Gambar diambil semasa saya mengandung 8 bulan dan Iman dikejutkan dari tidur kerana nak berarak keliling taman kerana Maulidurasul. Sungguhpun Iman Down Syndrome tetapi dia juga disusui dengan hanya susu ibu selama berpantang dan berterusan eksklusif sampai 5 bulan termasuk minum susu perahan selama 30 hari kerana saya pergi Haji.
Wednesday, May 2, 2012
PenYusuaN Susu Ibu : Ilmu dan Praktik
Macam nak buat tajuk rencana. Sekadar perkongsian perasaan dan pendapat. Secara ilmunya menyusukan anak adalah alami iaitu natural. Jadi...dengan sedikit gesaan dan kebolehan menyampaikan mesej dengan betul semua ibu mampu untuk menyusukan anak sebaik sahaja dilahirkan. Ntah apa-apa tah dakwaan segelintir atau sebahagian masyarakat yang memberitahu anak mereka yang baby perlu ambil "sesuatu" sebagai tambahan atau sampingan selain susu ibu selama tempoh anak mereka dalam pantang. Jenis macam saya ni tak pandai nak jelaskan lebih2 lagi kepada mereka yang dijaga sepenuhnya dengan ibu masing-masing semasa dalam pantang tu. Sebab saya rasa kecik jer diri saya berbanding dengan ibu-ibu tersebut selain kata..memandai jer nak bagitahu macam lah pandai noo....Pengalaman saya ni yang dah berjaya menyusukan dua baby dengan susu ibu sahaja selama tempoh berpantang dengan cabaran anak kuning, demam chikunga dan periksa PTk ni pun..masih lagi disuruh bagi minum air masak untuk baby anak ke-tiga ni oleh mak saya. (Agaknya amalan-amalan dulu kot dan semasa saya baby pun mak pernah bagi minum air masak)....Saya beri tugas ini kepada jururawat dan orang lainlah untuk mengubah stigma ini. Cuma ngan anak-anak murid dan anak buah saya sahaja saya berani bercakap berdegar2..tu pun kat kelas kena tapis2 sikit cakap. Apa-apapun alasan kita patut bagi anak susu ibu sahaja sepanjang cuti bersalin ini lebih-lebih lagilah yang bercuti 3 bulan nuu..
P/s untuk perhatian saya bercuti bersalin hanya 60 hari atas sebab2 yang saya sendiri tak boleh explain kenapa? Saya hanya kata saya nak bercuti 60 hari sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aslm..selamat berkenalan seronok baca blog awk..pengalaman terindah menjadi ibu n membesarkan ank2..hepi brestfeeding too ^_^
ReplyDelete