Monday, November 30, 2015

Kain Gendong dan alat gendongan anak.

Bila saya cerita pasal anak, susu ibu, anak down syndrome atau gendong ke..saya dah dapat agak dah yang respond agak kurang. Maklumlah blog underground and syok sendiri (mana datang ayat syok sendiri?) Masuk bakul angkat sendiri tu fahamlah maknanya tetapi, cuba kau upload gambar cara-cara membuat kopi mak aii banyaknya view, hi hi.
kain gendong yang saya pakai ni, brands Didymos campuran cotton dan linen, dari jenis sulaman Indio. Wrap Didymos Indio ni saya beli tahun ....?? lupa tetapi inilah kain wrap gendong yang pertama saya beli dari ....?? lupa lagi. yang muka ala-ala Fauziah Gous tu, rakan-rakan babywearing mama kenal le. Saya bukan tarik diri atau left group, saya ada tetapi bila tauke FB group Babywearing mamas bubar...saya pun dah malas lah nak interrupt ke, silent reader ke, noisy reader ke jadi netizen ke. Kain wrap ni sifatnya kalau lama dan semakin lenjan mama dulu pakai makin bagus, sebab sifat mudah lentur kain dan benang terhadap berat badan anak yang dikendong tu. Ni size 4, ngam-ngam je dengan pinggang saya yang dah sama besar ngan punggung tu.
Kain Wrap yang saya pakai ini pula Didymos Katja, Katja ni lejen ni. Sejarahnya saya mengenali wrap ni ialah bila Persatuan Babywearing Malaysia buka booth di satu program Penyusuan Ibu peringkat Kebangsaan di Perpustakaan Negara Malaysia beberapa tahun lepas...lupa lagi tahun bila? Ada seorang mamas...ayooo lupa lagi mama pramugari tu? kena buka fb balik nih try kan saya pakai wrap sejak detik tu saya dah berazam untuk memiliki kain Katja ni. Lama saya stalk akhirnya ada seorang mama (Brenda ) jual, asalnya rasanya dalam size 3 tapi saya minta Snugbaby convert jadi Ring sling. Umur Katja ni saya agar dalam lebih 10 tahun. Best, inilah yang saya usung ke sana sini masa budak2 ni baby.
Ni pulak wrap Baby Ultra, Hannah ...yang ni saya pinjam masa International Babywearing week, saja saya bawa cucu dari kakak saya ni hah ahah sebagai alasan nak try kain ni. Cantik warnanya so pink and purple tapi saya tak teracun pulak. (sebenarnya dalam tempoh instalment satu wrap baru gak)
Tu dia wrap baru, tapi wrap ni masih kejung. warna putih nampak soft jer. Ni saya berkenan masa gathering babywearer Melaka & Negeri Sembilan. Masa gathering tu ada mama pakai ni, dalam hati cantik giler. Setahun lepas tu, ada mama jual, Mama....lupa lagi (lagi kena buka kamus) hi hi.
SEKIAN TERIMA KASIH.

