Wednesday, August 21, 2019

Dialog seorang guru juga seorang ibu

Sekadar gambar hiasan 
Di manakah akal budi seorang penuntut ilmu. Seorang guru itu tidak lagi dihormati sebagai orang berilmu, seorang ibu yang sekurang-kurang menyamai usia ibu mereka, dicari salahnya guru itu sebelum guru itu mengampunkan kesalahan dia sendiri. Mengapakah aku menjadi "penyalak" kepada situasi yang sudah di"halal"kan di situ. aku masih tidak mahu mengakui selemah-lemah mereka di situ.

Hakikatnya dinihari seperti ini, lagakku seumpama seorang pengasuh kanak-kanak yang tahu menjerit sekiranya mereka buang air besar dan memekik sekiranya mereka lapar. Bezanya gaji aku lebih besar.

Memulakan sesuatu yang baru bukan mudah tetapi bukan juga mustahil.
Semoga aku mendapat sinar dan aura di sini walaupun asing.

Sunday, June 23, 2019

Luluskah kita dengan ujian hidup ini?

Tanggal 19 November 2018 - keputusan egTukar sudahpun dipaparkan. Saya seperti sudah mengagak keputusannya. Permohonan saya untuk diposting semula diluluskan. Kali ini dalam daerah saya sendiri biarpun suatu ketika dahulu kedua-dua daerah ini pernah bersatu. Tanpa mengira jauh atau dekat saya membuat permohonan keluar dari tempat kerja saya ini. Bijakkah aku? Semakin lama saya di tempat kerja yang pertama diposting, semakin tidak betah saya duduk di situ. Perasaan sedikit tidak senang dengan gelagat rakan sekerja antara sesi pagi dan sesi petang kekadang menjentik hati. Kemudian beberapa bulan kemudian meraikan rakan sekerja yang bersara atau bertukar menjadi mimpi ngeri padaku, Keletah murid yang saban hari dan waktu semakin menjengkel dek kerana kebiadapan dan bersikap transparent menambahkan lagi pedih di jiwaku. Suatu ketika dahulu pada tahun 2011, pernah aku mempersoalkan ,,,saya ada anak istimewa  dan anak-anak yang perlukan tumpuan, tetapi mengapa saya harus mengisahkan politik teranjang dunia pekerjaan? Akhirnya, saya tewas. Saya mohon berundur. Pernah rakan sejawat melontarkan pandangan, "keluar mulut buaya, masuk mulut harimau, saya masih berbaik sangka kerana saya fikir Allah yang gerakkan hati kita.

Benarkah tindakan dan perlakukan saya ini? Melepaskan sesuatu yang saya sudah biasa. Perjalanan 18 KM melalui 9 traffik light, menyeberang Sungai Muar , menempuh kesesakan di bulatan Bakri untuk sampai ke alta mater yang serasi dan secocok dengan jiwa Islami saya?
Benarkah dan sehingga sekarang sehingga Jun saya menempuh jalan berliku, sedikit berbukit-bukau dan kesesakan bandar Tangkak yang tidak masuk di akal menuju ke tempat kerja yang langsung bertentangan dengan jiwaku. Ya, jumlah pelajar sama, ratio kaum juga sama, latar belakang ibu bapa juga sama, tetapi sesuatu yang sukar kuduga MasyaAllah disiplin murid yang tersasar jauh dari yang aku bayangkan dari seorang murid berumur 13-18 tahun.

Saya masih lagi dalam proses penyingkiran barang-barang dalam rumah dan mengemas kini semula ruang dalam rumah serta menstruktur jadual hidup saya sebagai ibu, guru dan penjawat awam.. saya cuba berbuat baik dengan alam, dengan jiran dan saudara-mara tetapi dengan ketiadaan ibu dan bapak kekadang saya tewas, saya senang memilih untuk bersendiri bersama-sama anak-anak, Menambah buruk lagi keadaan saya ialah masalah saya dengan Pencipta. Bersangka baik, bersangka baik biarpun saya berasa seolah-olah saya keseorangan. Tiada motivasi dan penggerak.
Masa ini Master saya tiada berguna, Ijazah saya pun tiada berguna, yang paling diperluka adalah kekuatan Iman melawan sangkaan manusia dan tanggapan buruk yang terlintas di dalam hati mereka. Memang jangan kisah apa orang kata tetapi kebetahan ini mesti ada penyelesaiannya. PAsti.

Saturday, March 30, 2019

Dalam Kenangan

Dialah bapa yang penyayang.
Yang menghabiskan sisa kehidupan selepas bersaranya untuk menebus
segala kekurangan yang tiada dipenuhi sewaktu dia bekerja
Nasihatnya, pesanannya terngiang-ngiang di kotak ingatanku
Genap 6 tahun sahaja dia meninggalkanku...
AL-FATIHAH arwah bapak 31/03/2013 - 31/03/2019

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...