Plastik bekas simpan susu ibu ini dah 4 tahun usianya, lebihan daripada yang dulu-dulu lom habis-habis.
Saya perah, lepas tu tuang dalam plastik simpan dan selepas tu ikat dengan getah. Sebelum ni, sewaktu saya buat stok untuk anak perempuan saya, gigih saya kumpul dan seal dengan sealer elektrik, leper-leperkan masuk dalam peti sejuk beku. Bukan main banyak lagi, pastu apabila anak saya prefer direct dan kelam kabut saya pulang awal untuk menyusui, saya rasa mcm malas pulak nak kumpul banyak-banyak. Insyallah KAli ini tidak, sedap jer saya letak susu dalam ruang tepi peti ais tu.
Ini pula hasil perahan saya ditempat kerja, dapat tiga plastik yang jumlahnya 9oz, saya bangga orang yang susu banyak sampai sekali perah jer dapat 12oz, wow....tetapi dalam kes saya tidak. Anak saya minum cukup. Untuk jam 6.30 - 3.30 petang saya membekalkan 12oz sahaja kepada baby saya.
Saya tahu ramai nak mengajar saya cara nak simpan susu perah. Well, sekiranya saya newcomer takpelah seronok and teruja nak baca dan cuba, tetapi dah sejak menjak dah jadi kebiasaan saya rasa bagaimana seseorang itu menyimpan susu sendiri biarlah mengikut cara dia sendiri. Sejak kelahiran anak sulung dah berbagai-bagai jenis plastik simpanan saya beli dan guna. Botol-botol susu jangan katalah teramatlah banyak terutamanya semasa saya menyimpan susu untuk anak kedua dulu. Dahulu saya suka membeli belah online. Pendek kata, obses habislah. Tetapi, apabila anak perempuan saya reject susu perah dan botol susu selepas 6 bulan saya pun dah "sayonarakan" peralatan bagai tu. 3 tahun saya say hi hi bye bye kepada EBM. Namun, saya bermula sekali lagi apabila melahirkan seorang lagi anak lelaki. BAby Amsyar mempunyai paten penyusuan yang lebih kurang sama dengan abang-abang dia, so saya bercadang untuk meneruskan pemberian susu perah sehingga bila-bila. (Memandangkan ini yang bongsu). Memberi susu ibu merupakan keutamaan kepada saya. Biarlah senior-senior kerja kerajaan nak kata apa. Kita harus memahami konteks pemberian cuti tiga bulan kepada pekerja wanita yang bersalin adalah untuk apa. Bukan ke selaras dengan polisi penyusuan ibu. Sekarang ni rata-rata kawan-kawan saya memerah susu di tempat kerja, dulu-dulu rajin juga saya melepak sambil memberi penerangan secara percuma kepada rakan-rakan yang mengandung tentang pemberian susu ibu ni. Sekarang sudah jadi trend, dan tidak janggal lagi. Thanks to Internet! Untuk kelahiran kali ini, saya hanya menggunakan apa yang ada...emm SEKIAN. TERIMA KASIH
No comments:
Post a Comment