Friday, November 9, 2012

Special Needs Toddler.


Lewat senja tadi, sahaja aku merambu ramba di pasar lambak pekan Serom 3. Tersentak aku kerana mendapati beberapa anak-anak istimewa seumpama Iman. Adakah baharu sekarang fenomena ini berlaku atau sejak dahulu lagi memang anak-anak istimewa ini wujud dalam kalangan masyarakat kita. Kalau dulu kalau kaki pengkor..kita paggil dia pengkor, kalau terencat, dipanggil dia anu yang terencat akalnya, kalau sumbing bibirnya dipanggil anu tu yang bibirnya sumbing, kalau hodoh dipanggil kenan... Aku yang memanggil Iman Baby Down Syndrome tetapi ada di luar sana yang menggelarnya "haruman syurga". Jika syurga itu milikmu, bawalah daku bersamamu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...