Tuesday, December 20, 2022

Sunday, November 6, 2022

Pemikiran Seorang Edward

 Pemikiran seorang Edward

 

Apabila barang mainan tidak dibenarkan dibawa ke sekolah

Alat tulis itulah yang menjadi barang mainannya sewaktu di sekolah.

Di sisinya sekurang-kurangnya satu set perekat pemadam atau correction paper. Tetapi pemikiran seorang Edward, baginya satu perekat pemadam tidak cukup, harus baginya ada sekurang-kurang pelbagai jenis, warna, size dan bentuk sebagai alat permainan yang dibawanya di sekolah. Di mata seorang guru, dia sedang membawa alat perekat pemadam itu sebagai alatulis tetapi di mata seorang Edward alat itu ialah benda kesayangannya. Apabila tadi aku seorang guru sedang membetulkan kesilapan seorang murid lain yang sedang asyik menarik “tape”, (kalau dulu ibarat aku menarik tape kaset casserte pak cik sebanyak-banyaknya) aku pun merampaslah alat itu kerana ternyata dia melakukan kesalahan tersebut dalam waktu pembelajaran, dan pada pendapat aku tidak perlu aku mengatakan bahawa perbuatan nya itu salah, kerana ternyata tidak membuat tugasan semasa waktu pembelajaran  memang satu kesalahan. Jadi, aku rampas dan aku buang ke lantai. Tidak semena-mena seorang Edward bangun, murid yang duduk di hadapan murid tadi bangun dan menjerit dan meninggikan suaranya kepadaku. Punca, katanya alat perekat pemadam tadi milikinya. Dia cuba memukul dan membaling objek kepadaku, dia bangun dan cuba untuk menyerangku, namun dua rakannya tadi termasuklah murid yang melakukan kesalahan main alat perekat tersebut menahannya dengan memegang dan memeluknya. Edward masih memaki hamun aku. Aku memujuknya, dengan mengatakan tolong senyap, jaga kelakuan, saya ini guru kamu, saya ibarat ibu kamu. Mengapa awak marah dan mengamuk sedangkan bukan awak yang saya tegur kesalahannya. Sebelum itu, lupa saya nak bagitahu saya sedang mengajar topik sebutan difgraf hari ini. Pembelajaran mudah, santai dan laju sahaja silibusnya. 

Akhirnya Edward bertenang dan aku boleh meneruskan pembelajaranku. Di sisi pedadogi pendidikan aku sedar kalau aku bercerita tentang perkara ini, maka warga pendidik yang akan mempersalahkan aku, Persalahkan aku atas kesalahan merampas dan menghempaskan alat perekat pemadam yang sudah terburai isi tapenya itu ke lantai.

Ya, aku terima mungkin aku gagal mengawal kemungkinan bahawa pemilik perekat pemadam itu akan marah dan menengking-nengking aku sebagai guru dan cubaan menyerang dan mencederakan aku atas sebab itu.

Namun, aku menerima itu sebagai teguran Allah nak mentarbiyah jiwa aku. Banyak kali Allah SWT cuba untuk menegurku dalam bentuk ujian manusia cuma kadang-kadang aku lupa dan aku mengambil endah tak endah teguran itu. Di dunia ini banyak ujian dan rintangan yang akan dilalui lebih-lebih lagi aku memilih untuk menjadi guru sebagai kerjayaku. Aku sedar dunia ini hanyalah jambatan menuju ke akhirat, janganlah sampai dunia ini menjadi jambatan aku ke neraka hanya kerana perkara-perkara seperti ini.

Kepada Edward, mungkin wang ganti RM50 yang awak minta tu cikgu boleh ganti. 10 perekat pemadam yang cikgu janji nak bayar balik itu pun cikgu boleh ganti. Tetapi kalau kamu lebih sayang alat perekat pemadam itu daripada menghormati cikgu dan menyayangi maka itulah yang kamu dapat. Kekosongan jiwa daripada kasih sayang manusia kerana kamu memilih material daripada manusia. Maka 5 tahun lagi yang kamu hadir ke sekolah hanyalah bersifat sekeping sijil SPM itupun kalau kamu mampu lulus tanpa guru.

Wednesday, July 13, 2022

Selamat Ulang Tahun Kelahiranku

 Usia yang bertambah

Semoga Semakin menambah ketaatan kepada Ibu 

Semoga diberi peluang untuk berbakti kepada orang Tua

Semoga tiada Anak murid yang gagal

Semoga percaturan dalam menyusun kehidupan berjaya menang

Semoga diberi kenikmatan rasa lega.


dalam sebuah rumah, bebankan isteri dengan baju menimbun bak gunung.

membasuh pakaian 3 kali sehari

tak sehelai pun diuruskan sidai

diuruskan melipat dan menyimpan

Oh aku masih ada punya isteri 

yang sedikit demi sedikit hilang

hakis rasa sayang

yang tinggal tanya benci, tekanan, kebimbangan dan kesulitan

Ini bukan ajaran Nabi.

Ini nafsu dan kecanduan terhadap seronoknya memegang telefon pintar

dan harga kelelahannya katanya .



Saturday, June 25, 2022

Muhasabah Post Mortem

 Sudah tidak dapat ditahan-tahan perasaan yang membuku dalam hatiku. Genap tahun ke empat 2019- Jun 2022 saya diposting semula. Banyak ujian dan dugaan yang melanda. Kini ujian dan dugaan dalam bentuk akademik kembali menduga dan menguji tahap kemahiran kecekapan dan kebijaksanaan saya dalam ilmu keguruan. Perkara yang sama, cikgu mengajar, anak murid buat kerja tapi bila periksa ...gagal semua. Hari timbul rasa menyesal pulak tukar tempat kerja ha ha ha... Subjek Sejarah Sekolah Menengah memang macam ada badi yang melekat kepadaku. Orang tak tahu betapa pengalaman buruk itu pernah berlaku dalam sejarah karier aku sebagai guru. Kalau orang yang bukan opsyen tu dibolehkan mengajar BM mengapa tak sahaja suruh dia ajar subjek Moral atau PJ dan bagi saya subjek BM tu, sebab itu kemahiran dan passionate aku. kalau sejarah tu sekadar subjek belasahan bagi je la subjek kat mana-mana cikgu yang mungkin lebih ditakuti disiplinnya. Ini daripada melaungkan slogan tak ada cikgu BM tak ada Cikgu BM... Pelarian demi pelarian ya akan lebih memudahkan. Namun lari itu bukan mainan aku. 

Gurindam Membina kerjaya di tempat baru


 Jika bertemu orang negatif

Moga dijauhkan hati yang sensitif


Jika orang berbicara kuat melantun

Balaslah tutur dengan santun


Jika terkena penyakit ain

Cepat istigfar pandang yang yang lain


Jika terasa diri dikata

Uzlahlah diri dari semua


Jika hati terasa gundah

Mengadu pada Allah atas sejadah


Jika hidup rasa tertekan

Mohon pada Allah luaskan jalan

26 Jun 2022




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...