Sunday, December 30, 2012

Me and my Dear Daughter ...Yang Cengeng

 
 

Nama my DD ni Umi Raudhah. Kulit sawo matang. Today genap umurnya sembilan bulan. This was a picture yang paling precious di atas Tanah Tinggi Cameron berdekaran dengan Ladang Teh. Setiap kali balik dari kerja dan berada di rumah kemudian mengasuh Ummi Raudhah pasti rimas dan lemas sebab my DD cengeng orangnya..asyik minta dukung, kalau kena marah ngan ayahnya dia akan menyorokkan kepala ke dada mama dia cam kurakura.
Allah sahaja yang mengetahui betapa seronok dan sayang seorang ibu kepada anak perempuannya walaupun anaknya itu cengeng orangnya. Masa Ummi Raudhah banyak dengan pengasuh mungkin itu antara faktor dia menjadi secengeng itew. waduh!!
My Dear Sons

Tuesday, December 25, 2012

Special Needs Toddler Baby Wearing

Aduss...terpaksa mengakui Iman is Special Needs children kerana fizikal dia tak sama ngan rakan sebaya dia. Hanya berat 8kg dengan ketinggian sama dengan budak normal umur setahun jer..sedangkan umurnya 2 tahun setengah. Masih kesal kerana ada seorang mak cik mengatakan dia terencat kerana saya tinggalkan dia pergi Haji sedangkan he fully breastmilk during Haji dan dia sudahpun disahkan down syndrome with thyroidism sejak lahir. Tulah...lain kali tanya saya atau search sahaja di google. 

Monday, December 3, 2012

Baby Wearing Lagi

Fokus jer kepada bendalah yang saya pakai untuk mengendong anak dara saya tu...masa Hari Malaysia 16 September

Cerpen Kisah "Umi" Raudhah

Saat diri diasak rasa gelisah bila terkenang amal dan pekerjaan yang tidak seberapa...tah berapa kali hantu syaitan itu dipersalahkan. Mengucapkanlah dan beristigfarlah..mogamoga amalan masa yang ada ini jadi benteng pertahanan hari tua kemudian.
Saya berkahwin pada umur 30 tahun dan saya akui sepanjang tempoh saya tidak berkahwin itu terlalu banyak godaan dan tekanan saya alami. Saya tidak menolak cinta bahkan cinta itu selalu datang dan pergi. Dalam kekalutan itu saya tidak mengambil berat sangat pun apatah lagi tempoh 20an saya hanya habiskan untuk mencari sesuatu selain perkahwinan....saya pernah ditanya apa permintaan saya kepada seorang Hajah yang hendak mengerjakan Umrah tah kali keberapa dan saya tidak meletakkan permintaan perkahwinan pada saat itu kerana saya hendak pergi haji dengan emak dan bapak. Bahkan perkahwinan itu datang jua bersama kerjaya tetap dan kemahiran membawa kereta. Kemudian saya diberi santapan mata orangorang tersayang saya mencari cinta dan perkahwinan saya tersentap sebenarnya. Berkenan ke orangorang yang selama ini menjaga dan mengenalimu...sedangkan mereka inilah yang menjadi mata dan telinga kepada arus kehidupan di luar sana. Memang saya akui perasaan dan nafsu adalah perasaan terindah tetapi dalam tempoh pencarian itu...adakala kita salah.  Suatu masa dulu saya pernah mengubati diri saya sendiri apabila jatuh hati pada insaninsan yang bernama lelaki. Tetapi cinta tetap cinta...indah tetapi sakit. Sebelum menerima akad...Aku terima nikahnya...tanyatanya lah orang disekeliling adakah mereka berkenan...kalau tidak berkenan, dengarlah dulu alasanalasan...atau sekurangkurang dengar kata hati...padankah dia. At least guna pakai penanda aras orang tua yangg mungkin kerepot tu. Ironinya orang yang tidak pernah susah memilih calon suami yang susah...hu hu. Getusan hati ini mungkin salah..tetapi getusan hati inilah yang menerawang dan bergelandang di fikiran kami kami dan kami..plural not singular ones

Friday, November 9, 2012

Special Needs Toddler.


Lewat senja tadi, sahaja aku merambu ramba di pasar lambak pekan Serom 3. Tersentak aku kerana mendapati beberapa anak-anak istimewa seumpama Iman. Adakah baharu sekarang fenomena ini berlaku atau sejak dahulu lagi memang anak-anak istimewa ini wujud dalam kalangan masyarakat kita. Kalau dulu kalau kaki pengkor..kita paggil dia pengkor, kalau terencat, dipanggil dia anu yang terencat akalnya, kalau sumbing bibirnya dipanggil anu tu yang bibirnya sumbing, kalau hodoh dipanggil kenan... Aku yang memanggil Iman Baby Down Syndrome tetapi ada di luar sana yang menggelarnya "haruman syurga". Jika syurga itu milikmu, bawalah daku bersamamu.

