Tuesday, August 12, 2014

Cerita Didatangi "Rizan"

Kisah yang saya hendaklah blogkan ini bukanlah cerita seram sangat, tetapi cerita ala-ala meremang bulu roma jugalah. Entah kenapa pagi itu suasana mendung sangat, hendak kata hendak hujan tidak juga kerana masih ada fajar timur yang hendak memunculkan diri, tetapi perjalanan ini harus diteruskan demi kelangsungan hidup dan radio pagi tadi pun menyiarkan cerita burung yang bangun pagi mencari rezeki. Sama seperti pagi-pagi yang kulalui sejak 4 tahun yang lepas.
Sesampai ke tempat kerja saya terus bergegas menuju ke dewan perhimpunan untuk membaca rencana, saya mengigil sebenarnya sama seperti saya membaca syarahan untuk pertandingan sekolah 20 tahun yang lalu. Saya tidak tahu mengapa, namun saya meneruskan hari itu dengan menanda kerja kursus pelajar sambil merungut dalam hati berkenaan betapa sengalnya pelajar yang tidak mengarisi atau sekurang-kurang menghighlightkan kata kunci yang sepatutnya saya tanda. Tambahan pula, dengan borang pemarkahan yang sangat kecil tetapi banyak itu. Usai menghadap laksam yang dibawa oleh seorang rakan sekerja, saya mendapat tahu ada empat "Rizan" datang ke tempat kerja pagi-pagi buta dari Kementerian Kerajaan Malaysia yang tercinta...dalam hatiku oh! apa halnya bulan lapan ini nak datang sini. Saya mendapat tahu kedatangan ini bertujuan memantau KBAT. Jangan jangka dua tahun awak perkenalkan KBAT dan awak akan mendapat jawapan Yes!!! it's applied. JAm menunjukkan 9.00 pagi, "Puan anda terpilih untuk dipantau P dan P berkaitan KBAT ini. APA!!!SAya hanya ada satu jam untuk bersedia. SAya tidak dapat berkata "tidak", ya perkara berkaitan pemantauan ini perlu diteruskan mendapat keberkatan dan kehalalan dalam tugasan. (Susahnya mendapat keberkatan dan kesucian rezeki sejak akhir-akhir ini apabila definisi guru itu sudah ditukarkan kepada "dan kerja-kerja lain"). Sudahlah saya mengalami peristiwa yang menyedihkan setiap kali observation dijalan dan hal ini saya menjangkan menambahkan lagi episod sedih dalam hidup saya. Pertama kalinya saya masuk ke kelas saya sudah menjangkakan kehadiran lembaga manusia yang bergelar "Rizan" ini. Dan saya "mengajar" sepenuh masa dalam tempoh 70 minit ini tanpa sebarang gangguan pun daripada insan bergelar Razin ini.DAn rasa seram sejuk itu bermula apabila dia meminta saya berjumpa dengan dia. BAnyak pendapat, komen serta komplen seorang RAzin kepadaku. MEMUASKAN!! yA itulah penilaian yang saya dapat (dan kalau boleh saya beri markah saya kepada encik..saya beri markah "memuaskan" supaya encik rasa bagaimana mengajar 30 pelajar dalam masa 70 minit dan anda pernah mendapat "GILA" oleh pelajar anda. Hah Ha..ha mungkin untuk segala makian (hanya kerana menyuruh duduk di tempat yang ditetapkan) atau "Cabai" hanya kerana menegur tidak membawa buku tulis dan buku nota anda hanya layaknya duduk di kedudukan memuaskan). Saya bukan selamba tetapi kedatangan Razin ini benar memberi kesan kepada saya tentang betapa pentingnya ilmu dalam sebarang pekerjaan dan anda harus juga menguasai dan mahir tentang sesuatu walaupun anda sedar kadang kalanya anda masih belum mencapai yang sepatutnya. Terima kasih Razin kerana rupa-rupa semasa saya sedang dicerap dan dipantau serta dikomen itu rupa-rupanya anak saya yang Down Syndrome sedang mengalami kemalangan. Dalam kemalangan tersebut pemandu meninggal dunia. Kerja ini sangat susah sungguhpun gaji lumayan kerana sekali anda sudah bekerja hal-hal darah daging anda sudah jadi no.2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...