mark anak mama. Ehem..2 nama kalau CHENTA NUR Zaharah sedap tak?

Saturday, February 6, 2010

Harap2 rambut Ariff boleh lebat pas ni....

Kegiatan hujung minggu Ariff...iaitu menebas rumput depan rumah. (Aku selalu heran, orang tanam pokok buka main subur, tapi pokok2 aku mati..tanah jadi rumah semut) Kena tuntut ilmu pasal tanam-menanam ni). Sila tengok rambut Ariff betul2. Sama jer ngan rumput2 dihadapannya itu tak sesubur dan selebat mana...
Aku dah mencari minyak rambut yang sesuai untuk Ariff ni dah lama....tapi setakat tanya2 jer. Rambut ariff ni jenis jarang-jarang, tak lebat dan masih nampak kulit kepala sikit2. Pernah juga kulit rambut Ariff berdaki tapi taklah sampai berkuping. Aku pernah dengar seorang bidan desa pernah berkata, " nak buang daki atau kerak atau keruping kat kepala baby tu senang jer, pakai minyak kelapa" Aku dengar kira-kira 16 tahun lalu tu. Dan memang magic, aku pernah tengok minyak kelapa dibuat orang untuk mengubati keruping di kepala baby. Pala Ariff tidak pernah berkeruping cuma aku risaukan rambut tak lebat ala-ala...anak perempuan sepupu aku. Rambut Qaseh Sumayyah lebat beb! Setiap kali berjumpa ngan budak ni...mesti aku kan cakap..amboi2 lebat nya rambut anak kau ni Lina.. Apa yang kau pakai. Dia jawab "pakai minyak baby" jer. Tapi aku tak suka minyak rambut baby or minyak zaitun jenama yang ada dipasaran kerana dalam hati kecilku... masih percaya yang minyak kelapa itulah yang terbaik. Takkan aku nak buat sendiri...masak untuk makan pun malas..inikan pulak nak buat minyak kepala. Lagipun...baunya. Fuhh ...pening gue. Baru2 ni kawan aku belikan minyak rambut kelapa asli..harga RM15. Agak mahal kan? Tapi..sekurang2 aku dah dapat apa yang mahukan.

Sunday, January 31, 2010

Sebulan dah berlalu...

Sebulan dah berlalu...genap 2 bulan broandband kena terminate oleh syarikat telekomunikasi. Mula2 tak heran pun. lama-lama-lama..aku jadi gelabah. Yelah..mungkin betul gak kadang2 orang berinternet sebagai satu pelarian...dari masalah kerja. Tekanan kerja? ye ke keje cikgu cam aku ada stress. JAwapan tak tetap..kadang seronok kadang tak. Tapi...tekanan untuk mencapai kemajuan kot.

Anyway...kandunganku sudah 16 minggu. Sihat. Ariff masih menyusu, cuma kadang2 aku ingat dia tu cuma nak release tension jer tu. Susu dah kurang, dia banyak bergantung kepada makan dan minum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...