Tujuh bulan kemudian.......

 Tarikh 30 Mac 2012....kira-kira jam 5.00 petang...Enam jam selepas melahirkan..Gemuk22. Umi berkulit merah jambu cun..tangisannya cun
Gambar kabur ini ialah gambar semasa Hari Raya Haji Kedua menggunakan polaroid. Anak 3..Umi berkulit sawo matang...tangisannya...memeningkan kepala

Monday, October 22, 2012

Wish..wish..This is my library

Wish..wish..orang yang menjaga library sekolah saya tidak merungut pasal pelajar yang tak pulangkan buku-buku di rak dengan betul..wish-wish yang tiling library tak retak dan berlaku rekahan dalaman sampai anak murid dengar cam hantu sedang bercakaran....wish-wish...orang sekeliling tak mengata kita tak buat kerja...wish-wish... library di atas ialah library aku waaa...........aaa...

Sunday, September 16, 2012

Babywearing Mama


Saya dan Azizah Amin from BW Malaysia. Senyuman natural dari seorang tetamu yang pergi ke rumah tuan rumah yang tidak dikenali. 
Terima Kasih Roshilla Hashim sebab ambik gambar ini. Just nice jer gendong ni

gendong in the making..model Ummi Yang Kuat menangis

Step yang terakhir, buat simpulan pada gendong tersebut...Eh, tak cover depan pulak. Lupa

Bukti yang Shah Radze ajar saya..saya kekok dan ketuk.
Mentor tunjuk cara dulu..guna model anak saya Iman 2 tahun 

Thursday, September 13, 2012

GPM baru???!!

Memperkenalkan GPM baru SMK Convent Muar...semalam termasuk bilik kaunseling jumpa ngan kakak ngan adik kaunselor, dia kata GPM? Saya jawab Guru Perpustakaan dan Media. Jujur.. saya tahu buat kerja cuma tak buat...saya tahu saya perlu bercakap tetapi saya bersikap berdiam diri..Kalau Cik Tay (GPM Pt. Bunga) dah 17 tahun aku? cih!! dua tahun tolak campur..nangessss!

Saturday, August 25, 2012

Gambar Family

Credit to Milin Kassim at Littlestori.com

Thursday, August 2, 2012

SUGUL

Jangan salahkan keadaan jika tidak dapat menikmati keindahan Ramadhan..harus diganti dengan ribuan keampunan kepda manusia dan Tuhan. Ya Allah ..lapangkan fikiranku yang berserabut dengan ketenangan. Moga menjadi insan pilihan di malam LailatulQadar.

Thursday, July 12, 2012

Mengatasi Perasaan Riya'

Aduh, sudah berapa tahun ni saya sudah asyik dengan dunia. Anak-anak, rumah harta benda, hobi baru sampai saya terlupa untuk merendah diri kepada Allah. Pegangan Hidup Mukmin karya Hamka yang pernah kubaca dan pernah sebati dalam hidup saya semakin lama semakin saya lupakan. Hanya dengan satu statement.."Kekuatan saya adalah pada Iman, Insyallah Iman saya kuat"..Bukankah itu riya' namanya memperkata sesuatu yang dimiliki.  Malah saya tidak sepatutnya ada sekelumit rasa bangga kerana sembahyang 5 waktu. Bila kita meluahkan rasa bersyukur kerna dianugerah kekuatan untuk melaksanakan Ibadat adalah satu kesalahan kepada saya kerana saya orang yang mengetahui bahawa hati ini haruslah suci dari perasaan apa-apa. Malah ada rasa tidak suka melihat orang bercakap besar pun tak boleh. Runduk dan zahid dari apa-apa perasaan yang boleh merosakkan hati. Hari ini sebagai manusia saya benar-benar lemah dan mohon kekuatan dari-Nya. Rakan-rakan sekapal dah jadi ulama (Ustaz Zaharuddin A.rahman) pun saya masih tak sedar. Sekali berbai'ah selagi itulah hati-hati ini telah berjanji mendokong syariat-Mu.

Tuesday, July 3, 2012

Express BreastMilk ---

Pada hari ini saya tidak berapa bangga mengupload kan EBM ini kerana Ummi Raudhah masih keliru puting. Atau sebenarnya dia pasti yang direct feeding ialah the best choice. Bulan depan kalau tak digunakan going expire. Someone please take this!!!

Babywearing bersama anak daraku.

 Ummi Raudah berumur 45 hari ketika ini. Gendong Mei Tai. Gendong Authentic..Beautifully Amber
 Gambar Ummi Raudah pada 17 Jun 2bulan setengah. Gendong baru SSC pakai buckle bagai, mula-mula dapat macam tak berapa seronok tetapi lama-lama ..malas nak fikir dah..suka aje. Blue Nila strong colour make me happy..exactly colour for me.
My first MummyHugs Pouch...waris dari abang kepada adik My best friend ever from modest person to luxury one. The luxury one...none

Sunday, July 1, 2012

KuBersyukur..

Tanggal 26 Jun 2012 ialah hari jadiku.. saya selalu merasakan sejak berumahtangga ni diriku sudah tiada masa untuk diri sendiri but..suprisingly that day....suami dan anak2 telah membelikan saya
1. Kasut sukan jenama Admiral siap ngan stokin
2. Seluar tracksuit khas untuk diriku...
Tanggal 27 Jun 2012 ialah Hari Sukan Sekolah-------Saya bertugas menjadi pegawai sukan sekolahdan berpakaian seperti mana yang Maktab Perguruan suggestkan, saya berlari dalam pasukan saya dalam 50mx8org..dan mendapat naib johan. Kadang2 kita jer yang terlebih emosi, padahal keluarga kita sebenarnya memahami.
Motif : Janganlah membebel banyak2 pasal itu dan ini. Actually orang tu tak kasi pinjam telinga dia punn!!

Friday, June 15, 2012

Kembali Bekerja..Mood baru habis cuti bersalin

Minggu...,minggu yang penuh dengan adegan2 seperti kepenatan, ngantuk yang amat sangat, pening bagai nak pitam, hampir pitam, kaki sakit dan gatal2 garu sedap, mata bagai ada tanda2 nak rabun, pening kepala eh..dah tulis....Bagi seorang ibu yang eksklusif breastfeeding dan pencinta natural parenting vs pekerja yang dedikasi..hari ini aku ketuk kepala aku dan macam nak hantuk2 kepala kat dinding sebab tak ambil cuti bersalin 3 bulan. Saya kembali bertugas berbekal Iman kepada Allah s.w.t dan hanya Allah sahaja tempat saya mengadu. Tiba2 rasa macam kawan2 telah dirampas ...di mana keseronokan bekerjanya? Sebetulnya saya sudah hilang rasa bahagia sejak ditukar ke sesi pagi...........jujur. Kiasnya saya dulu rajin ke sekolah  sebab ada secret admire saya rasa bahagia...kebahagiaan ini harus disuburkan kembali tetiba je teringat wajah anak2 murid yang polos dan naif itew..kalian lah yang akan mengembalikan kebahagian ku sebagai penjawat awam nih

Thursday, June 7, 2012

Babywearing MoOd -- BES Mei Tai

 Lokasi Kedai Hospital Muar -- Di kaunter cashier
Amoi  : Wah, senang aaar pakai ini. Tapi bahu ada sikit sakit tak?
Ummi RAudhah : Tak juga, pakai ini tak sakit..sedap2 jer
Amoi : Ya..awak pakai pun nampak cam selesa, berapa ini? RM 30 ke..(Amoi ni dah berusia sikit....RM30 tu dia fikir mahal dah tu...maklumlah tak pernah survey beli)
Ummi Raudhah : Tak..ini mahal.
Amoi : Berapa?
Ummi Raudhah : Ratus2
Amoi : Ratus2  berapa?..mana bikin..Oooo. patut la ratus2..you pakai pun nampak selesa..cantik..berapa? ulang 2XX mana beli..
Ummi Raudhah : RM200 (kalau aku cakap ...lebihannya..cam tak sedap hati pulak..) Ini tempah la...
Amoi :  bukan beli aaa? melihat ku dengan excited (sambil buat muka ramah-tamah) mana bikin?
Ummi Raudhah :  Suruh orang jahit ..ada orang jahit
Amoi : Ya kaa..
Ummi Raudhah : Berlalu selepas memulang harga susu kultur 4=RM6 dan mengambil satu sahaja susu kultur  dan membayar.
Cerita ini tiada motif atau moral : JAngan tanya kenapa ada kaki pancing sanggup beli pancing sampai beratus222 siap ngan aksesori bagai...begitu juga kenapa kaki ping pong sanggup beli bat mahal2 siap ngan cecair pencuci sekali..cam abang aku yg kaki ping pong, sampai lenguh tangan pun sanggup meredah hujan gi main ping pong...hu hu hu..


