Wednesday, April 4, 2012
Saya sudah Tiada Kata..
Sejak melahirkan Ummi Raudhah Jumaat lepas...ada banyak perkara yang mengubah diriku dalam sekelip mata gara-gara mengenangkan masa satu jam bertarung mengeluarkan Ummi dari dalam rahimku. Sukarkah mengeluarkan bayi ini sedangkan jalan sudah terbentang luas 10cm sedia? Ada tangisan kesalan, sesalan dan kegelisahan atau keletihan kerana bersengkang mata di waktu dinihari merasai kontraksi yang silih berganti. Bila tiba saat itu, tetiba saya tidak berdaya. Hari ini saya menjadi pendiam sekejap....dan sepatutnya saya terus menjadi pendiam. Menahan rasa hati adalah suatu Jihad walaupun pedih. Ntah...mungkin pengalaman yang sukar dilakar atau diluah melalui kata-kata ini adalah satu pengajaran dan iktibar buat Ummi yang akan mewarisi karektor ibunya sungguhpun tiada iras di wajah dia yang boleh kusamakan dengan saya. Ya Allah...betapa dekatnya diriku pada-Mu tatkala itu. Dalam kemudahan Kau tetap mahu memberiku Tarbiyyah menjadi Hamba yang Ingat..terus ingat janji untuk memegang risalah-Mu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment