Sunday, April 26, 2015

39 Weeks Pregnancy yang sedih

Salam untuk semua. Setelah sekian lama saya memendam perasaan di blog dek kerana kebanyakan perasaan terpendam terus dipendam.
Cerita ini berlaku sewaktu kandungan saya yang ke 4 ini 36 minggu nak masuk ke 37 minggu. Seperti biasa apabila kandungan mencecah 9 bulan saya akan membuat booking hospital untuk buka fail HPSF Muar ni. Seperti rutin biasa sahaja saya pergi membuat check up. Tetapi apa yang mengejutkan saya ialah rupa-rupanya kandungan saya songsang!! kedudukan anak dalam keadaan melintang. Kepala budak tidak pada sepatutnya kandungan 36 yang normal. Doktor menyuruh saya duduk di hospital untuk ditahan dan dibuat sesuatu tentang kandugan tersebut. Tetapi saya enggan kerana saya memberi kepercayaan kepada badan saya bahwa mengandung ni sesuatu yang alami dan keadaan ini akan berubah sendiri mengikut masa. Selepas dua minggu ini, saya tidak melakukan apa-apa medical check up sehinggalah petang tadi saya ke klinik swasta melakukan scan untuk melihat sama ada anak saya masih melintang atau tidak, dan keputusannya masih begitu. Sekarang kandungan saya mencecah 39 minggu......apalah nasib saya dan anak saya hanya masa sahaja yang dapat menentukan. SAya hanya ada ALLAH memandangkan saya tidak kenal sesiapa doktor yang akan mendengar keluhan hati saya. Saya tidak tahu apa yang patut saya lakukan sedangkan  jiwa dan raga saya berada dalam keadaaan yang sangat negatif. Saya juga tidak tahu dapat atau tidak menangani stress di tempat kerja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...