 Sleeping hood tak tahu kat mana?
Kopi ais ................waaa aaaaaaaah!!!! PAKEJ!!

Saturday, June 2, 2012

New CoFFee MaKer --Gila Kopi

 Inilah rupa mesin pembuat kopiku. Sebuah mesin pembuat kopi memang menjadi wishlistku..asal apa2 je, mungkin saya sudah menjadi shoppingholic oohhhh..tidak!!! Saya tidak boleh pegang duit cash..asal ada cash pasti saya akan terbeli belah ...without "budjeting".......Saya nak pergi tempah baju di Bukit Gambir di Kedai Zawiyah, selepas parking kereta  seterusnya kami pun jalan2 menuju  ke Restoren Marry Brown untuk nggaapp..makan. Di pertengahan jalan sambil "browse" kedai2 kat situ saya singgah ke sebuah kedai elektronik, without survey ke apa ke..terus sahaja saya nak beli coffee maker ini. Harganya RM130  (harga pasaran rupa-rupanya lebih murah..informasi ini setelah saya survey kat internet selepas balik dari Bukit Gambir tu)...Jenama Philips Jenama UK tetapi made in China  (klise kan?)
 Ini rupa bentuk dalaman mesin ni. Agak2 600ml air putih leh masuk..sebaik2nya air bertapislah atau beli sahaja air bertapis yang jual kat kedai tu demi menjaga kualiti rasa dan aroma kopinya nanti. Sebaik sahaja air dimasukkan bahagian bawahnya akan meruap dan naik ke atas dan keluar melalui saluran ni kebahagian serbuk kopi.

 Gambar mesin kopi tanpa part paling penting iaitu penuras serbuk kopi..ini saya dah "disassamble" jap untuk buat *demo* nih
 Tu dia part yang sudah di "assemble" balik..nampak tak benda penuras hitam kat dalam tu..kita kena letak serbuk kopi dalam about 2 scop untuk kopi yang "keras" rasa dan beraroma harum...it takes 3 minutes to finish the process
 Jenama kopi Muar, Kopi 434  dan serbuk kopi Cawan Mas...Actually Jenama CAwan Mas lebih sedap kot..tapi rasa "ngeseng" kopi 434 menjadikan rasa ini dingati hampir kebanyakan orang Muar...tak caya? tanyalah orang Muar yang dok KL nuuuu...
 Gambar exclusive Coffee Maker Jenama Philips dari rumah saya. NAmpak tak wap2 panas yang naik disekeliling pitcher kaca nu...maybe betullah saya perlukan air mineral atau air bertapis instead air paip yang berklorin kerana ia menganggu rasa dan aromanya..
Ini ialah cawan kopi saya yang keempat..campur ngan susu pekat manis dan susu full cream yang kat kotak tu. Actually saya biasa pakai mug...but for today's post..saya nak try pakai cawan jer lah.  Oh ye..anda jangan harap kopi Muar ni akan mencerah dan mencergaskan mata anda untuk menemani anda buat kerja di malam hari..kerana saya sudah 4 cawan but still ngantuk gak...may be  tidor jer la..nanti2 la saya tanda kertas pelajar paper setengah tahun tu...

Monday, May 28, 2012

Coffee Maker--

Terkesima jap....

Friday, May 18, 2012

Hadiah Hari Guru - Two cups of coffee please.

Tahun ni saya menyambut Hari Guru bersendirian. Tiada rakan sekerja dan tiada anak murid. Sebabnya saya masih cuti bersalin..ironi..saya baru tersedar dari dihipnosis penangan sakit bersalin yang amat itew. Kini dikit-dikit saya pulih malah dikit-dikit jua semangat bekerjaya semakin membara. Hari itu 16 Mei 2012 saya mengajak anak-anak saya dan ditemani anak buah ke AEON Melaka (lebih kurang 40 minit kalau naik kelisa tapi maybe takes about 30 minutes kalau naik  Toyota Corolla Altis hi hi... untuk semata-mata pergi ke Coffee Bean untuk menghirup kopi dan makan cake bluberry..dan selepas sejam meronda tanpa motif di dalam AeOn tu saya pekena kopi lagi ngan donut di J.Co.

 Kek Krim aiskerim (RM9.90)
 Black Coffee for Today's Special (RM7.50)
 Coffee Latte dan Hot Chocalette with donuts (RM21.00)
Ariff dan 6 biji donut ...sambil memandang ibunya yang dalam kesunyian (di dalam kerjaya) (RM0.00)

Wednesday, May 9, 2012

West, D. Making More Milk

Saya beli buku ini, sementalah mencuba kedai online Lunatots.com. Harganya RM72 + Penghantaran RM10. Saya suka sebab Kedai ini pakai Skynet. Despatch tu pakai motor jer hantar barang. Takdelah cam poslaju ngan naik van  besar bagai..kalau saya takde kat umah kecoh suruh posmen hantarkan..jiran sebelah nak tolong amik, tak kasi ceh!! apa da saya melalut.
Selepas bersalin saya kembali berminat untuk kepada penyusuan anak. Saya dah berhenti berforum di Susuibu.com, apatah lagi pergi Support Gathering Mother (SGM) saya hanya membaca blog2 kawan2 yang sama-sama dulu anak satu, tapi sekarang dua..tiga he he.Yang tak bertambah pun ada. Diaorang ni ramai dah jadi Peer kaunselor, Pembimbing gitu..saya juga suatu ketika dahulu pernah berhasrat nak ke arah itu..tapi lama-kelamaan saya jadi tak berminat sebab secara praktikalnya tak ada kawan, lagipun keadaan saya yang beranak dua dengan seorang tu SD lagi, berhenti menyusui sebab mengandung bagai...pastu anak2 kurus tak nak makan asyik hisap botol susu Dutch Lady (lagi sekali saya melalut). Kalau kat sekolah pun saya nak ajak kawan2 saya menyusui anak exclusive 6 bulan pun susah apatalah lagi yang jenis APC punya member. Haa..sekali lagi saya menyimpan minat dan azam tu seorang2.
Buku ni takdelah best sangat bagi pengguna cam saya...Maksud saya cuma seronok membaca dan selak2 gitu. Buku ini penting sebagai rujukan segera kepada sebarang pertanyaan yang bermain di minda saya. Asal ada sesuatu yang saya nak tahu saya bacalah mana2 chapter...buku ni bukan jenis baca dari kulit ke kulit.  Buku ini adalah sumber utama atau primer bagi sumber2 yang terdahulu saya dapat dari Susuibu.com, Pn. Kamariah, Pn. Rita dan SGM itu sendiri. Dan itulah yang lebih baik...maksud saya mendapat maklumat dari ahli laktasi sendiri dari kita explore first by book. Buku ini sedang melengkapi pengetahuan dan kebijaksanaan saya mengenai susu ibu sendiri. Berpengetahuan itu bukannya makna bagus...contoh, jiran belakang rumah saya tu berjaya menyusui anak sendiri sampai 3 thn..rumah dia takde susu tepung apatah lagi botol susu, sudah tak pakai pampers dah lama dah..takde pun berpengetahuan banyak macm saya.Yang penting ialah do it. (kalau asyik nak mengandung jer..mana sempat nak menyusui anak sampai 2 thn he he  maksud saya dalam konteks diri sayalah).
Jenis macam saya ni pula tak mengharap expect macam mana org lain expect..contoh, ahli laktasi kata it's ok menyusu masa mengandung..vs cakap org tua-tua takut anak tak cukup zat, saya menyusu anak masa mengandung then dapat anak SD pulak. Lain org lain -lain. Tetapi setiap ibu mampu menyusu anak selepas bersalin..yang mandai-mandai kasi susu tepung tu..tah apa-apa tah. Tapi bab menyusu masa mengandung selalu menjadikan saya rendah diri sikit bila bab-bab cakap menyusu bila mengandung ni. hu hu.
Kesimpulannya, saya bangga dapat memiliki buku ini lagak macam orang nak periksa IBCLC padahal buat baca sendiri jer ahaks..Berbaloi!!


Tuesday, May 8, 2012

Entry Hari Rabu

I love breastfeeding-------Gadjet
I love babywearing--------Handmade
I love cloth diapering------ a lot
I love cloth pad ---------- my best friend
I love member who love what I love...wink* wink*

Tak pandai menjual tapi pandai menghabis...

Friday, May 4, 2012

Review Blog : http://thebatesmotel3.blogspot.com/


Saya suka blog omputih ni..Blog ini ditulis khusus untuk anak perempuan penulisnya yang down syndrome dengan gambar2 yang cute dan ceria. Dan semalam baru saya tahu yang gambar2 tu diedit dengan photoshop..(mcm sekarang juga saya nak cari dan belajar photoshop) bahkan  blog ini mengumpulkan blog-blog khusus berkaitan anak-anak down syndrome. Kat sini macam tak banyak..antara yang selalu saya singgah ialah blog ini dan ini.  Saya suka kerana saya selalu merasakan anak down syndrome ni comel even in foto. Soon...dengan cepat Insyallah akan terbit gambar-gambar Iman (anak saya) yang comel dalam satu sesi fotografi tetapi sampai sekarang tak muncul-muncul lagi.

Wednesday, May 2, 2012

PenYusuaN Susu Ibu : Ilmu dan Praktik

Macam nak buat tajuk rencana. Sekadar perkongsian perasaan dan pendapat. Secara ilmunya menyusukan anak adalah alami iaitu natural. Jadi...dengan sedikit gesaan dan kebolehan menyampaikan mesej dengan betul semua ibu mampu untuk menyusukan anak sebaik sahaja dilahirkan. Ntah apa-apa tah dakwaan segelintir atau sebahagian masyarakat yang memberitahu anak mereka yang baby perlu ambil "sesuatu" sebagai tambahan atau sampingan selain susu ibu selama tempoh anak mereka dalam pantang. Jenis macam saya ni tak pandai nak jelaskan lebih2 lagi kepada mereka yang dijaga sepenuhnya dengan ibu masing-masing semasa dalam pantang tu. Sebab saya rasa kecik jer diri saya berbanding dengan ibu-ibu tersebut selain kata..memandai jer nak bagitahu  macam lah pandai noo....Pengalaman saya ni yang dah berjaya menyusukan dua baby dengan susu ibu sahaja  selama tempoh berpantang dengan cabaran anak kuning, demam chikunga dan periksa PTk ni pun..masih lagi disuruh bagi minum air masak untuk baby anak ke-tiga ni oleh mak saya. (Agaknya amalan-amalan dulu  kot dan semasa saya baby pun mak pernah bagi minum air masak)....Saya beri tugas ini kepada jururawat dan orang lainlah untuk mengubah stigma ini. Cuma ngan anak-anak murid dan anak buah saya sahaja saya berani bercakap berdegar2..tu  pun kat kelas kena tapis2 sikit cakap. Apa-apapun alasan kita patut bagi anak susu ibu sahaja sepanjang cuti bersalin ini lebih-lebih lagilah yang bercuti 3 bulan nuu..

Gambar diambil semasa saya mengandung 8 bulan dan Iman dikejutkan dari tidur kerana nak berarak keliling taman kerana Maulidurasul. Sungguhpun Iman Down Syndrome tetapi dia juga disusui dengan hanya susu ibu selama berpantang dan berterusan eksklusif sampai 5 bulan termasuk minum susu perahan selama 30 hari kerana saya pergi Haji.

P/s untuk perhatian saya bercuti bersalin hanya 60 hari atas sebab2 yang saya sendiri tak boleh explain kenapa? Saya hanya kata saya nak bercuti 60 hari sahaja.

Wordless Wednesday



Saturday, April 28, 2012

TRoPiKaVcO : ReVieW

Saya tidak bakal mendapat hadiah ...tetapi saya terpanggil untuk membuat review setelah 3 hari menggunakan dua produk ini. Dalam entry sebelum ini saya menyatakan bahawa saya peminat kelapa dara kerana keajaibannya dalam melembapkan kulit baby saya yang kering, melebatkan rambut anak2 lelaki saya yang jarang dan nipis dan sekaligus membersihkan kulit kepala. Kali ini setelah saya mencuba sabun Tropika ini saya dapati tidak banyak buih (yang membuktikan tiada bahan kimia seperti Sodium Laureth Sulphate digunakan). Ianya benar-benar organik sama seperti sabun bayi HPA. Fungsinya sebagai pembersih badan benar mengujakan kerana badan bayi Ummi bukan sahaja bersih malah berbau wangi Lavendar. Wangian bunga Lavender bukan sahaja wangi malah memberi ketenangan. Sebelum ini hampir semua produk pewangi saya guna Lavender seperti pencuci lantai, pewangi kereta, pewangi rumah malah saya mempunyai gubahan bunga lavender tiruan sebagai hiasan di rumah. Minyak bayi saya guna untuk rambut dan kulit sebagai minyak sapuan dan urutan. Lupakan sebentar minyak bayi atau losyen2 bayi kalian yang biasa kerana  terbukti minyak ini bukan sahaja organik, tiada bahan kimia dan lebih penting memenuhi kriteria sapuan khusus untuk bayi saya. Kepala anak saya bersih, harap2 boleh lebat dan saya langsung tidak ragu-ragu semasa mengurut bayi saya dengan minyak ini. Ruam-ruam atau akne baby  kurang semenjak saya pakai. Urutan menjadi satu keseronokan (sebab tak risau bahan kimia ada ke takde)..yang paling best seharian baby Ummi berbau wangi, lembut dan menenangkan as Lavender ialah aromaterapi yang menghilangkan stress. Yang best   ialah Minyak Kelapa Dara Plus wangian Lavender (memenuhi kehendak dan minat saya selama ini)ditambah pula warna purple muda..Anak buah saya yang datang ke rumah pun mengatakan "WANGInya Ummi"... Wahhh!!!  Lalu hati saya terdetik takde botol besar ke Tauke oii!!
Harga yang Mahal? Why Not..Yang penting ialah kepuasan sebagai wanita, ibu dan pengguna.