Sunday, August 16, 2015

Penyusuan Susu Ibu - betapa berkuasanya ILMU PengetahUAN

Ni gambar saya dengan anak keempat. Dalam usia 39 tahun dah jadi pangkat makcik2 ni saya memang tidak boleh bersaing dengan ibu-ibu muda di luar sana. Hari ini, kalau ada ibu semuda 24 tahun begitu teruja memberikan susu ibu sepenuhnya dengan peralatan mengepam, saya tidak teruja pun. Saya sudah pun membiasakan dengan keadaan itu sampai saya pulak yang pelik bila tengok bayi lepas lahir minum susu tepung. ahak! Bila mendengar cerita ada ibu yang memang takde susu badan, walaupun dah cuba pelbagai cara saya dengar sahaja. Pastu ada pula yang memuji betapa bagusnya memberi susu badan untuk tempoh awal-awal ini. Perjalanan saya memberi susu badan sahaja kepada anak-anak saya bermula daripada anak sulung lagi dan itupun hanya mendengar dari nurse desa. Masa tu 2008 Kementerian Kesihatan tengah betul-betul menguatkuasakan polisi penyusuan susu ibu, jadi dilatihnya jururawat desa untuk memberi penerangan yang betul berkaitan susu ibu. Lepas dalam lebih kurang 30 hari sebab saya hendak menghadiri peperiksaan sebagai seorang penjawat awam saya pun pergilah kedai menjual barangan bayi JAPLO mencari pam, kebetulan salesgirl menunjukkan PAM MeDELA HARMONY dan dengan beberapa kali percubaan sahaja saya kagum dengan kebolehan saya mengeluarkan susu badan sampai 4oz hi hi..sejak tu saya tak berpaling terus menyelongkar internet dan berkenalan dengan forum SUSUIBU.COM. Daripada forum itulah saya belajar segalanya berkaitan penyusuan susu ibu. Dari forum ke gathering yang dianjurkan dengan menaiki kereta KElisa saya dan suami mengharungi perjalanan lebih 2jam untuk sampai ke KL atau BAngi semata-mata nak menyertai perjumpaan ibu-ibu menyusu ni. Pernah ke kelas bimbingan susu ibu masa mengandung anak kedua untuk memberi kesedaran kepada suami tentang penyusuan susu ibu sebab masa tu saya dapat panggilan mengerjakan haji tanpa suami. Beli buku-buku dan membaca artikel demi artikel dan hasilnya ialah SAYA menjadi mahir dengan mehnah dan tribulasi penyusuan susu ibu demi kegunaan diri saya dan Alhamdullilah sanak-saudara terdekat saya. Dan saya masih tidak faham ada ibu mengatakan buah dadanya tidak mengeluarkan susu untuk anaknya sendiri. Saya no komen tentang itu (Memanglah dari ....anak dara ke ...... ibu selepas bersalin ) tetiba...rasa nak melaser orang namun saya masih takut dan bimbang orang kecil hati kalau saya bercakap tentang penyusuan ibu ni secara direct. Bagilah susu badan sepenuhnya kepada bayi anda sehingga 6 bulan demi kesihatan dan kesejahteraan bayi anda.

Sunday, August 2, 2015

Cara Cikgu Suzana Simpan Susu Perah

How Mdm.Suzana store her expressed breastmilk.


Plastik bekas simpan susu ibu ini dah 4 tahun usianya, lebihan daripada yang dulu-dulu lom habis-habis.
 Saya perah, lepas tu tuang dalam plastik simpan dan selepas tu ikat dengan getah. Sebelum ni, sewaktu saya buat stok untuk anak perempuan saya, gigih saya kumpul dan seal dengan sealer elektrik, leper-leperkan masuk dalam peti sejuk beku. Bukan main banyak lagi, pastu apabila anak saya prefer direct dan kelam kabut saya pulang awal untuk menyusui, saya rasa mcm malas pulak nak kumpul banyak-banyak. Insyallah KAli ini tidak, sedap jer saya letak  susu dalam ruang tepi peti ais tu.
Ini pula hasil perahan saya ditempat kerja, dapat tiga plastik yang jumlahnya 9oz, saya bangga orang yang susu banyak sampai sekali perah jer dapat 12oz, wow....tetapi dalam kes saya tidak. Anak saya minum cukup. Untuk jam 6.30 - 3.30 petang saya membekalkan 12oz sahaja kepada baby saya.

