Tuesday, May 31, 2011

Pendapat saya berkaitan Breastfeeding a todler.


Saya mengamalkan tandem nursing. Anak sulung saya sudah berusia 30 bulan. Pelik tapi benar...pengalaman pertama saya dalam menyusukan bayi iaitu Ariffin begitu menggembirakan sehingga saya berkali-kali pergi ke gathering dan kursus2 berkaitan dengan susu ibu. Perasaan saya ialah puas dengan menjadi ibu yang memberikan exclusive 6 bulan susu ibu dan mengepam susu semasa bekerja.

Puas ibu saya memaksa saya memberhentikan pemberian direct breastfeeding kepada anak pertama saya yang semakin hari semakin membesar bagai Johan. Dia sudahpun menjadi minum susu botol Dutch Lady tegar..tetapi ketegarannya terhadap mama dia juga tak juga surut. Malah selalu sahaja mengatasi adiknya Iman. Iman juga menyusu direct tetapi sejak saya bertukar ke sesi pagi saya sudah tidak mengepam di sekolah.

Masalah mengepam di sesi pagi ialah tempat dan persekitaran yang baru. Betul juga kata "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" saya dah cuba nak mengepam tetapi sering juga gagal kerana kurang sokongan. Di sesi petang saya gunakan bilik kaunseling. (Sekolah Perempuan tetapi kesedaran tentang pegepaman susu ibu masih di tahap sendiri2). Bila bertukar ke sesi pagi..saya mengambil keputusan untuk berhenti mengepam di sekolah atau tempat kerja. Akibatnya saya gagal membekalkan susu perahan kepada baby. Last2 saya hanya mengepam di rumah dan membekalkan susu tepung kepada pengasuh ketika saya keluar bekerja. Ironikan. sepatutnya orang yang berjaya buat pertama kali pasti boleh lakukan buat kali keddua..dan saya gagal.

Saya suka cuti sekolah kerana saya boleh menyusu direct kepada baby Iman. kadang-kadang susu tepung tidak diperlukan langsung kerana saya mampu memberi dan mengasuh baby hanya dengan susu ibu sahaja...masalahnya ialah Arep.

Saya tidak tahu bagaimana nak menghentikan pemberian direct breastfeeding a toddler. Saya selalu gunakan ia sebagai "senjata" memujuk dan menenangkan Arep. Pada masa yang sama juga saya seolah-olah tidak mahu memisahkan diri saya dengan Arep. Saya juga ingin terus menyusukan baby Iman.

Hari ini masuk bulan Jun bermakna hampir setahun usia Iman dan juga bermakna hampir 2tahun 11 bulan Arep bergantung ngan saya. Tiada apa yang saya hendak banggakan atau kongsikan bersama dengan anak-anak. Cuma satu sahaja harapan saya iaitu meneruskan penyusuan susu ibu selama setahun lagi ngan Iman dan berjaya memujuk Arep agar berhenti menyusu ngan saya.

Nice picture from professional cameraman

Kat belakang Seminar room di Hotel Trader Muar, foto ini diambil oleh seorang juru foto professional..selalu nak fotoshoot free kah? Iman dah pandai duduk...ermmm, hari tu ada terdetik dalam hati nak buat session fotografi kalau Iman dah pandai duduk..ermmm tunggguu.

Wednesday, May 25, 2011

Bestnya ada baby..Ngeeee

"Jangan menangis, bertenanglah".................

Ok...look better

Tuesday, May 24, 2011

Tinggalan Sejarah Masjid Hudaibiyah...


Ini gambar dari handphone Sony Ericsson W200 semasa saya mengambil niat Ihram di Hudaibiyah. Sudah hampir tujuh bulan berlalu sejak saya pergi menunaikan Haji masih teringat-ingat lagi kenangan semasa di sana.

Ni pula....emmm tak pasti pula, Masjid Quba'? ehh..lupa. Tetapi kalau betullah..saya dan keluarga berkesempatan solat sunat di Masjid Quba' Madinah ni. Syukur 2011...

Tuesday, May 17, 2011

Sawah Padi Part II

Mama, Aerip dan Iman di Sawah Ring, Ledang, Johor..sepatutnya boleh nampak pemandangan Gunung Ledang, Johor dari sawah padi ni, tapi kan mood bergambar ni tak boleh nak rancang2.. pukul 6.00 petang cuaca mendung nak hujan..
Selepas Sawah padi di Pulau Penarik, inilah sawah padi yang ada di tempat aku, aku lahir di kawasan orang kerja Kebun Getah...tapi org kata amik gambar kat sawah padi cantik..takpelah..nanti2 aku bergambar kat Kebun getah ngan kelapa sawit lak (Arep berkata di dalam hati)
At least but not last..dah pandai duduk..tadaaa...blink**blink**

Sunday, May 15, 2011

seLaMat Hari GuRu


Cikgu yang makin mem"besarkan" badan..(slimming centre tak nak sponsor aku ker) mungkin kementerian pun kena pantau cikgu2 yang obesiti dengan cara memberi elaun..untuk menguruskan badan. Daripada bagi ganjaran atau APC apa kata bagi insentif untuk guru-guru menguruskan badan sikit...atau mengurangkan stress kami..sebab bila saya stress saya akan makannnn..

Iman, Mama dan Sepupu-pupunya

Di sawah padi Pulau Penarik, Sg. Mati Muar, Pukul 6.30 petang. Yan baru balik USM Penang...rindu ngan Iman dan Arip. tapi Arip demam.. Yan pakai baju oren, amik course Pendidikan Khas..esok2 dia tu la yg jadi cikgu Iman kat sini..Insyallah
I'm believe i can fly222...zzzz
ewahhh222takat ni dah mampu didudukkan dan bertahan dalam 3 minit..sebelum tumbang ke kanan atau kiri..
overpose... makin bengung guna DLSR ni..kena perbaiki teknik amik gambar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...