Thursday, April 26, 2012

Saya Menang!!! peraduan : cadangan nama bayi sop


Sejak dari pagi sampai malam saya nak buat entry ni...tapi blogger ni buat spoilt sejak saya bersetuju untuk bertukar setting nih..
Pasni saya bersemangat nak masuk peraduanlah...pernahkah saya bagitau yang saya pernah menang tempat ke dua peraduan mencipta slogan sempena Pameran 11 September anjuran Perpustakaan Negara Malaysia dan Kedutaan Amerika Syarikat kira-kira 11 tahun lepas.
Semasa saya memilih nama bayi Sop..saya menggunakan sedikit pengetahuan psikologi dengan meletakkan diri saya di fikiran org...(saya pernah berjaya menjumpai ibu saya yang hilang sesat di khemah di Mina dengan pengetahuan ini) Saya perasaan SOP ni suka A dan W, so saya cubalah cari.. carilah...nama2 yang ada aksara tersebut. Maksudnya pula kena pula dengan SOP ni yang lembut hhii .. Pastu bila anak saya lahir saya berkenan pulak "dalam hati kata taruk nama ni kat nama anak akulah"...tapi saya dah buat keputusan nak namakan anak saya dengan RAUDHAH sebab Raudhah menggamit kenangan saya di Madinah Nampak ketentuan itu sudah dicatat bahawa nama itu milik anak kecil itu.

La..la...la..(ikut rentak lagu lagu Aku maafkan dirimu oleh jamal Abdillah feat Malique)

Wednesday, April 25, 2012

KeLaPa DaRa Fan!

Sudah 28 hari saya bersalin...rasa2 sendiri badan dah sihat. Boleh basuh lantai dan cuci baju satu mesin nampaknya. Tapi masih ingat2 pesanan orang lama dan nasihat oorang..jangan renyah sangat. Saya berpantang sendirian..jadi sendiri jaga badanlah! Eh..apa yang saya melalut nih. Oh ye..saya ni peminat produk kelapa dara, bukan peminat yang obses gitu..cuma saya sangat percaya dan yakin dengan minyak kelapa dara itu sendiri, saya boleh katakan bahawa minyak kelapa dara itu "ajaib". Betapa ajaibnya kerana dia boleh menghilangkan kerak dan kotoran kepala baby saya Iman dan melembutkan semula kulitnya yang kekeringan sejak dia dilahirkan. Bermula dengan minyak kelapa dara orang Perak buat untuk rambut yang saya peroleh dari seorang kawan, saya begitu teruja dengan produk ini. Bila botol itu habis...saya bagai tidak percaya bahawa produk yang sama ada dijual di farmasi di tempat saya. Dan bila botol ini juga habis...saya sangka stoknya sentiasa ada di farmasi itu..tetapi tidak. Dan saya terus buntu untuk mendapatkannya...habis satu bandar Muar dan Ledang saya jelajah..mana2 yang sempat jer la, bertanya dan menyiasat dimana ada jual...sehingga sautu ketika saya menelefon sampai ke taukenya di Perak nun kot2 dia boleh hantar personal ke rumah saya. Di kedai A&H di Tanjung Agas jer yang ada jual produk org perak ni dengan harga yang munasabah RM20. Selain itu nampaknya semua harga yang tidak munasabah seolah2 kita membayar jenama itu bukannya produk (ni adalah kata-kata pengguna yang jujur tanpa meletakkan diri di tempat peniaga he he....). Hari ni saya paksa anak buah saya pergi ke Bukit Gambir setelah mengetahui ada sebuah kedai di situ yang menjual produk kelapa dara. Saya terpengaruh dengan iklannya yang setiap bulan saya tatap di Majalah Pa & Ma. Selama 3 tahun ini saya ialah pembaca tegar iklan-iklan majalah tersebut. Harga nya sangat tidak munasabah bagi minyak kelapa dara yang segitu RM20. (Memang saya bayar untuk jenama itu hi hi bukannya minyaknya). Tetapi untuk sabunnya RM13...saya rasa berbaloi untuk produk tanpa kimia kerana saya pernah pakai sabun baby tanpa kimia keluaran HPA RM6 yang sangat sesuai untuk kulit Iman. Maybe  minyak tropika ini habis (rasa2 2 minggu je nih!!). Saya sangat sukakan bau sabun kelapa dara lavender dan saya bagi *****5/5 bintang.

