Tuesday, June 30, 2015

Selepas 55 bersalin.

Hari ini hari yang ke-55 hari saya bersalin. Saya bersuci pada hari yang ke-42 dan berpuasa dan bersolat seperti biasa sejak hari itu. Semalam cukup 12 hari saya berpuasa, tetapi setelah hari ke-13 tup-tup darah keluar dan saya berpegang kepada pelajaran agama masa sekolah dulu darah nifas paling lama ialah 60 hari. Selepas 60 hari nanti saya akan sambung puasa dan solat semula. Memang hebat cabaran berpuasa tahun ini. Sebagai penjawat awam melahirkan anak keempat dan mengambil cuti selama 90 hari bukanlah satu keputusan yang membahagiakan. Saya bekerja di sebuah institusi yang lebih ramai tenaga bekerja yang aktif dan terlalu fokus kepada kerja-kerja mereka sehingga selepas waktu bekerja pun masih berbincang pasal kerja, pasal klien sehinggakan jam 12 malam pun masih lagi bercerita tentang orang ini orang itu secara atas talian (whatssup). Saya yang cuti bersalin dan kategori masih belum sihat sepenuhnya untuk bekerja atau berfikir untuk bekerja jadi mengelabah.

Sekiranya diletakkan hidup saya seperti roda, kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah, saya rasa masa-masa sekarang saya sedang berada di bawah.
1. Selepas 55 hari bersalin pun, parut pembedahan belum pulih sepenuhnya. Kalau saya bercakap berkaitannya nanti adalah yang menyalahkan diri saya sendiri. Pucuk pangkalnya jangan bercerita sekira respon hanya akan menyakiti diri sendiri. Keadaan parut pembedahan yang belum sembuh selepas dua bulan ini mendatangkan sedikit kebimbangan dan keletihan kepada otak untuk memikirkannya.
2. Di bulan Ramadhan, amalan berpuasa amat mencabar fizikal saya. Di samping tabiat suka tidur siang dan kemalasan yang tak bertepi. Saya ini jenis suri rumah yang kena ditolong, berapa kali sahaja terlintas ingin mengambil pembantu rumah sepenuh masa, tetapi asyik memikirkan apa kata orang. Keadaan rumah yang tidak terurus dengan masa siang yang berpuasa amat mencabar betul minda saya. Rasa haus dan tekak kering sering terutamaya selepas menyusukan bayi hanya Allah sahaja yang mengetahui sehingga pernah sekali saya berdoa agar dibukakan jalan agar saya dapat berbuka, ternyata doa saya didengari pada hari ini apabila darah nifas keluar semula dan sekaligus membatalkan puasa saya.
3. Setiap tengahari saya pergi menemani ibu saya di kampung. Kakak yang tinggal di rumah itu kerja petang. Ibu saya tidak mahu makan, tidak bermaya untuk duduk, asyik mengadu sakit dan haus, selama 12 harilah dia tidak berpuasa, sesuatu perkembangan yang sangat memilukan bagi saya. isu solat juga nampaknya sudah saya redha, tetapi apabila mengenangkan tanggungjawab orang yang sihat untuk mengajak dia solat, mengurus wuduknya, semua itu memberi beban kepada pemikiran saya. Semasa menemaninya saya bawa sekali anak-anak kecil saya yang tidak tahu apa-apa, kadang-kadang ragam dan karenahnya di rumah atok menyesakkan dada dan hati saya. Layakkah seorang nenek yang sakit menghadap karenah cucu lagi. Ada sesuatu yang saya pendam dalam hati, tidak sudikah seorang adik-beradik dia melawat dia pada saat-saat begini?

RAMADHAN, 
HADIRMU DINANTI PERGIMU DITANGISI
PADA HARI-HARI YANG KUPERSIA-SIAKAN
AMPUNI AKU YA ALLAH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...