Tuesday, April 10, 2012

Berpantang - Hari ke 11

Beberapa lama yang lepas saya teringat entry facebook seseorang yang menyatakan, nasib org perempuan ni lain-lain ada yang senang mengandung ada yang susah---merujuk keadaaan dia yang mengalami alahan teruk memanjang sejak disahkan mengandung. Saya terasa juga dengan entry dia tu kerana saya kelihatan sihat dan cergas sepanjang mengandung--satu penipuan diri sendiri yang hebat. Semasa saya sakit bersalin kali ini saya tidak berdaya untuk hipokrit lagi. Sakit.. hu ..hu hu.... sampai hari ini. Wahai rasa sakit yang bersarang dalam kotak fikiran dan psikologi ini, pergilah jauh-jauh. Marilah kita lihat benda-benda yang hanya saya jumpa dan cari ketika bersalin jer nih!
1.Set Jamu Selapan Air Mancur RM60. Masa saya bersalinkan Iman Setahun 9 bbulan lepas, makcik tukang urut selamat menghabiskan param panas tepel bagai, tetapi kali ini tak habis satu bungkus pun as tukang urut lain. Hanya sedikit kuantiti sahaja diperlukan.
2. Pil vitamin yang hospital bagi. Asid askorbik, asid folik, b-complex, iron dan panadol(ni buat tahan sakit).
3. Jeli gamat untuk memberi kelawasan dalam buang air besar. Best friend ever.
4. Minyak Daun Ubat. Minyak urut urat saraf yang terpeliot.
5. Pati ikan haruan. Benda yang memang hanya dicari dan dijumpai untuk bersalin anak-anak saya jer.
6. .................mencari ubat depression. (Pembantu rumah yang cekap kot)

Saya berpantang sendiri di rumah sendiri. Kerana di usia-usia emas, emak saya 72 tahun sakit jatuh tergelincir kat rumah, kakak kandung 48thn bisa-bisa badan sakit kencing manis saya berpendapat masing-masing jaga diri sendirilah.

Pernah tak jari terhiris dengan pisau yang tajam atau mata gillette...macam itulah rasa sakit ini...awwww.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...