Saya tahu ramai nak mengajar saya cara nak simpan susu perah. Well, sekiranya saya newcomer takpelah seronok and teruja nak baca dan cuba, tetapi dah sejak menjak dah jadi kebiasaan saya rasa bagaimana seseorang itu menyimpan susu sendiri biarlah mengikut cara dia sendiri. Sejak kelahiran anak sulung dah berbagai-bagai jenis plastik simpanan saya beli dan guna. Botol-botol susu jangan katalah teramatlah banyak terutamanya semasa saya menyimpan susu untuk anak kedua dulu. Dahulu saya suka membeli belah online. Pendek kata, obses habislah. Tetapi, apabila anak perempuan saya reject susu perah dan botol susu selepas 6 bulan saya pun dah "sayonarakan" peralatan bagai tu. 3 tahun saya say hi hi bye bye kepada EBM. Namun, saya bermula sekali lagi apabila melahirkan seorang lagi anak lelaki. BAby Amsyar mempunyai paten penyusuan yang lebih kurang sama dengan abang-abang dia, so saya bercadang untuk meneruskan pemberian susu perah sehingga bila-bila. (Memandangkan ini yang bongsu). Memberi susu ibu merupakan keutamaan kepada saya. Biarlah senior-senior kerja kerajaan nak kata apa. Kita harus memahami konteks pemberian cuti tiga bulan kepada pekerja wanita yang bersalin adalah untuk apa. Bukan ke selaras dengan polisi penyusuan ibu. Sekarang ni rata-rata kawan-kawan saya memerah susu di tempat kerja, dulu-dulu rajin juga saya melepak sambil memberi penerangan secara percuma kepada rakan-rakan yang mengandung tentang pemberian susu ibu ni. Sekarang sudah jadi trend, dan tidak janggal lagi. Thanks to Internet! Untuk kelahiran kali ini, saya hanya menggunakan apa yang ada...emm SEKIAN. TERIMA KASIH

Monday, July 20, 2015

Tepek Gambar Raya 2015


Ini raya yang ke 7 saya bersama-sama keluarga Arwah Hj. Dahlan. Moga ikatan berkekalan.


Dari kiri: Umi Raudhah, Abdullah Zuhdi, Iman, Ariff dan Yusof Qhaliff

Friday, July 10, 2015

Monday, July 6, 2015

Assalamualaikum , dunia.

19 Ramadhan 1436H - Usia anak saya yang keempat baru menjangkau 2 bulan. Ya Allah, sesungguhnya seorang putera yang lahir itu satu anugerah buat hamba-Mu yang kerdil ini. Kuatkanlah naluri keibuanku dan jadikan hari-hari yang ditempuhi dengan kebahagiaan dan kemakmuran. Lindungilah semua puteraku dan puteriku Ya Allah. Bukan sedikit usaha yang perlu kujerihkan untuk sepanjang kedewasaan. Akhiri umurku dengan Husnul Khatimah.

Tuesday, June 30, 2015

Selepas 55 bersalin.

Hari ini hari yang ke-55 hari saya bersalin. Saya bersuci pada hari yang ke-42 dan berpuasa dan bersolat seperti biasa sejak hari itu. Semalam cukup 12 hari saya berpuasa, tetapi setelah hari ke-13 tup-tup darah keluar dan saya berpegang kepada pelajaran agama masa sekolah dulu darah nifas paling lama ialah 60 hari. Selepas 60 hari nanti saya akan sambung puasa dan solat semula. Memang hebat cabaran berpuasa tahun ini. Sebagai penjawat awam melahirkan anak keempat dan mengambil cuti selama 90 hari bukanlah satu keputusan yang membahagiakan. Saya bekerja di sebuah institusi yang lebih ramai tenaga bekerja yang aktif dan terlalu fokus kepada kerja-kerja mereka sehingga selepas waktu bekerja pun masih berbincang pasal kerja, pasal klien sehinggakan jam 12 malam pun masih lagi bercerita tentang orang ini orang itu secara atas talian (whatssup). Saya yang cuti bersalin dan kategori masih belum sihat sepenuhnya untuk bekerja atau berfikir untuk bekerja jadi mengelabah.

Sekiranya diletakkan hidup saya seperti roda, kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah, saya rasa masa-masa sekarang saya sedang berada di bawah.
1. Selepas 55 hari bersalin pun, parut pembedahan belum pulih sepenuhnya. Kalau saya bercakap berkaitannya nanti adalah yang menyalahkan diri saya sendiri. Pucuk pangkalnya jangan bercerita sekira respon hanya akan menyakiti diri sendiri. Keadaan parut pembedahan yang belum sembuh selepas dua bulan ini mendatangkan sedikit kebimbangan dan keletihan kepada otak untuk memikirkannya.
2. Di bulan Ramadhan, amalan berpuasa amat mencabar fizikal saya. Di samping tabiat suka tidur siang dan kemalasan yang tak bertepi. Saya ini jenis suri rumah yang kena ditolong, berapa kali sahaja terlintas ingin mengambil pembantu rumah sepenuh masa, tetapi asyik memikirkan apa kata orang. Keadaan rumah yang tidak terurus dengan masa siang yang berpuasa amat mencabar betul minda saya. Rasa haus dan tekak kering sering terutamaya selepas menyusukan bayi hanya Allah sahaja yang mengetahui sehingga pernah sekali saya berdoa agar dibukakan jalan agar saya dapat berbuka, ternyata doa saya didengari pada hari ini apabila darah nifas keluar semula dan sekaligus membatalkan puasa saya.
3. Setiap tengahari saya pergi menemani ibu saya di kampung. Kakak yang tinggal di rumah itu kerja petang. Ibu saya tidak mahu makan, tidak bermaya untuk duduk, asyik mengadu sakit dan haus, selama 12 harilah dia tidak berpuasa, sesuatu perkembangan yang sangat memilukan bagi saya. isu solat juga nampaknya sudah saya redha, tetapi apabila mengenangkan tanggungjawab orang yang sihat untuk mengajak dia solat, mengurus wuduknya, semua itu memberi beban kepada pemikiran saya. Semasa menemaninya saya bawa sekali anak-anak kecil saya yang tidak tahu apa-apa, kadang-kadang ragam dan karenahnya di rumah atok menyesakkan dada dan hati saya. Layakkah seorang nenek yang sakit menghadap karenah cucu lagi. Ada sesuatu yang saya pendam dalam hati, tidak sudikah seorang adik-beradik dia melawat dia pada saat-saat begini?

RAMADHAN, 
HADIRMU DINANTI PERGIMU DITANGISI
PADA HARI-HARI YANG KUPERSIA-SIAKAN
AMPUNI AKU YA ALLAH

Thursday, June 25, 2015

Iman dan Masjid Selat Melaka, Melaka Bandaraya Bersejarah

Ini Iman anak saya sedang bersiaran langsung di tepi Laut Selat Melaka. Masjid yang kelihatan dalam gambar itu ialah Masjid  Selat Melaka, Melaka. Tadi saya google jap, rupa-rupanya di Kota Bharu  ada Masjid Pulau Melaka. Insyallah, kalau ada waktu kelapangan, bolehlah Iman bergambar kat Masjid yang kat Kelantan. (Itupun sudah 5thn saya tidak pergi ke Kelantan...jauh tu)
Iman ingat mama dia nak ambil gambar dia, dia terus jer angkat tangan buat peace. Sedar tidak sedar sudah nak masuk 5 tahun umur dia. Macam tidak percaya.
Saya belum masuk lagi masjid yang cantik lagi terapung atas Laut Selat Melaka ni, hi hi lagi teruk kot kalau yang duduk-duduk Melaka tetapi tak pernah ke sini. Insyallah...masjid ni pasti kukunjungi suatu hari nanti. Bila tengok masjid ni..tetiba mood Cinta Masjid cam dulu-dulu bertandang..zaman-zaman belajar tak habis -habis. Hiii ..
Ya Allah, Jadikanlah pemilik Blog ini dan keluarganya pencinta masjid dan ibadah-Mu yang tidak jemu-jemu mengImarahkan peranan dan fungsi binaannya. Amin.

SpyHRu Coffee - Review Produk

Ini kopi yang menjadi ""favorite" saya. Saya mula berkenalan dengan minuman ini lebih kurang 5 tahun lepas selepas menjadi ahli HR goatmilk oleh mak cik saya. Selepas itu saya setia dengan minuman ini. Nak tahu mengapa saya serasi dengan kopi ini?
1. Minuman ini ialah kopi untuk menyegarkan mata yang mengantuk.
2. Berupa pra campuran atau segera. Tinggal tambah air panas, kacau dan minum.
3. Rumusannya ialah susu kambing yang jarang-jarang digunakan dalam produk penghasilan kopi premix ini. Dahulu saya minum Nescafe 3 in 1, pastu pernah juga try RADIX yang diwara-warakan banyak khasiat dsbnya. Tetapi problem bila minum kopi 3 in 1 yang berasaskan susu biasa, perut saya akan berasid berasa pedih dan tetiba kesan Kafein yang terdapat dalam kopi tersebut menyebabkan saya gelisah dan menjadi luar kawalan. Saya pernah mengambil Nescafe 3 malam berturut-turut untuk tujuan dapat berjaga malam..dan hari keempat saya jadi cam orang yang halusinasi. Susu kambing ini seperti mengimbangi kesan-kesan sampingan tersebut.
4. Rasanya sedap dan baru saya perasan antara kandungan kopi ini ialah koko..maybe itu juga saya nampak juga serbuk kehijauan pekat yang saya percaya bahan itu ialahh Spirulina.

***Ibu saya sekarang berada dalam keadaan sakit yang berpanjangan. Harapannya ialah supaya cepat sembuh, tetapi Allah yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya perjalanan hidup ini sudah ditentukan oleh Qada'dan Qadar, dan saya sebagai anak kadang-kadang sangat pilu mengenangkan betapa tidak mampunya saya menjalankan kewajipan terbaik sebagai anak. Dengan anak-anak  saya sendiri yang masih kecil-kecil.

Tuesday, June 23, 2015

Lirik Lagu Ku TAk Pernah

Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah
Mengapa terjadi

Ku tak pernah terfikir ku kan memiliki cintamu
Tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku
Mengapa perasaan ini hadir

Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu
Ku tahu ku bukanlah yang terbaik tuk dirimu
Dan janganlah kau bersedih hanya kerna diriku
Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya

Mengapa terjadi

Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Ku tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah
Ku tak pernah terfikir ku kan memiliki cintamu
Ku tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku

Mengapa terjadi

Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu
Ku tahu ku bukanlah yang terbaik tuk dirimu
Dan janganlah kau bersedih hanya kerna diriku
Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya

Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Ku tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah

Mengapa terjadi.....

Monday, June 22, 2015

Happy 5th of Ramadhan-Baby Amsyar update


Pagi-pagi minum  susu ibu
Susu ibu banyak khasiat 
Apa Guna duit beribu
Kalau masih tak tinggal maksiat

Mari memerah susu ibu 
Susu ibu disimpan di dalam peti
Anak kecil perutnya sebu 
Dia  menangis tak mahu berhenti 

Bukan pam  Sebarang Pam
Moga-Moga banyak bekalnya
celik pejam Celik pejam
Anak tinggal ibu bekerjaya




Thursday, June 11, 2015

HP Pavilion Mini - Thursday Post

Hari ini saya nak bercerita sangat dengan bendalah ini. Dah lama saya HENDAK dengan cpu. Saya mencari CPU yang tak berat untuk digandingkan dengan monitor ACER yang sudah setahun saya beli. SAya mencari, menanya dan meninjau-ninjau mana-mana kedai computer kot-kot ada dan juga melayari intenet, youtube dan GOOGLE, sehinggalah saya akhirnya mengetahui bahawa syarikat empunya HP ini mempunyai ONLINE store ...Yeeeehaaa....


Ini pandangan sisi hadapan HEWLETT PACKARD ada dua port USB, Sebesar tapak tangan dan yang penting tak berat, cuma silapnya saya ialah membeli yang berkapasiti 2G sahaja yang saya faham (sebagai pengguna memanjng ni) agak kecil ruangan untuk storan terutamanya untuk download video atau yang sespesies dengannya. Terutama gambar-gambar yang banyak..as a amatur photographer sebenarnya saya memerlukan memory yang besar...memandangkan juga saya jenis yang asyik "menghilangkan" pen drive

Ini pula pandangan sisi belakang CPU ni ada dua lagi USB port, satu tu saya dah guna untuk port blutooth wireless keyboard dan rumah power utama dan port HDMI yang connect ke port VGA Monitor saya (saya terpaksa beli sebagai pelengkap) kalau tidak tak menyala la monitor saya tu.


