Wednesday, May 9, 2012

West, D. Making More Milk

Saya beli buku ini, sementalah mencuba kedai online Lunatots.com. Harganya RM72 + Penghantaran RM10. Saya suka sebab Kedai ini pakai Skynet. Despatch tu pakai motor jer hantar barang. Takdelah cam poslaju ngan naik van  besar bagai..kalau saya takde kat umah kecoh suruh posmen hantarkan..jiran sebelah nak tolong amik, tak kasi ceh!! apa da saya melalut.
Selepas bersalin saya kembali berminat untuk kepada penyusuan anak. Saya dah berhenti berforum di Susuibu.com, apatah lagi pergi Support Gathering Mother (SGM) saya hanya membaca blog2 kawan2 yang sama-sama dulu anak satu, tapi sekarang dua..tiga he he.Yang tak bertambah pun ada. Diaorang ni ramai dah jadi Peer kaunselor, Pembimbing gitu..saya juga suatu ketika dahulu pernah berhasrat nak ke arah itu..tapi lama-kelamaan saya jadi tak berminat sebab secara praktikalnya tak ada kawan, lagipun keadaan saya yang beranak dua dengan seorang tu SD lagi, berhenti menyusui sebab mengandung bagai...pastu anak2 kurus tak nak makan asyik hisap botol susu Dutch Lady (lagi sekali saya melalut). Kalau kat sekolah pun saya nak ajak kawan2 saya menyusui anak exclusive 6 bulan pun susah apatalah lagi yang jenis APC punya member. Haa..sekali lagi saya menyimpan minat dan azam tu seorang2.
Buku ni takdelah best sangat bagi pengguna cam saya...Maksud saya cuma seronok membaca dan selak2 gitu. Buku ini penting sebagai rujukan segera kepada sebarang pertanyaan yang bermain di minda saya. Asal ada sesuatu yang saya nak tahu saya bacalah mana2 chapter...buku ni bukan jenis baca dari kulit ke kulit.  Buku ini adalah sumber utama atau primer bagi sumber2 yang terdahulu saya dapat dari Susuibu.com, Pn. Kamariah, Pn. Rita dan SGM itu sendiri. Dan itulah yang lebih baik...maksud saya mendapat maklumat dari ahli laktasi sendiri dari kita explore first by book. Buku ini sedang melengkapi pengetahuan dan kebijaksanaan saya mengenai susu ibu sendiri. Berpengetahuan itu bukannya makna bagus...contoh, jiran belakang rumah saya tu berjaya menyusui anak sendiri sampai 3 thn..rumah dia takde susu tepung apatah lagi botol susu, sudah tak pakai pampers dah lama dah..takde pun berpengetahuan banyak macm saya.Yang penting ialah do it. (kalau asyik nak mengandung jer..mana sempat nak menyusui anak sampai 2 thn he he  maksud saya dalam konteks diri sayalah).
Jenis macam saya ni pula tak mengharap expect macam mana org lain expect..contoh, ahli laktasi kata it's ok menyusu masa mengandung..vs cakap org tua-tua takut anak tak cukup zat, saya menyusu anak masa mengandung then dapat anak SD pulak. Lain org lain -lain. Tetapi setiap ibu mampu menyusu anak selepas bersalin..yang mandai-mandai kasi susu tepung tu..tah apa-apa tah. Tapi bab menyusu masa mengandung selalu menjadikan saya rendah diri sikit bila bab-bab cakap menyusu bila mengandung ni. hu hu.
Kesimpulannya, saya bangga dapat memiliki buku ini lagak macam orang nak periksa IBCLC padahal buat baca sendiri jer ahaks..Berbaloi!!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...