Wednesday, April 25, 2012
KeLaPa DaRa Fan!
Sudah 28 hari saya bersalin...rasa2 sendiri badan dah sihat. Boleh basuh lantai dan cuci baju satu mesin nampaknya. Tapi masih ingat2 pesanan orang lama dan nasihat oorang..jangan renyah sangat. Saya berpantang sendirian..jadi sendiri jaga badanlah! Eh..apa yang saya melalut nih. Oh ye..saya ni peminat produk kelapa dara, bukan peminat yang obses gitu..cuma saya sangat percaya dan yakin dengan minyak kelapa dara itu sendiri, saya boleh katakan bahawa minyak kelapa dara itu "ajaib". Betapa ajaibnya kerana dia boleh menghilangkan kerak dan kotoran kepala baby saya Iman dan melembutkan semula kulitnya yang kekeringan sejak dia dilahirkan. Bermula dengan minyak kelapa dara orang Perak buat untuk rambut yang saya peroleh dari seorang kawan, saya begitu teruja dengan produk ini. Bila botol itu habis...saya bagai tidak percaya bahawa produk yang sama ada dijual di farmasi di tempat saya. Dan bila botol ini juga habis...saya sangka stoknya sentiasa ada di farmasi itu..tetapi tidak. Dan saya terus buntu untuk mendapatkannya...habis satu bandar Muar dan Ledang saya jelajah..mana2 yang sempat jer la, bertanya dan menyiasat dimana ada jual...sehingga sautu ketika saya menelefon sampai ke taukenya di Perak nun kot2 dia boleh hantar personal ke rumah saya. Di kedai A&H di Tanjung Agas jer yang ada jual produk org perak ni dengan harga yang munasabah RM20. Selain itu nampaknya semua harga yang tidak munasabah seolah2 kita membayar jenama itu bukannya produk (ni adalah kata-kata pengguna yang jujur tanpa meletakkan diri di tempat peniaga he he....). Hari ni saya paksa anak buah saya pergi ke Bukit Gambir setelah mengetahui ada sebuah kedai di situ yang menjual produk kelapa dara. Saya terpengaruh dengan iklannya yang setiap bulan saya tatap di Majalah Pa & Ma. Selama 3 tahun ini saya ialah pembaca tegar iklan-iklan majalah tersebut. Harga nya sangat tidak munasabah bagi minyak kelapa dara yang segitu RM20. (Memang saya bayar untuk jenama itu hi hi bukannya minyaknya). Tetapi untuk sabunnya RM13...saya rasa berbaloi untuk produk tanpa kimia kerana saya pernah pakai sabun baby tanpa kimia keluaran HPA RM6 yang sangat sesuai untuk kulit Iman. Maybe minyak tropika ini habis (rasa2 2 minggu je nih!!). Saya sangat sukakan bau sabun kelapa dara lavender dan saya bagi *****5/5 bintang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment