Sunday, April 15, 2012

WishList..Bar dan Coffee Maker..Wah!!

Hari-hari saya nak berblogging sambil merapu meraban..sementalah mood cuti bersalin (tapi otak serabut mengenang bebudak kat sekolah tu ok ke tidak) sambil mengira mencongak gaji baru ssm selepas penyelarasan tu cukup ke nak wat renovate rumah mengenangkan peningkatan gaji tu juga sama meningkat dan bertambahnya keluarga aku ...dan hati masih berkata "saya kaya ",hi hi hi

Masa saya berkunjung di rumah sahabat baik saya di Kelantan, saya berkenan betul dengan rekaan dapur rumah dia. Ada kitchen bar.............(ikut gaya Upin Ipin cakap ye) Hari ini saya google jenis2 kitchen bar dan saya download dua gambar dari Cik Google.
Pertama, yang cam kat bawah ni --->
Wah, cantik bukan?
Yang kedua yang cam nih!!---->>>
Dua-dua pun boleh saya buat kat rumah saya...ye ye..jika ada ongkosnya..kos kos dan semangat mengidam yang mendalam dan berkobar-kobar untuk mengubah suai rumah.
Satu lagi saya memang teringin nak benda kat bawah nih...tetapi selalu berkata dalam hati, aittt..tak de benda ni kau tak minum kopi ke? Satu side dalam diri saya berkata pula.."mesti best kalau ada benda ni, macamlah hari-hari kau nak jamu org minum kopi" sedangkan yang minum kopi kat rumah nan ayu tu hanya saya sorang jer hu hu..hu.
Saya selalu berharap agar memenangi hadiah coffee maker cam kat gambar kat atas tu. Coffee maker plus expresso nan mengancam..Tadi saya merepek meraban kat suami saya..Bang jom buka kedai kopi. Tapi yang moden punya ...sambil mengimbas kenangan lalu...Nestlo satu!!! hi hi hi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...