Saturday, June 25, 2022

Muhasabah Post Mortem

 Sudah tidak dapat ditahan-tahan perasaan yang membuku dalam hatiku. Genap tahun ke empat 2019- Jun 2022 saya diposting semula. Banyak ujian dan dugaan yang melanda. Kini ujian dan dugaan dalam bentuk akademik kembali menduga dan menguji tahap kemahiran kecekapan dan kebijaksanaan saya dalam ilmu keguruan. Perkara yang sama, cikgu mengajar, anak murid buat kerja tapi bila periksa ...gagal semua. Hari timbul rasa menyesal pulak tukar tempat kerja ha ha ha... Subjek Sejarah Sekolah Menengah memang macam ada badi yang melekat kepadaku. Orang tak tahu betapa pengalaman buruk itu pernah berlaku dalam sejarah karier aku sebagai guru. Kalau orang yang bukan opsyen tu dibolehkan mengajar BM mengapa tak sahaja suruh dia ajar subjek Moral atau PJ dan bagi saya subjek BM tu, sebab itu kemahiran dan passionate aku. kalau sejarah tu sekadar subjek belasahan bagi je la subjek kat mana-mana cikgu yang mungkin lebih ditakuti disiplinnya. Ini daripada melaungkan slogan tak ada cikgu BM tak ada Cikgu BM... Pelarian demi pelarian ya akan lebih memudahkan. Namun lari itu bukan mainan aku. 

Gurindam Membina kerjaya di tempat baru


 Jika bertemu orang negatif

Moga dijauhkan hati yang sensitif


Jika orang berbicara kuat melantun

Balaslah tutur dengan santun


Jika terkena penyakit ain

Cepat istigfar pandang yang yang lain


Jika terasa diri dikata

Uzlahlah diri dari semua


Jika hati terasa gundah

Mengadu pada Allah atas sejadah


Jika hidup rasa tertekan

Mohon pada Allah luaskan jalan

26 Jun 2022




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...