Tuesday, May 21, 2013
Penyusuan anak ke-3
Malam ini saya ingin menulis berkaitan penyusuan susu ibu. Ini anak perempuan saya. Namanya Umi Raudah. Umurnya 14 bulan. Semasa saya menyusu anak sulung sewaktu umurnya kira 14 bulan saya telah disahkan mengandung anak kedua. Penyusuan anak sulung saya terberhenti dalam konteks pemberian susu ibu selama lebih kurang 7 bulan walaupun anak sulung saya tidak berhenti menyusu? (fahamkah?)...kemudian saya menyusu anak kedua saya sejak sebaik sahaja dia dilahirkan sampailah dia berumur 1 tahun 2 bulan, sepanjang saya melahirkan anak kedua saya hingga dia berumur 15 bulan itulah juga saya menyusu anak sulung saya iaitu "Tandem Nursing". Anak kedua saya Down Syndrome. Umur anak saya genap setahun saya disahkan pula mengandung anak ke tiga. Kebetulan gigi anak kedua saya baru tumbuh ..dan dia pula jenis baby yang agak tidak sabar menghisap sehingga let down itu berlaku apabila saya mula mengandung, let down refleks saya agak lambat jadi dia mula mengigit dan sejak itu secara rasmi kedua-dua anak lelaki saya "menyapih" dan menukar ke susu botol minum susu tepung. Anak sulung menyusu hampir 3 tahun dan anak lelaki kedua menyusu 15 bulan sahaja dengan penyusuan eksklusif 6 bulan. Sangat senang transition itu....
Ini anak ke-tiga saya. Perempuan. Tidak mahu susu lembu. Tidak mahu botol susu. Masih menyusu susu ibu, Susu ibu saya masih ada. Dan guess what? Dia allergik daging kisar Ramly. Ada lagi 10 bulan My Journey dan hopely continously. Mak dah berumur tetapi terasa muda jerrr...
Subscribe to:
Posts (Atom)