Tuesday, May 31, 2011

Pendapat saya berkaitan Breastfeeding a todler.


Saya mengamalkan tandem nursing. Anak sulung saya sudah berusia 30 bulan. Pelik tapi benar...pengalaman pertama saya dalam menyusukan bayi iaitu Ariffin begitu menggembirakan sehingga saya berkali-kali pergi ke gathering dan kursus2 berkaitan dengan susu ibu. Perasaan saya ialah puas dengan menjadi ibu yang memberikan exclusive 6 bulan susu ibu dan mengepam susu semasa bekerja.

Puas ibu saya memaksa saya memberhentikan pemberian direct breastfeeding kepada anak pertama saya yang semakin hari semakin membesar bagai Johan. Dia sudahpun menjadi minum susu botol Dutch Lady tegar..tetapi ketegarannya terhadap mama dia juga tak juga surut. Malah selalu sahaja mengatasi adiknya Iman. Iman juga menyusu direct tetapi sejak saya bertukar ke sesi pagi saya sudah tidak mengepam di sekolah.

Masalah mengepam di sesi pagi ialah tempat dan persekitaran yang baru. Betul juga kata "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" saya dah cuba nak mengepam tetapi sering juga gagal kerana kurang sokongan. Di sesi petang saya gunakan bilik kaunseling. (Sekolah Perempuan tetapi kesedaran tentang pegepaman susu ibu masih di tahap sendiri2). Bila bertukar ke sesi pagi..saya mengambil keputusan untuk berhenti mengepam di sekolah atau tempat kerja. Akibatnya saya gagal membekalkan susu perahan kepada baby. Last2 saya hanya mengepam di rumah dan membekalkan susu tepung kepada pengasuh ketika saya keluar bekerja. Ironikan. sepatutnya orang yang berjaya buat pertama kali pasti boleh lakukan buat kali keddua..dan saya gagal.

Saya suka cuti sekolah kerana saya boleh menyusu direct kepada baby Iman. kadang-kadang susu tepung tidak diperlukan langsung kerana saya mampu memberi dan mengasuh baby hanya dengan susu ibu sahaja...masalahnya ialah Arep.

Saya tidak tahu bagaimana nak menghentikan pemberian direct breastfeeding a toddler. Saya selalu gunakan ia sebagai "senjata" memujuk dan menenangkan Arep. Pada masa yang sama juga saya seolah-olah tidak mahu memisahkan diri saya dengan Arep. Saya juga ingin terus menyusukan baby Iman.

Hari ini masuk bulan Jun bermakna hampir setahun usia Iman dan juga bermakna hampir 2tahun 11 bulan Arep bergantung ngan saya. Tiada apa yang saya hendak banggakan atau kongsikan bersama dengan anak-anak. Cuma satu sahaja harapan saya iaitu meneruskan penyusuan susu ibu selama setahun lagi ngan Iman dan berjaya memujuk Arep agar berhenti menyusu ngan saya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...