Mama dah beli prefold ni lama dah..bulan April 2010 hari itu lagi...beli di Tiny Tapir Ampang, jenama Freshbots. Fuhh.. semenjak jadi CD lover ni, memang lama dah mama teringin gi Tiny Tapir. Kesempatan gi KL hari tu, mama paksa Ayah pergi Ampang sementelah dekat Tabung Haji. Cuma nak pergi kedai Tiny Tapir tu. Gilaaa..itulah perkataan jaman sekarang yang menggambarkan bila mama dok tengok cd kat situ..nak pergi lagi..puas hati. Dah terdetik nak beli sekali Thirties Diapers Cover tapi tak terbeli...sebab ingat kalau nak beli online pun boleh. Tapi mama paling tak suka beli online kalau tak ada kemudahan ipay sebab aku ni pengguna bank yang bukan May2U atau CIMB clicks nu..susah nak transfer duit. Kalau aku betul2 nak beli dek kerana penjual online tu sudah kenal atau kelihatan blogshopnya agak mesra alam..maka barulah aku gi atm wat transfer duit. Jadinya, keinginanku untuk beli Cover Diaper tu terpendam jer lah.


Masa kat kedai Tiny Tapir pun mama berkenan betul ngan cd Rumparooz.. Rasa macam nak beli banyakkkk cd lawa2 dan nak cuba. Tapi budget2 laa..rakyat marhaen jer. He.. he..
No comments:
Post a Comment