Ni pulak, pandangan dari atas...Leper dan sedap mata memandang..orang perempuan terutamanya emak-emak kaki gajet suka kot hi hi hi

 

Ni wireless keyboard, saya malas nak pergi survey keyboard kat kedai, saya beli sekali dalam HP Online Store

Ni dia specification berkenaan benda.....MAHAL kan untuk sebuah CPU yang berkuasa sederhana, saya berhasrat untuk upgrade tapi setakat ini memadailah..lom pulang modal pun.
Apa pun I LIKE

  ItemUnit PriceQtyExt. Price
1HP Pavilion Mini Desktop - 300-013d (ENERGY STAR)
[ K5N24AA ]
1-year limited parts, labour and on-site service, toll-free technical phone support for the first 30 days
HP Pavilion Mini Desktop - 300-013d (ENERGY STAR) with Windows 8.1 with Bing 64; Intel Core™ i3-4025U with Intel HD Graphics 4400 (1.9 GHz, 3 MB cache, 2 cores); 2 GB 1600 MHz DDR3L (1 x 2 GB); 500 GB 7200 rpm SATA
RM 1,499.001RM 1,499.00
 
2HP Wireless K5510 Keyboard
[ H4J89AA ]
1 Year Limited Warranty (Return to HP/Dealer - Standard Bench Repair & Phone-in Assistance)
HP Wireless K5510 Keyboard
RM 159.001RM 159.00

Saturday, May 9, 2015

Memperkenalkan...drum..My New Hero

Ini anak lelaki saya yang ketiga, anak keempat daripada empat adik-beradik. Kiranya yang bongsulah ni....Hari ini hari yang ke lima...Lima hari pembedahan bukannya hari ke ke 50 ye...BAdan ibunya hanyalah Tuhan sahaja yang mengetahui....SAya berpantang di rumah sendiri dengan suami dan anak-anak. tetapi keadaan saya yang baru melahirkan sudah diketahui umumlah. Cuma diri sendiri sahaja yang merasai berpantang sendiri ini. Yalah cubalah anda membayangkan....you carried about 9 month baby in your uterus and then got csection...and once second you hope that you'll cured naturally. I'm not strong women...but, i'm happy now. Saya bersyukur atas kelahiran anak lelaki ini...semoga anak-anakku menjadi doa anak yang Soleh.

Sunday, April 26, 2015

39 Weeks Pregnancy yang sedih

Salam untuk semua. Setelah sekian lama saya memendam perasaan di blog dek kerana kebanyakan perasaan terpendam terus dipendam.
Cerita ini berlaku sewaktu kandungan saya yang ke 4 ini 36 minggu nak masuk ke 37 minggu. Seperti biasa apabila kandungan mencecah 9 bulan saya akan membuat booking hospital untuk buka fail HPSF Muar ni. Seperti rutin biasa sahaja saya pergi membuat check up. Tetapi apa yang mengejutkan saya ialah rupa-rupanya kandungan saya songsang!! kedudukan anak dalam keadaan melintang. Kepala budak tidak pada sepatutnya kandungan 36 yang normal. Doktor menyuruh saya duduk di hospital untuk ditahan dan dibuat sesuatu tentang kandugan tersebut. Tetapi saya enggan kerana saya memberi kepercayaan kepada badan saya bahwa mengandung ni sesuatu yang alami dan keadaan ini akan berubah sendiri mengikut masa. Selepas dua minggu ini, saya tidak melakukan apa-apa medical check up sehinggalah petang tadi saya ke klinik swasta melakukan scan untuk melihat sama ada anak saya masih melintang atau tidak, dan keputusannya masih begitu. Sekarang kandungan saya mencecah 39 minggu......apalah nasib saya dan anak saya hanya masa sahaja yang dapat menentukan. SAya hanya ada ALLAH memandangkan saya tidak kenal sesiapa doktor yang akan mendengar keluhan hati saya. Saya tidak tahu apa yang patut saya lakukan sedangkan  jiwa dan raga saya berada dalam keadaaan yang sangat negatif. Saya juga tidak tahu dapat atau tidak menangani stress di tempat kerja.

Sunday, March 29, 2015

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...