Wednesday, February 26, 2014

HoW To Make A Cup Of CoFFeE : CiKGu SuZana's StyLE

BAHAN-BAHAN (THE INGREDIENTS) :
Kopi-O Jenama 434, kopi Muar yang agak tersohor seantero Malaysia
Gula pasir tapi kalau nak lagi sedap guna gula perang
Fresh Milk jenama Dutch Lady yang kotak warna hijau, saya dah cuba guna Susu Rendah Lemak dan Full Cream tapi tak sedap sebab ada bau susu yang kuat, yang fresh milk kurang sikit bau atau tiada langsung
Sudu Teh kecik jenama Shell (free gift)
Cawan Mug (Ni jenama PPNJ gift gak)
Masukkan satu uncang kopi 434 ke dalam mug beserta dua sudu teh kecil gula pasir. Dua sudu pun cukup sebab kopi ni dah ada gula gak.
Rendam kopi O dalam air panas bertapis yer, Ini penapis air saya jenama Elken, darjah kepanasan agak-agak dalam 80 Celcius sahaja. Rahsia buat kopi yang sedap ialah air tapis tu la. Kalau air paip sudah bercampur dengan klorin yang boleh menjejaskan aroma dan rasa sedap kopi. Saya Rendam dalam dua hingga 3 minit jer sebab takut tak panas sangat. Tak panas tak best.
Akhir sekali campurkan susu segar Dutch Lady dan agak-agak jerlah sukatannya anggaran dalam 25% daripada jumlah air kopi O tu.
Saya tidak menyertai sebarang giveaway ke apa, apatah lagi duta produk Muar yang terkenal ni, jujur ikhlas saya katakan rasa resepi kopi susu ini sangat lah sedap...sejak saya mencuba resepi ini yang diilham apabila susu pekat manis yang saya beli tak habis2 dan akhirnya dibuang begitu sahaja dijangkit kulat (di rumah saya hanya saya yang minum susu pekat manis) dan teringat kopi susu dan susu segar di Makkah menyebabkan saya tergerak hendak berkongsi resepi ini yang tak delah original sangat tu hi.. hi...(LUpakan sebentar Coffee Maker yang pernah saya beli dulu dalam entry dulu2 kerana jug kacanya sudah pecah dan saya sudah tidak menggunakannya sejak saya menggunakan penapis air Elken ni.
SILALAH MINUM MAMA! a cUP OF cOffEE FOR Coffeholic like me.

Sunday, February 23, 2014

PlayGround With Balcony

Play Ground ini saya beli dari MAma Panda Online...pakai facebook jer. Bayar ansur RM700 harganya selama 6 bulan.Sekian

Anugerah Tokoh Nilam

Motif gambar ini diambil ialah mengingatkan diriku yang memegang jawatan Guru Perpustakaan. That's our master in school librarianship in Johore. Setiap kali bertemu dengan dia hati saya berdebar-debar mengenang berlambaknya kerja-kerja kepustakawanan yang belum sudah saya siapkan.   Alamak rambut si Anusha ni nampak kemas pulak kalau ikat ke belakang.
JB ! here we come again hu hu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...