Monday, April 16, 2012

Medela Swing Breastpump

Ya Ampun...saya hampir terlupa yang saya sebenarnya ada Breastpump Medela Swing. Saya telah meminjamkannya kepada adik ipar dan i do forget it .. Bila tadi bp tu ke kembali kepada saya..saya hairanlah bila dia kata pam ni tak berapa bagus.. Then saya pun try lah.."Ehh..nape suctionnya slow nih". Bila tinggal saya seorang-sorang of course ngan anak-anak le kat rumah nih..saya pun start mengondem ala-ala servis gitu. Mari kita lihat apa sebenarnya yang berlaku...

Ini ialah part-part yang ada dalam satu set bp swing yang lengkap...tiubnya tak berapa nak nampak, ntah nape walaupun sekian lama...saya masih nampak bp ni cam satu barang yang menawan macam perasaan memiliki iMac Apple kot hu hu sampai cam sebak gitu
Ini part belah belakang..tempat letak bateri, source elektrik dan kelihatan di situ juga tubing, yang mana satu cucuk kat pam dan belah satu lagi kat connector terus ke corong botol susu (sila lihat video medela kat laman web dia)
Haaa....inilah bahagian dalam bp yang saya dok servis dengan menggunakan kapas, pembersih CIF dengan menghilangkan kesan-kesan karat dan habuk...dan malangnya span yang sedia ada kat dalam tu dah luruh dan buat sementara saya gantikan dengan kapas. Saya servis2 sambil berfikir kenapa suction sangat buruk perangai...

Wah....gitu, cam baru beli semalam. Padahal sudah menjangkau 3 tahun umurnya..Perasaan memilikinya seperti mendapat kereta Kelisa. For this bp swing saya don't mind untuk meminjamkannya kepada sapa-sapa..even for trial only. Sungguhpun pun kegunaannya tidaklah setegarnya dan peri penting Medela Harmony manual breastpump kepada saya. I'm always love the manual. tu belum tunjuk yang Freestyle ada ke orang nak beli?

RUPA-RUPA bendalah nih haaaa...yang buat spoil. Namanya part ni ialah Valve (RM15 satu). Nampak tak crack dan putus dua kat tengah situ. Gerenti tak leh pakai. Sebagai langkah untuk menggunakannya semula ialah menggantikan valve tersebut la dengan membeli di mana-mana kedai yang menjual spare part. Dalam konteks ini biasa saya beli online di Faboluosmom.com.

Kepada sesiapa yang tidak menyukai entry bab pam ni...jangan baca hi hi hi.

Sunday, April 15, 2012

WishList..Bar dan Coffee Maker..Wah!!

Hari-hari saya nak berblogging sambil merapu meraban..sementalah mood cuti bersalin (tapi otak serabut mengenang bebudak kat sekolah tu ok ke tidak) sambil mengira mencongak gaji baru ssm selepas penyelarasan tu cukup ke nak wat renovate rumah mengenangkan peningkatan gaji tu juga sama meningkat dan bertambahnya keluarga aku ...dan hati masih berkata "saya kaya ",hi hi hi

Masa saya berkunjung di rumah sahabat baik saya di Kelantan, saya berkenan betul dengan rekaan dapur rumah dia. Ada kitchen bar.............(ikut gaya Upin Ipin cakap ye) Hari ini saya google jenis2 kitchen bar dan saya download dua gambar dari Cik Google.
Pertama, yang cam kat bawah ni --->
Wah, cantik bukan?
Yang kedua yang cam nih!!---->>>
Dua-dua pun boleh saya buat kat rumah saya...ye ye..jika ada ongkosnya..kos kos dan semangat mengidam yang mendalam dan berkobar-kobar untuk mengubah suai rumah.
Satu lagi saya memang teringin nak benda kat bawah nih...tetapi selalu berkata dalam hati, aittt..tak de benda ni kau tak minum kopi ke? Satu side dalam diri saya berkata pula.."mesti best kalau ada benda ni, macamlah hari-hari kau nak jamu org minum kopi" sedangkan yang minum kopi kat rumah nan ayu tu hanya saya sorang jer hu hu..hu.
Saya selalu berharap agar memenangi hadiah coffee maker cam kat gambar kat atas tu. Coffee maker plus expresso nan mengancam..Tadi saya merepek meraban kat suami saya..Bang jom buka kedai kopi. Tapi yang moden punya ...sambil mengimbas kenangan lalu...Nestlo satu!!! hi hi hi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...