Aduh, sudah berapa tahun ni saya sudah asyik dengan dunia. Anak-anak, rumah harta benda, hobi baru sampai saya terlupa untuk merendah diri kepada Allah. Pegangan Hidup Mukmin karya Hamka yang pernah kubaca dan pernah sebati dalam hidup saya semakin lama semakin saya lupakan. Hanya dengan satu statement.."Kekuatan saya adalah pada Iman, Insyallah Iman saya kuat"..Bukankah itu riya' namanya memperkata sesuatu yang dimiliki. Malah saya tidak sepatutnya ada sekelumit rasa bangga kerana sembahyang 5 waktu. Bila kita meluahkan rasa bersyukur kerna dianugerah kekuatan untuk melaksanakan Ibadat adalah satu kesalahan kepada saya kerana saya orang yang mengetahui bahawa hati ini haruslah suci dari perasaan apa-apa. Malah ada rasa tidak suka melihat orang bercakap besar pun tak boleh. Runduk dan zahid dari apa-apa perasaan yang boleh merosakkan hati. Hari ini sebagai manusia saya benar-benar lemah dan mohon kekuatan dari-Nya. Rakan-rakan sekapal dah jadi ulama (Ustaz Zaharuddin A.rahman) pun saya masih tak sedar. Sekali berbai'ah selagi itulah hati-hati ini telah berjanji mendokong syariat-Mu.
No comments:
Post a Comment