Wednesday, April 6, 2011

Laporan Berita



Kuantan, Pahang - Pada 2 dan 3 April 2011, satu program Hari Keluarga Tahunan Tuan Hj. Dahlan@Mupit bin Hj. Kadir dan Pn. Sarinah bte. Hj. Pawi telah diadakan di pantai Kg. Cherating Lama, Kuantan Pahang. Seluruh keluarga beliau yang terdiri daripada 13 orang anak termasuk menantu dan cucu-cucu telah berkumpul di sini dengan menyewa 9 buah chalet. Menurut pengarah program iaitu Saudara Saiful Mokari Bin Hj. Dahlan, Hari Keluarga Tahunan mungkin akan diteruskan setiap tahun di tempat-tempat pelancongan yang menarik. Program berlangsung dengan penuh meriah dan lancar. Antara atur cara program yang di adakan ialah sukaneka, BBQ dan takzirah oleh menantu sulung iaitu Tn. Hj.Mazlan bin Kasdi. Diharap ikatan yang memang sedia utuh akan dapat dikembangkan pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...