Friday, September 10, 2021

Ganbatte Malaysia VR


Tidak boleh buat jarak yang jauh, yang 5KM pun jadilah. Jadi, ini 5KM untuk event kali ini. Sebenarnya saya tengah usaha nak buat 5KM X 10 kali = 50 KM (untuk 3 minggu ini), tapi tak konsisten nampaknya, akak nampak gerimis, akak cancel tarik selimut, akak nampak dah lewat sikit pukul 7:00 pagi akak cancel Ha.. ha ..ha..
Dengan Tema : Semoga Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Semalam.
Road to 62KG weight Loss je pun susah, makan 5 bulan dah ni still 65 - 66kg, 65-67kg ada coach pun dah mantul, so sis Raikan jelah dengan berlari-lari aje target KM ni. Doakanlah sampai dapat buat 7KM sekali harung. Amin.






 

Wednesday, June 23, 2021

PdPR - PKP 3.0 - Bila duduk di bawah.

 Bila kau duduk di bawah,

Hajah kau orang tak pandang,

Sempurna Iman orang tak pandang

Yang penting data - data ini mesti dilunaskan

Siapa yang tak masuk belajar

Adakah cikgunya tidak mengajar?

Sedangkan jadual ada virtual learning sangatkah?

Bila Tadarus Memohon Allah ampunkan dosa pun tak sempat kau khatamkan

sebab data-data mesti on time.

Berapa banyak link yang kau nak hadap

Tiba-tiba menghadap link

anak sendiri kerja PdPR pun tak sempat aku hadapkan

sebab itu bukan amanah kau

yang amanah kau ..tu yang data-data yang mesti kau lunaskan

Bila kau duduk di bawah

Segala Youtube, Google Form , Quizzie yang cipta sejak PKP 1.0 

dinafikan,

Bila kau di bawah, sumpah kau tidak didengar

Hanya data-data dan data mesti on time..

Pui!

Thursday, March 18, 2021

GO GREEN 2021 RUN VIRTUAL RUN

 GO GREEN 2021 RUN VIRTUAL RUN

Event Timing: 12 march - 26 March













Thursday, January 21, 2021

First Time Join Event Run For Tiger VR

Saya dah mula jalan kaki bulan 11 yang lalu, masa tu sawah padi pun baru nak mula dituai. Saya mula dari jarak pendek, kemudian ansur tambah jarak sehingga masuk bulan Januari 2021, barulah badan saya dan mental saya bersedia untuk berjalan kaki dan jogging sejauh 3km. Saya baru menghabiskan 3.5km hari ini maknanya ada dua hari lagi untuk saya menghabiskan larian ini. Saya hendak dapat pengiktirafan, so saya join program ini. Doakan semuanya selamat dan saya berjaya melakukannya!!





 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...