Tuesday, May 17, 2016

Manisnya Honey

Ni gambar anak saya hi hhi



Sunday, May 1, 2016

Bengkel Komsas BPG dengan DBP Zon Selatan

Ini kursus latihan dalam perkhidmatan guru saya pertama pada 24-27 April 2016 dari hari Isnin sampai hari RAbu di Pusat Latihan Guru Dalam perkhidmatan Bandar Tenggara, Kulai, Johor.
Apabila saya disuruh menulis, itu ternyata bukan satu tugasan yang susah bagi saya seperti yang saya sedang buat sekarang ini MENULIS, tetapi apabila cabar menulis satu dua puisi syair dan gurindam itu satu cabaran DISASTER buat saya. Ngee..ngee. LEpas itu semacam ada satu drama atau gimik yang dirancang seperti dialog. En. Rosli : Saya mahu 40 karya guru untuk dihantar ke DBP dalam masa 3 hari ini. Pn. HAslina : En. Rosli : Kalau tak sempat..kalau tak siap. acaner? En.Rosli : Baiklah, kita buat tugasan secara berkumpulan dulu AKU: Dalam hati, emmm... Lepas tiga hari tu, saya tengok Pn, Haslina nilah yang siap dulu, siap melagukan dan siap2 menguruskan lah apa-apa keperluan Bengkel. Ajaib. Bagi saya, peluang untuk bengkel KOMSAS zon selatan memang satu program sayan memang suka nak pergi. Tiba-tiba terkenang En. Fauzi Abdullah Pensyarah lama saya di IPG Bahasa Melayu KL. Apalah yang sedang dibuatnya tu. Maaf tuan, dalam seribu peminat akan ada seorang yang mengilai. Hik Hik...

Inilah hasil karya saya dalam 3 hari (masih draf lom dimurnikan lagi)


Syair Kelahiran Bunga Syurga
Penulis : Siti Suzana A.Rahman

Berita imbasan sudah dibaca
Misi hairan tidak berkata
Suram mata bagaikan kaca
Suratan takdir sudah direncana

Hati berkata tak boleh cerita
Takut menjadi berita nyata
Masih berharap indahnya cipta
Selamat lahir dengan ceria

Piala Dunia mata melekat
Masa berlalu tanpa disekat
Di waktu malam yang pekat
Sela masa semakin dekat

Petang Isnin suasana dingin
Bertahan ibu hendak bersalin
Lahirlah anak sebagai pemangkin
Lambat ditatap semakin ingin

Doktor muda seraya berkata
Anak puan tidak sempurna
Terkedu lidah menanggung kata
Terasa sebak hati nan lara

Tangisan kecil lantangnya tiada
Gemalai tubuh tiada noda
Alahai penawar hati ibunda
Kasihnya ibu tiada beda        

 Cecair emas menjadi santapan
Yakin jadi penguat badan
Ibu menyusu jadi amalan
Sebagai bekal besar harapan

Setahun sudah masa berlalu
Langkah disusun satu-persatu
Walau mundur dari bayamu
Hendak diajar barulah tahu

 Pernah dulu dituduh melulu
Anak begitu ditinggal ibu
Sewaktu haji  empat bulan usiamu
Sungguh Azawajjalla yang menjagamu

 Bunga syurga suka bersalam
Barang sekejap duduknya diam
Lakunya gerak macam bersenam
Konon hendak menunjuk ragam


Berhidung kecil orangnya lawa
Wajahnya sama berciri istimewa
Matanya badam menikam jiwa
Lambat berkata hanya ketawa

Wahai sahabat dengarlah tuan
Bukan penyakit bukan turunan
Bukan dosa penilai taruhan
Terimalah dia anugerah Tuhan


TAMAT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...