Saturday, October 19, 2013

Oh, I miss my blog!!

Assalamualaikum w.b.t Salam ini saya tujukan kepada sapa-sapa yang sedang blogging sekarang ni. Suatu tika dulu inilah kerja aku...namun sejak dua menjak ni..saya dah lupa bilalah kali terakhir saya membuka laptop ini di rumah di ruang tamu a.k.a work station saya ni.  Lihat kabinet pejabat saya di sebelah laptop ni di dalamnya ada tugasan, workload yang berbentuk objek lagi boleh dipegang, tetapi tugasan di alam maya lebih hebat dan banyak juga sebahagian tuntutan yang harus diurusi. Sebenarnya banyak perkara berlaku dalam hidup saya sejak menjak kebelakangan ini..mungkin selepas kematian arwah bapa dan arwah bapa mertua saya.

Pertama
Anak murid saya sedang menderita menanggung penyakit kanser...Setahun lebih dia bercuti. Semasa dia didignosis dia tingkatan 4 sekarang dia sepatutnya tingkatan 5. Dia terpaksa meninggalkan bangku sekolah dan juga padang sekolah kerana penyakitnya itu. Dia ialah jaguh lompat jauh, lari berpagar dan lain-lain acara. Tahun lepas semasa pasukan dia sedang kalah dalam acara 4x400 meter dia jatuh sewaktu membawa baton terakhir....Dia terlalu dekat dengan saya, mungkin kerana hubungan saya bukan sahaja pernah di dalam kelas tetapi lebih di padang. Saya hanyalah cikgu biasa yang tidak biasa dengan dia berbanding cikgu sukan dan jurulatih yang ternyata lebih dekat dan rapat dengannya. Namun, dia masih anak murid saya. Titik. Khamis lepas dia datang ke sekolah untuk berjumpa dengan kawan-kawan, guru dan mungkin sekolah itu sendiri. Apa yang sangat menyedihkan hati saya dan terbawa-bawa sampai sekarang ialah dia bukan dia yang saya kenal dulu. Betapa beratnya penanggungannya dan dia survive. Allah menyayanginya kerana dia diberikan nikmat hidup lebih lama  untuk menerbitkan keinsafan kepada  hati saya yang semakin hitam dan keras ini. Namun saya mengenali pelajar saya itu seorang yang tidak pernah lupakan solat dan suka stay back selepas sekolah. Sapa-sapa warga sekolah itu mengenalinya. Saya sangat terharu dan sedih bila saya cuba membandingkan dia dengan anak-anak muridku yang lain. Saya berharap bahawa anak didikku yang lain dapat memahami betapa kerdilnya mereka dibandingkan dengan kuasa Tuhan. Sifat degil dan ego yang mereka bawa tidak laku di hadapanku. AKu harap mereka lebih sedar diri mereka sedikit betapa tiada yang lebih hebat daripada kekuasaan Tuhan itu sendiri yang mampu merampas segala-gala yang mereka oleh itu berendah dirilah di hadapan cikgu-cikgu semua. Kalaulah mereka mengetahui.

Kedua
Saya ada seorang sahabat. Saya mengenalinya sebagai teman yang suka bercerita, periang dan pemurah. Dia yang membawa saya ke fasa seterusnya dalam tugas-tugas profesional sebagai penanda kertas. Dia membawa kegembiraan dalam tugasku sebagai guru. Dia sahabt malah guru di sisiku. Baru-baru ini saya mendapat khabar berita yang suaminya masuk hospital atas komplikasi paru-paru, namun apa yang lebih mengejutkan saya dia turut didignosis sebagai pesakit batuk kering. Apa yang saya sedih ialah dia meluahkan perasaan terpulaunya dia setelah khabar itu diketahui. Dia mengambil cuti sakit, punca penyakitnya ialah berjangkit dengan seorang pelajarnya. Stigma masyarakat yang sangat mengecewakan terhadap pesakit batuk kering sangat kuat..seolah-olah balik semula ke zaman-zaman 70an dahulu dengan adegan batuk berdarah dan sebagainya. Dan saya betul-betul teringin berjumpa dengannya. Namun sebelum sempat saya menziarahi saya dikejutkan dengan berita kematian anak lelakinya dalam suatu kemalangan dan tempoh itu berlaku sangat singkat, sakit, suami sakit dan kematian.

Semua ini sangat membebani perasaan saya untuk cuba meluahkan sesuatu sehinggalah Allah mengilhamkan kepada saya untuk membuka laptop ini di rumah yang asalnya dinawaitu untuk membuat eprestasi atas tuntutan kerja juga. Saya pernah menjadi sukarelawan dan pernah dianugerah dengan hati yang baik untuk cuba membetulkan keadaan. Dahulu saya kuat menyuapi seorang muallaf  ibu tua buta yang miskin, mendidik sebahagian pelajar lelaki yang gila motor dan seorang pelajar lelaki yang sangat nakal, masuk ke wad kanak-kanak PPUM untuk menemani mereka yang masing-masing sedang berhadapan dengan kematian.
Mungkin inilah rahmat dan kebajikan untuk mengingatkan aku mengapa saya ingin menjadi G.U.R.U.

Wednesday, October 2, 2013

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...