Saturday, April 28, 2012

TRoPiKaVcO : ReVieW

Saya tidak bakal mendapat hadiah ...tetapi saya terpanggil untuk membuat review setelah 3 hari menggunakan dua produk ini. Dalam entry sebelum ini saya menyatakan bahawa saya peminat kelapa dara kerana keajaibannya dalam melembapkan kulit baby saya yang kering, melebatkan rambut anak2 lelaki saya yang jarang dan nipis dan sekaligus membersihkan kulit kepala. Kali ini setelah saya mencuba sabun Tropika ini saya dapati tidak banyak buih (yang membuktikan tiada bahan kimia seperti Sodium Laureth Sulphate digunakan). Ianya benar-benar organik sama seperti sabun bayi HPA. Fungsinya sebagai pembersih badan benar mengujakan kerana badan bayi Ummi bukan sahaja bersih malah berbau wangi Lavendar. Wangian bunga Lavender bukan sahaja wangi malah memberi ketenangan. Sebelum ini hampir semua produk pewangi saya guna Lavender seperti pencuci lantai, pewangi kereta, pewangi rumah malah saya mempunyai gubahan bunga lavender tiruan sebagai hiasan di rumah. Minyak bayi saya guna untuk rambut dan kulit sebagai minyak sapuan dan urutan. Lupakan sebentar minyak bayi atau losyen2 bayi kalian yang biasa kerana  terbukti minyak ini bukan sahaja organik, tiada bahan kimia dan lebih penting memenuhi kriteria sapuan khusus untuk bayi saya. Kepala anak saya bersih, harap2 boleh lebat dan saya langsung tidak ragu-ragu semasa mengurut bayi saya dengan minyak ini. Ruam-ruam atau akne baby  kurang semenjak saya pakai. Urutan menjadi satu keseronokan (sebab tak risau bahan kimia ada ke takde)..yang paling best seharian baby Ummi berbau wangi, lembut dan menenangkan as Lavender ialah aromaterapi yang menghilangkan stress. Yang best   ialah Minyak Kelapa Dara Plus wangian Lavender (memenuhi kehendak dan minat saya selama ini)ditambah pula warna purple muda..Anak buah saya yang datang ke rumah pun mengatakan "WANGInya Ummi"... Wahhh!!!  Lalu hati saya terdetik takde botol besar ke Tauke oii!!
Harga yang Mahal? Why Not..Yang penting ialah kepuasan sebagai wanita, ibu dan pengguna.

2 comments:

  1. Salam puan Annur. terdahulu nama saya ialah pn sharifah. saya ialah pengedar bagi TROPIKA VCO ini. tertarik dengan soalan puan mengenai saiz botol baby hair& body oil lavender.

    sebenarnya, 'tauke' sudah pun buat botol besar.. iaitu sebanyak 125 ml. harganya ialah rm 80(termasuk postage).

    untuk order, sila sms/call/whatsapp saya di 0122170224.
    jemput like page saya Great Baby Skin TROPIKA di facebook ye. ini alamat page saya www.facebook.com/healthybabyskin

    TQ!

    P/s: Testimonial puan bakal dipilih untuk memenangi hadiah misteri! :) boleh dapatkan contact no puan?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...