Tuesday, March 18, 2014
Membaca buku lebih baik daripada main internet
Sebagai seorang graduan library and information sains, hari ini saya terpanggil untuk menulis tentang membaca ni. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga sederhana. Ibu saya boleh membaca dan menulis tetapi dia tidak suka membaca buku atau surat khabar. Saya tidak pernah nampak dia membaca surat khabar. Pengaruh terbesar dalam memupuk tabiat suka membaca dalam diri saya ialah arwah bapa saya. Pada setiap petang khamis, arwah akan pulang ke kampung kerna cuti umum Johor adalah pada hari Jumaat, setiap pagi Jumaat dia pasti akan membeli surat khabar..mesti. Mula-mula bapa saya belikan saya buku cerita atau majalah BAMBINO selepas tu saya suruh bapa saya belikan lagi dan lagi. Lagipun bapa saya yang bersungguh-sungguh suruh saya sekolah tadika Risda..eleh buat kat balai raya sebelah rumah jer semenjak umur saya 4 thn. OPPsss kita lupakan sejenak fokus "saya" itu kerana kata kuncinya di sini ialah sebagai ibu bapa atau guru kita kena pupuk sikap atau tabiat suka membaca itu sejak anak-anak kecil lagi. Tetapi apabila saya terpandang sikap anak lelaki saya yang tidak suka membaca apatah menyelak buku dan ditambah dengan betapa tak berminatnya dia terhadap lukisan saya ada terasa bahawa kadang-kadang bakat dan minat itu tumbuh secara semulajadi ...kita tidak boleh menyamakan zaman dia dan zaman kita. Hari ini saya yang suka membaca sangat stres kerana betapa tidak seronok saya di tempat kerja. Sangat tidak seronok.
Saturday, March 15, 2014
Syukur...menang.
Rahsia kemenangan...
pilih peserta yang tepat, manis dan bijak.
Sepanjang pertandingan, mata saya tertangkap kepada seorang peserta dan dialah yang menang pulak bagi kategori yang saya sertai.
Peserta saya dapat tempat ke dua, pencapaian tertinggi yang pernah saya capai. Kemenangan itu dikongsi kemanisan dan keindahan walaupun sebenarnya.... hu hu hu yang banyak karenahnya adalah saya.

Subscribe to:
Posts (Atom)