Saat diri diasak rasa gelisah bila terkenang amal dan pekerjaan yang tidak seberapa...tah berapa kali hantu syaitan itu dipersalahkan. Mengucapkanlah dan beristigfarlah..mogamoga amalan masa yang ada ini jadi benteng pertahanan hari tua kemudian.
Saya berkahwin pada umur 30 tahun dan saya akui sepanjang tempoh saya tidak berkahwin itu terlalu banyak godaan dan tekanan saya alami. Saya tidak menolak cinta bahkan cinta itu selalu datang dan pergi. Dalam kekalutan itu saya tidak mengambil berat sangat pun apatah lagi tempoh 20an saya hanya habiskan untuk mencari sesuatu selain perkahwinan....saya pernah ditanya apa permintaan saya kepada seorang Hajah yang hendak mengerjakan Umrah tah kali keberapa dan saya tidak meletakkan permintaan perkahwinan pada saat itu kerana saya hendak pergi haji dengan emak dan bapak. Bahkan perkahwinan itu datang jua bersama kerjaya tetap dan kemahiran membawa kereta. Kemudian saya diberi santapan mata orangorang tersayang saya mencari cinta dan perkahwinan saya tersentap sebenarnya. Berkenan ke orangorang yang selama ini menjaga dan mengenalimu...sedangkan mereka inilah yang menjadi mata dan telinga kepada arus kehidupan di luar sana. Memang saya akui perasaan dan nafsu adalah perasaan terindah tetapi dalam tempoh pencarian itu...adakala kita salah. Suatu masa dulu saya pernah mengubati diri saya sendiri apabila jatuh hati pada insaninsan yang bernama lelaki. Tetapi cinta tetap cinta...indah tetapi sakit. Sebelum menerima akad...Aku terima nikahnya...tanyatanya lah orang disekeliling adakah mereka berkenan...kalau tidak berkenan, dengarlah dulu alasanalasan...atau sekurangkurang dengar kata hati...padankah dia. At least guna pakai penanda aras orang tua yangg mungkin kerepot tu. Ironinya orang yang tidak pernah susah memilih calon suami yang susah...hu hu. Getusan hati ini mungkin salah..tetapi getusan hati inilah yang menerawang dan bergelandang di fikiran kami kami dan kami..plural not singular ones